Ia adalah suatu hari yang hebat sehingga anda mendengar radio dalam perjalanan pulang dari kerja. Ia seolah-olah juruhebah radio itu bercakap dengan anda apabila beliau berkata pasaran saham mengalami hari yang paling teruk dalam lebih setahun.
Anda mula panik. Anda berfikir tentang simpanan persaraan anda dan semua rancangan anda. Anda akan bersara dalam hanya beberapa tahun lagi, dan bagaimana sekarang? Apa yang berlaku kepada pelaburan saya? Patutkah saya menjual?
Dan itulah betapa mudahnya emosi boleh mempengaruhi keputusan kewangan anda.
Naluri manusia dengan cepat boleh menjadikan keputusan kewangan suatu keputusan emosianal. Mengatasi emosi dalam kehidupan ini tidak mudah. Tetapi ia mungkin boleh dilakukan jika anda mempunyai perancangan.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengimbangi reaksi sedemikian bagi menjaga simpanan persaraan anda:
Bertenang dan jangan hilang fokus dari matlamat persaraan jangka panjang anda.
Media sentiasa memaparkan tajuk-tajuk utama yang menarik perhatian dan berubah setiap hari-setiap jam. Dan apabila media memberi tumpuan kepada pasaran kewangan, ia mudah untuk kita terpengaruh dengan berita yang menyentuh ketidaktentuan pasaran.
Adalah penting untuk terus pandang ke hadapan, dan bukan hanya apa yang terjadi hari ini atau pada minggu ini. Tetapkan matlamat persaraan yang jelas dan garis masa untuk mencapai matlamat tersebut.
Pelan yang kukuh boleh membantu mengawal emosi anda dan membantu anda dari membuat keputusan cepat yang merugikan. Sebagai contoh, anda boleh menyesuaikan jumlah sumbangan anda kepada persaraan anda dan tahap risiko yang anda ambil. Pertimbangkan untuk meningkatkan sumbangan dari gaji anda kepada Skim Persaraan Swasta setiap tahun.
Jangan lupa tentang keuntungan- anda dan pasaran.
Ia adalah normal untuk berasa bimbang tentang kerugian pelaburan, tetapi jangan lupa tentang keuntungan yang telah anda perolehi selama bertahun-tahun.
Apabila pasaran menurun, anda melihat penyata pelaburan anda dan tidak menyukai nombor-nombor itu. Walaupun itu reaksi biasa - menukar pelaburan anda kerana apa yang anda lihat pada penyata tidak semestinya suatu keputusan yang rasional. Malangnya, tiada siapa yang dapat menjangka masa yang tepat untuk membeli dan menjual.
Sekali lagi, fokuskan pada apa yang anda boleh mengawal. Anda boleh memutuskan campuran pelaburan yang sepadan dengan toleransi risiko anda. Kemudian tetapkan pelan untuk menyeimbangkan semula. Semak pilihan pelaburan anda secara berkala untuk membuat penyesuaian yang diperlukan, tetapi tidak begitu kerap sehingga anda terperangkap dalam setiap pergerakan pasaran yang kecil.
Dapatkan bantuan daripada perunding kewangan apabila anda memerlukannya.
Pasaran yang tidak menentu boleh membuat orang ramai gugup dan tidak pasti tentang keputusan mereka. Ini adalah normal.
Mengikuti perkembangan berita adalah baik, tetapi anda lebih tahu bagaimana pasaran boleh mempengaruhi anda. Di sinilah hubungan dengan perunding kewangan dapat membantu.
Seorang profesional kewangan dapat membantu anda menyusun perancangan jangka panjang. Atau mereka hanya boleh bercakap dengan anda jika ada sesuatu perkembangan semasa dalam berita yang anda tidak faham. Kebanyakan orang merasa lebih baik selepas bercakap dengan seorang perunding kewangan yang dipercayai, walaupun perbualan tersebut hanya mengesahkan apa yang sudah mereka ketahui.