Latest News
Your source for the latest news release and company anouncements
Principal Memperkukuhkan Komitmen Terhadap Agenda Kelestarian Dengan Pemindahan Ibu Pejabat Malaysia dan Asia Tenggara ke TRX Exchange 106
Lokasi baharu di pusat kewangan terkemuka Malaysia mengukuhkan komitmen Principal untuk mengembangkan perniagaannya di Asia Tenggara serta memacu agenda kelestarian.
KUALA LUMPUR, Malaysia - 21 Februari 2024 - Principal Asset Management Berhad (“Principal”), syarikat milik bersama antara Principal Financial Group ® (PFG), syarikat perkhidmatan kewangan global tersenarai di Nasdaq, dengan CIMB Group Holdings Berhad, hari ini mengumumkan bahawa ibu pejabat Malaysia dan Asia Tenggara syarikat tersebut telah berpindah ke TRX Exchange 106.
Pemindahan ini selari dengan agenda kelestarian Principal, dengan Exchange 106 dikategorikan sebagai bangunan yang mendapat pematuhan platinum Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekaan Alam Sekitar (LEED), dan perakuan emas Indeks Bangunan Hijau (GBI). Pensijilan kelestarian LEED dan GBI diiktiraf dalam industri bangunan hijau sebagai piawaian emas untuk reka bentuk bangunan mampan.
Antara yang hadir merasmikan pejabat baharu itu ialah Thomas Cheong, Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Kewangan Principal dan Presiden Principal Asia Pasifik dan Timur Tengah; Tan Sri Jaganath Derek Steven Sabapathy, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Principal Asset Management; Uday Jayaram, Pengarah Urusan Eksekutif dan Ketua Principal Asia Tenggara; Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia dan Syariah Global dan Pengarah Urusan Edaran Strategik dan Pelanggan Institusi bagi Principal Asia Tenggara; dan Izad Sallehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Islamic.
Uday menyatakan bahawa pemindahan ibu pejabat ke bangunan yang mengutamakan nilai-nilai kelestarian merupakan faktor penting dalam keputusan Principal untuk berpindah ke TRX Exchange 106. Ini selaras dengan prinsip Principal untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang turut mengutamakan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
““Pemilihan Exchange 106 sebagai ibu pejabat Asia Tenggara mencerminkan komitmen kami dalam membawa perubahan yang baik kepada hampir 400 warga kerja, para pelanggan dan rakan kongsi perniagaan kami. Dengan lokasi strategik di pusat bandar, serta menekankan aspek dedikasi dan komitmen jangka panjang, ini dapat mengukuhkan hubungan dan komunikasi dengan para pelanggan kami. Ibu pejabat baharu ini membolehkan kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi sambil memastikan kami terus melaksanakan langkah-langkah mesra alam sekitar yang bertanggungjawab,” kata Uday.
Munirah menekankan kepentingan Principal bagi memperkasakan rakyat Malaysia dalam perjalanan kewangan mereka melalui perpindahan ini.
“Pemindahan ibu pejabat ini memperkukuhkan dedikasi kami kepada para pelanggan dan pandangan positif kami terhadap pertumbuhan kewangan di Malaysia. Buat masa ini, kami memberi perkhidmatan kepada 3.5 juta pelanggan di seluruh Malaysia sekaligus mencerminkan jangkauan dan pengaruh kami yang meluas. Dengan lokasi baharu ini, kami akan terus membantu pelanggan-pelanggan korporat, institusi dan individu dalam menjamin dan meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka dengan idea dan penyelesaian yang inovatif,” tambah Munirah.
Usaha kelestarian Principal menumpukan kepada tiga tindakan utama: menangani matlamat-matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) yang khusus secara aktif; mengambil bahagian sebagai penandatangan rangkaian pelabur yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI); dan berusaha ke arah sasaran karbon sifar bersih menjelang tahun 2050, sejajar dengan sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia pada 2023.
Exchange 106 merupakan sebahagian daripada pusat kewangan Malaysia yang terkemuka, Tun Razak Exchange. Kakitangan Principal akan mempunyai akses kepada kemudahan- kemudahan di dalam bangunan Exchange 106 dan pengangkutan awam di sekitar kawasan tersebut. Perkara-perkara tersebut turut menyumbang kepada perbincangan bagi menyokong kebajikan dan kesejahteraan kakitangan. Tempat kerja baharu ini menampilkan ruang perhimpunan dan kerja bersama yang memberikan banyak pilihan kepada pekerja untuk memilih tempat untuk bekerja, secara langsung meningkatkan produktiviti dan kerjasama.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.principal.com.my.
Tentang Principal Malaysia
Principal Asset Management Berhad (“Principal Malaysia”), ialah usaha sama antara Principal Financial Group®, ahli FORTUNE 500 ® dan syarikat perkhidmatan kewangan global tersenarai Nasdaq dan CIMB Group Holdings Berhad, salah satu kumpulan perbankan universal terkemuka di Asia Tenggara.
Ditubuhkan pada 13 Jun 1994, Principal Asset Management Berhad beribu pejabat di Malaysia dengan jejak di seluruh Indonesia, Thailand dan Singapura. Di Malaysia, setakat Disember 2023, syarikat itu memberi khidmat kepada 3.5 juta pelabur dengan unit amanah, skim persaraan, mandat budi bicara dan penyelesaian pengurusan aset untuk membantu menjadikan keselamatan kewangan dapat diakses oleh lebih ramai pelabur.
Principal komited untuk mengembangkan populasi mereka yang hidup dalam keselamatan kewangan, berbuat demikian melalui tindakan jangka panjang, bertanggungjawab dan mewujudkan peluang untuk generasi akan datang.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.principal.com.my atau ikuti kami pada www.facebook.com/PrincipalAssetMY/.
Principal, Principal dan reka bentuk simbol adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan
Principal Financial Services, Inc. Principal Financial Group ®.
Penafian: Maklumat dalam artikel ini telah diperoleh daripada sumber yang dipercayai boleh dipercayai, namun, kami tidak mengesahkan atau menjamin ketepatan atau kesahihannya secara bebas. Ia mengandungi maklumat am hanya mengenai hal pelaburan dan tidak boleh dianggap sebagai penyata yang komprehensif mengenai apa- apa perkara dan tidak boleh dipercayai seperti itu. Maklumat yang terkandung di dalamnya tidak mengambil kira objektif pelaburan, keperluan tertentu atau situasi kewangan mana-mana pelabur. Pelabur hendaklah mempertimbangkan sama ada pelaburan sesuai dengan objektif pelaburan, keperluan tertentu dan situasi kewangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Data yang dibentangkan adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan cadangan untuk membeli atau menjual sebarang sekuriti atau menggunakan sebarang strategi pelaburan. Bahan ini tidak bertujuan untuk dipercayai sebagai ramalan, penyelidikan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara umum dan juga tidak bertujuan untuk meramalkan atau menggambarkan prestasi sebarang pelaburan.
Semua pengungkapan pendapat dan anggaran dalam artikel ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Artikel ini tidak bertujuan untuk menjadi, dan juga tidak boleh bergantung kepadanya dalam apa-apa cara sebagai ramalan atau jaminan peristiwa masa depan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara amnya. Artikel ini belum disemak semula oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Date: Feb21,2024
Principal Malaysia Memilih AWS bagi Memacu Transformasi Digital dalam Usaha Meningkatkan Pengalaman Pengguna Secara Besar-Besaran
Principal Malaysia (Principal), syarikat milik bersama antara Principal Financial Group ® (PFG), salah satu daripada syarikat FORTUNE 500 ® dan perkhidmatan kewangan global tersenarai di Nasdaq, dengan CIMB Group Holdings Berhad, hari ini telah mengumumkan bahawa Amazon Web Services (AWS), sebuah syarikat milik Amazon.com, telah dipilih sebagai penyedia perkhidmatan awan (cloud services provider) dalam usahanya untuk memacu kemajuan transformasi digital dan meningkatkan pengalaman pelanggan.
Principal merupakan syarikat pertama dalam industri perkhidmatan kewangan yang memindahkan pusat data sepenuhnya ke sistem perkhidmatan awan AWS di Malaysia dan ASEAN. Dengan pemindahan 150 sistem pelayan (servers) dan 35 aplikasi bisnes penting, termasuk sistem perniagaan seperti Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM) ke AWS ini, Principal memperolehi kepantasan berskala dan ketangkasan perkhidmatan awan. Ini akan membolehkan Principal untuk terus memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat dan berubah.
“Di Principal, kami komited untuk memperkasakan para pelanggan dalam perancangan kewangan mereka. Kerjasama dengan AWS membuktikan komitmen kami untuk memenuhi keperluan para pelanggan yang semakin meningkat, dan akan membantu mereka untuk mendapatkan penyelesaian kewangan. Dengan memanfaatkan teknologi awan AWS, kami akan terus berusaha membantu pelanggan untuk membina, melindungi, dan memajukan kedudukan kewangan mereka," menurut Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia dan Syariah Global dan Pengarah Urusan Edaran Strategik dan Pelanggan Institusi bagi Principal Asia Tenggara.
Dengan strategi yang mengutamakan perkhidmatan awan, Principal mempunyai keupayaan untuk sentiasa menilai landskap industri kewangan, dan membuat keputusan perniagaan dengan cekap dan pilihan yang fleksibel. Jumlah pelabur Malaysia semakin meningkat, dan Principal memerlukan keupayaan dan persekitaran yang dapat memberikan perkhidmatan pelaburan yang pantas dan selamat, untuk menarik pelanggan yang semakin berkembang.
“Secara global, kerjasama Principal dengan AWS akan membolehkan kami menyesuaikan diri dengan pantas untuk memenuhi permintaan pelanggan, mempercepatkan tempoh pelancaran produk ke pasaran, dan menyampaikan pengalaman yang lebih peribadi berbanding sebelum ini,” kata Kathy Kay, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat di Principal Financial Group. "Ini dapat membantu kami untuk membuat keputusan yang lebih pantas dan lebih bijak untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang."
Penggunaan perkhidmatan awan AWS dan latihan mengenai penggunaannya telah mengubah budaya teknologi Principal secara radikal, dan ia membolehkan unit-unit perniagaan yang terbabit menyesuaikan diri untuk perubahan pilihan pengguna dengan cekap.
Beralih ke model awan (cloud model) dengan memanfaatkan infrastruktur global AWS – Amazon Relational Database Service, membantu organisasi memperluaskan pangkalan data hubungan di awan; Amazon API Gateway, satu perkhidmatan yang dikelolakan sepenuhnya akan membolehkan pembangun untuk mencipta, menerbitkan, dan menyelia API dengan mudah pada semua skala; dan Amazon Connect, sebuah pusat hubungan pelanggan awan – akan membolehkan Principal untuk melabur dalam teknologi baru, mengurangkan jejak pusat data, dan mencipta peluang perniagaan global, sambil mendorong transformasi digital yang merentas berbagai perniagaan.
"Kebanyakan syarikat perkhidmatan kewangan terulung dalam industri pengurusan aset, seperti Principal, semakin beralih kepada teknologi awan untuk perlaksanaan idea yang cepat, sambil memastikan penggunaan yang selamat dan mematuhi rangka perundangan," kata Pete Murray, Country Head, Malaysia, dan Ketua Perkhidmatan Industri Kewangan (FSI), ASEAN, AWS. "AWS bangga untuk menyokong Principal dalam usaha mereka untuk berinovasi, bertindak mengikut peluang pasaran baru, dan berubah untuk memenuhi keperluan pelanggan yang dinamik di Malaysia, dan kami berharap dapat menyokong misi Principal untuk memupuk masyarakat di mana jaminan kewangan dapat diakses oleh semua pihak."
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.principal.com.my.
Tentang Principal Asset Management Berhad
Principal Asset Management Berhad dimiliki bersama oleh Principal Financial Group, salah satu dari ahli FORTUNE 500 ® dan perkhidmatan kewangan global yang tersenarai di Nasdaq, dan Kumpulan CIMB, salah satu kumpulan perbankan yang terulung di Asia Tenggara.
Principal Asset Management Berhad telah ditubuhkan pada 13 Jun 1994 di Malaysia dan kini turut bertapak di Indonesia, Thailand dan Singapura. Kami menawarkan pelbagai solusi pelaburan kepada individu dan entiti perniagaan untuk membina, melindungi dan mempertingkatkan kewangan mereka melalui pelaburan unit amanah, skim persaraan, mandat korporat dan kepakaran pengurusan aset.
Dengan idea yang inovatif dan penyelesaian kehidupan sebenar, kami membantu para pelanggan kami tidak kira apa jua jumlah pendapatan dan portfolio mereka dalam merancang kewangan mereka demi masa depan yang lebih selesa.
Principal, Principal dan reka bentuk simbol dan Principal Financial Group adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan Principal Financial Services, Inc. salah satu ahli syarikat Principal Financial Group. ©2019 Principal Financial Services, Inc.
Date: Jan30,2024
Principal memperluaskan tawaran patuh syariah dengan dua dana baharu
UNTUK SIARAN SEGERA
Principal memperluaskan tawaran patuh syariah dengan dua dana baharu
Dua dana baharu ini menawarkan pendedahan pelaburan kepada pasaran global dan meraih peluang kepelbagaian
(KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Ogos 2023)
Principal Malaysia (“Principal”) memperkenalkan dua dana patuh Syariah baharu iaitu Dana Principal Islamic Global Multi-Asset dan Dana Principal Islamic Greater China Growth bagi memenuhi keperluan pelabur di Malaysia yang semakin berkembang. Dua dana ini meluaskan tawaran penyelesaian patuh Syariah Principal dan menawarkan peluang kepada pelabur untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan pelbagai kelas aset dan pasaran global, sambil mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
“Kami berbangga untuk menyediakan akses dan pendedahan berterusan kepada pelbagai kelas aset dalam pasaran negara membangun dan negara maju buat para pelabur, kata Munirah Khairuddin, ketua pegawai eksekutif dan country head Principal Malaysia. "Tawaran penyelesaian pelaburan patuh Syariah kami yang semakin berkembang memanfaatkan kemampuan pengurusan aset tempatan dan global kami dalam pelbagai bidang, bagi mengenalpasti peluang pelaburan dan memenuhi keperluan pelanggan."
Strategi Pelaburan
Pelancaran kedua-dua dana ini menandakan komitmen Principal dalam menawarkan penyelesaian pelaburan patuh Syariah yang dapat membantu pelabur mencapai objektif pelaburan mereka.
-
Dana Principal Islamic Global Multi-Asset: Menyediakan pendedahan kepada portfolio berpelbagai kelas aset, terutamanya dalam ekuiti patuh Syariah dan Sukuk, dan menerapkan peruntukan aset secara strategik dan taktikal bagi menghadapai kitaran pasaran, sambil mengurangkan risiko portfolio. Dana ini juga menawarkan potensi pulangan daripada pertumbuhan modal dan pendapatan dalam jangka masa sederhana hingga panjang.
-
Dana Principal Islamic Greater China Growth: Melabur dalam ekuiti patuh Syariah syarikat-syarikat khususnya di China, Hong Kong, dan Taiwan yang menunjukkan perubahan asas positif dan wajaran rendah berbanding potensi masa hadapan mereka. Dana ini juga membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang.
"Permintaan bagi penyelesaian patuh Syariah terus meningkat dan kami percaya bahawa pengenalan Dana Principal Islamic Global Multi-Asset dan Dana Principal Islamic Greater China Growth, adalah pelengkap yang sempurna untuk rangkaian dana kami yang sedia ada, yang bertujuan untuk menyediakan pendapatan tahunan dan pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang”, tambah Munirah.
Dana Principal Islamic Global Multi-Asset menawarkan tiga kelas aset untuk pelabur: Kelas USD, Kelas MYR and Kelas MYR-Hedged. Manakala, Dana Principal Islamic Greater China Growth menawarkan lima kelas aset untuk pelabur: Kelas MYR, Kelas MYR-Hedged, Kelas USD, Kelas SGD and Kelas SGD-Hedged.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.principal.com.my.
Penafian: Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada). Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) telah didaftarkan dan/atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut. Salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) boleh didapati di pejabat, pengedar atau laman web kami di www.principal.com.my. Pengeluaran mana-mana unit yang berkaitan dengan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan hanya akan dibuat apabila menerima permohonan yang dirujuk dan mengiringi salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan. Sila ambil perhatian bahawa pelaburan dalam dana unit amanah, dana borong dan/atau skim persaraan swasta yang berkaitan mempunyai risiko. Panduan pelbagai risiko yang terlibat diterangkan dalam Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang berkaitan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.
Tentang Principal Malaysia
Principal Asset Management Berhad (Principal Malaysia), dimiliki bersama oleh Principal Financial Group®, salah satu ahli FORTUNE 500® dan perkhidmatan kewangan global yang tersenarai di Nasdaq, dan kumpulan CIMB, salah satu kumpulan perbankan yang terulung di Asia Tenggara.
Ditubuhkan pada 13 Jun 1994, di Malaysia dan kini turut bertapak di Indonesia, Thailand dan Singapura. Di Malaysia, kami menawarkan lebih 3 juta pelabur pelbagai unit amanah, skim persaraan, mandat korporat dan kepakaran pengurusan aset untuk membantu menjadikan keselamatan kewangan mudah diakses oleh lebih ramai pelabur.
Principal Malaysia komited untuk mengembangkan populasi mereka yang hidup dalam keselamatan kewangan, melalui tindakan-tindakan yang bertanggungjawab jangka panjang, dan mencipta lebih banyak peluang untuk generasi akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.principal.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/PrincipalAssetMY/..
Principal®, Principal dan reka bentuk symbol adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan Principal Financial Services, Inc. salah satu ahli syarikat Principal Financial Group®.
Date: Ogo03,2023
Kaji selidik Principal® menunjukkan tahap tekanan kewangan responden di serata Asia meningkat kesan daripada penamatan sokongan pandemik dan kadar inflasi yang lebih tinggi.
Hasil kaji selidik di Singapura, Hong Kong dan Malaysia menunjukkan tahap simpanan yang lebih rendah dan tahap hutang yang lebih tinggi telah menghalang keupayaan responden untuk menetapkan dan mencapai matlamat persaraan jangka panjang mereka.
20 Jun 2023
Menurut kaji selidik baharu yang dijalankan oleh Principal Financial Group®, 40 peratus responden di Singapura, Hong Kong dan Malaysia tidak yakin akan keupayaan mereka untuk menguruskan kewangan mereka tanpa bantuan kewangan tambahan ekoran dari peningkatan inflasi dan pemberhentian bantuan kewangan berkaitan pandemik daripada pihak kerajaan dan majikan.
Principal, dalam menilai persepsi penduduk mengenai keterangkuman kewangan telah menjalankan kaji selidik terhadap 1,500 responden di Singapura, Hong Kong dan Malaysia sebagai pengenalan kepada siri kedua kaji selidik tahunan Indeks Keterangkuman Kewangan Dunia (Global Financial Inclusion Index) yang dijangka akan dikeluarkan pada bulan September nanti. Kaji selidik tersebut mendapati situasi makro ekonomi telah mula memberi kesan terhadap keupayaan orang ramai untuk menyimpan wang persaraan dan membuat perancangan masa depan kewangan mereka.
Menurut Thomas Cheong, Presiden Principal Asia, “Penduduk di Hong Kong, Malaysia dan Singapura merasakan semakin sukar untuk mereka mengimbangi keperluan harian dengan perancangan kewwangan masa depan mereka. Selain daripada inflasi yang tinggi dan kadar faedah yang kian meningkat, faktor makro ekonomi dan sosioekonomi memberi impak yang lebih besar terhadap kestabilan kewangan mereka berbanding pra-pandemik Covid-19. Justeru itu, kami di Principal menumpukan usaha kami dalam membantu pelanggan, bukan hanya melalui produk dan perkhidmatan kami, tetapi juga melalui usahasama filantropi.
Kemerosotan wang simpanan dan hutang yang meningkat menyebabkan tekanan kepada kos harian
Sejak dua tahun yang lalu, lebih daripada separuh (51%) responden di semua pasaran Asia yang dikaji menyatakan bahawa simpanan mereka semakin berkurangan manakala, 43% pula dibelenggu hutang yang semakin meningkat, menjadikan mereka sukar untuk memenuhi perbelanjaan seharian. 34% responden pula menyatakan bahawa kadar kos sara hidup harian menyukarkan mereka untuk membayar bil harian seperti pinjaman rumah, elektrik, insurans, dan perbelanjaan petrol kereta berbanding dua tahun yang lalu. Peratusan yang sama juga menyatakan adalah sukar bagi mereka untuk membayar perbelanjaan yang tidak dijangka tanpa meminjam wang dan meminta bantuan dari rakan dan keluarga.
Mengimbangi simpanan untuk masa depan dengan mengurus keperluan segera
Menghadapi cabaran kewangan masa kini, makin ramai yang berasa sukar untuk mengimbangi tekanan kewangan masa kini dengan perancangan masa depan khususnya untuk tabung kecemasan serta simpanan persaraan. Di semua pasaran, 43% responden bersetuju bahawa menabung untuk persaraan kini lebih mencabar. Manakala 40% responden menghadapi kesukaran menetapkan pelan kewangan untuk persaraan dan merancang matlamat kewangan jangka panjang. Separuh daripada responden (50%) juga merasakan ahli keluarga lebih banyak bergantung kepada mereka dari segi kewangan berbanding dua tahun lalu. Oleh itu, kesukaran dalam menabung jangka panjang mungkin dapat dijelaskan oleh peningkatan kos untuk penjagaan ahli keluarga yang tua dan kos sara anak.
Majikan perlu memainkan peranan yang lebih besar setelah bantuan kewangan pandemik ditamatkan
Sekitar satu daripada tiga (36%) responden tidak berpuas hati dengan situasi kewangan mereka sekarang dan ramai yang merasakan kedudukan kewangan mereka kini lebih teruk berbanding sebelum wabak COVID-19 kerana kos sara hidup di seluruh dunia yang semakin tinggi.
Apabila ditanya apakah sokongan kewangan yang paling berguna untuk membantu mereka, 21% responden inginkan caruman simpanan persaraan yang lebih tinggi dari majikan mereka. Penemuan ini mencadangkan bahawa majikan memainkan peranan yang penting. Selain itu, perubahan kepada cara bekerja di masa depan yang menawarkan fleksibiliti kepada mereka yang perlu menjaga ahli keluarga mereka juga boleh mendatangkan manfaat. 21% responden mengatakan bahawa melanjutkan tempoh atau mengekalkan fleksibiliti bagi lokasi kerja dan waktu kerja akan dapat membantu mereka.
“Kami berharap pemahaman tentang cabaran ekonomi dan situasi kewangan di Hong Kong, Malaysia dan Singapura akan membantu kerajaan, institusi kewangan, dan majikan untuk memastikan bagaimana mereka dapat saling bekerjasama dalam membawa perubahan positif melalui dasar-dasar dan program-program yang berkesan,” tambah Cheong. “Sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perancangan persaraan, kaji selidik ini mengukuhkan lagi komitmen kami dalam membantu lebih ramai orang memperoleh kestabilan kewangan melalui panduan yang diberikan agar tabiat menyimpan dapat dipupuk lebih awal, secara berdisplin dan konsisten."
Date: Jun20,2023
Principal melancarkan dana Principal Islamic Global Responsible Equity Fund untuk pelabur yang mencari strategi pelaburan yang mampan dan patuh Syariah
27 Mac 2023
(Kuala Lumpur, Malaysia) – Principal Malaysia (“Principal”) telah memperkenalkan sebuah dana pelaburan patuh Syariah yang direka bentuk untuk memenuhi permintaan pelabur Malaysia untuk pelaburan mampan yang mengambil kira faktor persekitaran, sosial dan tadbir urus (“ESG”). Dana Principal Islamic Global Responsible Equity Fund (“Dana”) memberi peluang kepada pelabur untuk melabur secara mampan merentas portfolio ekuiti yang pelbagai. Dana ini bertujuan untuk melabur dalam syarikat yang bukan sahaja menarik pada asasnya, tetapi juga mengamalkan nilai kemampanan yang kukuh dalam perniagaan mereka.
“Dana Principal Islamic Global Responsible Equity Fund ini diperkenalkan untuk menyediakan pelanggan dengan pelbagai peluang pelaburan patuh Syariah yang memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang,” kata Munirah Khairuddin, ketua pegawai eksekutif dan country head Principal Malaysia. “Di Principal, kami berusaha untuk menawarkan pelabur dengan pilihan penyelesaian inovatif yang bertujuan untuk membina, melindungi dan memajukan kesejahteraan kewangan mereka, sambil juga mencapai hasil yang menggalakkan untuk orang ramai dan alam sekitar. Dengan peningkatan minat dalam dana yang tertumpu pada kelestarian dan yang boleh memberikan impak positif dan pulangan, kami berharap pelancaran dana ini akan membolehkan lebih ramai pelabur di Malaysia melabur secara mampan dan bertanggungjawab.”
Dana ini melabur ke dalam Islamic Global Responsible Equity Fund, yang merupakan Dana Sasaran yang diuruskan oleh Principal Islamic. Sebagai dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab yang layak di Malaysia, dana ini mungkin sesuai untuk pelabur yang mencari pendedahan kepada ekuiti global patuh Syariah dan mempunyai ufuk pelaburan sekurang-kurangnya lima tahun.
“Dengan kesedaran yang semakin meningkat mengenai isu kemampanan, kami percaya bahawa menawarkan pelaburan dengan nilai ESG mungkin diterjemahkan kepada prestasi menarik untuk jangka masa sederhana hingga panjang,” kata Patrick Chang, ketua pegawai pelaburan (CIO), Malaysia dan CIO Ekuiti, ASEAN “Pasukan pelaburan mempertimbangkan syarikat yang menunjukkan prinsip kemampanan yang kukuh dalam struktur tadbir urus mereka dan kerap melibatkan mereka untuk menggalakkan penambahbaikan berterusan untuk prestasi jangka panjang yang berjaya."
____________________________
1 Keagresifan perakaunan merujuk kepada amalan perakaunan yang direka untuk membentangkan prestasi kewangan syarikat yang lebih tinggi daripada sebenarnya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.principal.com.my.
-end-
Kenyataan: Kami mencadangkan supaya anda membaca dan memahami kandungan Prospektus Principal Islamic Global Responsible Fund bertarikh 27 Mac 202 yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebelum melabur dan pastikan bahawa anda menyimpan Prospektus tersebut untuk rujukan anda. Terbitan unit-unit yang berkaitan dengan Prospektus hanya akan dikeluarkan selepas menerima borang permohonan lengkap yang dilampirkan bersama Prospektus tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalamnya. Pelaburan dalam dana adalah terdedah kepada risiko-risiko. Anda seharusnya memahami risiko yang ada, membuat penilaian risiko anda sendiri dan dapatkan nasihat profesional, di mana perlu. Anda boleh mendapatkan salinan Prospektus ini di ibu pejabat Principal Asset Management Berhad, laman web kami di www.principal.com.my atau melalui pengedar kami yang dilantik. Pelabur mempunyai hak untuk meminta Prospektus, PHS dan dokumen penzahiran produk lain mesti dibaca dan difahami sebelum membuat apa juga keputusan pelaburan. Pelaburan ini mempunyai yuran dan caj yang dikenakan dan pelabur dinasihatkan agar mempertimbangkan yuran dan caj yang berkaitan sebelum melabur di dalam dana. Harga unit-unit dan agihan pendapatan, jika ada, mungkin turun atau naik. Prestasi dana sebelum ini tidak mencerminkan prestasi akan datang dan agihan pendapatan adalah tidak dijamin. Anda juga dinasihatkan agar membaca dan memahami kandungan Penyata Pendedahan Risiko Pembiayaan Pinjaman Unit Amanah sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pembiayaan untuk membeli unit-unit. Pendaftaran Prospektus dana ini dengan SC tidak bermakna atau menunjukkan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong dana ini dan risalah dana ini tidak disemak oleh SC.
Integrasi faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) adalah kualitatif dan pada usulnya subjektif. Tiada jaminan bahawa kriteria yang digunapakai, atau penilaian yang dilaksanakan, akan melambangkan kepercayaan atau nilai pelabur yang tertentu. Kumpulan pelabur mempunyai tahap tinggi dalam proses autonomi pelaburan dan mungkin mempertimbangkan atau mengambil kira kriteria atau faktor ESG secara berbeza (atau tidak langsung). Untuk kumpulan yang mempertimbangkan faktor ESG sebagai sebahagian proses pelaburan dalam strategi yang tidak jelas
berorientasikan ESG, faktor ESG tersebut adalah secara amnya tidak lebih penting daripada faktor di dalam proses pemilihan pelaburan, seperti manayang faktor ESG berkemungkinan tidak dapat menentukan keputusan untuk menyertakan atau mengecualikan mana-mana pelaburan dalam portfolio tersebut. Maklumat mengenai amalan bertanggungjawab atau sebarang data ESG berbeza mengikut sumber dan berkemungkinan tidak tepat atau lengkap. Integrasi faktor ESG mungkin menimbulkan kelebihan atau risiko tambahan, berkemungkinan tidak dapat terlindung dari risiko pasaran atau turun naik pasaran dan dalam keadaan tertentu berkemungkinan boleh menjejaskan prestasi pelaburan. Anda juga dinasihati tidak membuat sebarang andaian pelaburan dengan hanya berdasarkan maklumat yang terkandung di sini. Maklumat yang disediakan adalah sebagai pandangan tambahan ke dalam proses pelaburan yang berkaitan dan tidak boleh dijadikan sebagai perubahan di dalam asas objektif pelaburan, strategi, parameter risiko, atau garis panduan penjanaan portfolio kumpulan pelabur. Tiada jaminan bahawa sesuatu strategi atau integrasi faktor ESG akan berjaya atau menghasilkan keuntungan.
Tentang Principal Malaysia
Principal Asset Management Berhad dimiliki bersama oleh Principal Financial Group, salah satu dari ahli FORTUNE 500® dan perkhidmatan kewangan global yang tersenarai di Nasdaq, dan Kumpulan CIMB, salah satu kumpulan perbankan yang terulung di Asia Tenggara.
Ditubuhkan pada 13 Jun 1994 di Malaysia dan kini turut bertapak di Indonesia, Thailand dan Singapura. Kami menawarkan pelbagai solusi pelaburan kepada individu dan entiti perniagaan untuk membina, melindungi dan mempertingkatkan kewangan mereka melalui pelaburan unit amanah, skim persaraan, mandat korporat dan kepakaran pengurusan aset.
Principal berkomitmen untuk memperluas populasi orang yang hidup dalam keamanan keuangan, dengan melakukannya melalui tindakan-tindakan yang bertanggung jawab dalam jangka panjang, dan menciptakan peluang untuk generasi yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.principal.com.my/ms atau ikuti kami di www.facebook.com/PrincipalAssetMY/.
Principal dan reka bentuk simbol dan Principal Financial Group adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan Principal Financial Services, Inc. salah satu ahli syarikat Principal Financial Group. ©2019 Principal Financial Services, Inc.
Tentang Principal Islamic
Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd (Principal Islamic) menawarkan solusi pengelolaan aset yang sesuai dengan prinsip Syariah secara holistik dengan proses end-to-end yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam. Sebagai usaha patungan antara Principal Financial Group, perusahaan layanan keuangan global yang terdaftar di Nasdaq dan masuk dalam daftar FORTUNE 500® dengan pengalaman dan keahlian selama lebih dari 143 tahun dalam solusi investasi, pensiun, dan asuransi; dan CIMB Group Holdings Berhad, salah satu grup perbankan universal terkemuka di Asia Tenggara, Principal Islamic membawa kemampuan terbaik dari Timur dan Barat untuk memberikan solusi investasi khusus yang membantu investor individu dan bisnis mencapai tujuan keuangan mereka.
Principal Islamic juga menawarkan dana Undertakings for Collective Investment in Transferable Securities (UCITS) dan dana grosir. Ini adalah boutique pengelolaan aset Islam tunggal untuk Principal Financial Group yang mempromosikan strategi dan solusi Syariah yang sesuai tidak hanya untuk umat Muslim tetapi juga untuk non-Muslim di seluruh dunia.
Principal Islamic telah menerima banyak penghargaan atas kepemimpinannya di industri Syariah. Di antaranya termasuk Best Islamic Asia Pacific Asset Management House (The Asset Triple A, Finance Awards), Best Asset Manager for Islamic ASEAN Equity Funds (Alpha Southeast Asia's Fund Management Awards), dan Best Islamic Asia Pacific Asset Management House (Insurance Asia News - Institutional Asset Management Awards). Sebagai bagian dari komitmennya untuk menjunjung tinggi standar integritas tertinggi dalam investasi, Principal Islamic juga menjadi pihak yang menandatangani UNPRI pada tahun 2019 (sebagai bagian dari Principal Asset Management (Asia Tenggara).
Per Desember 2022, Principal Islamic mengelola sekitar RM28,82 (USD 6,35) miliar dalam aset yang sesuai dengan prinsip Syariah, dengan memperoleh kepercayaan investor dari Australia, Eropa, Timur Tengah, dan Asia Tenggara. Kemampuan investasinya yang dinamis memungkinkannya untuk menyediakan solusi keuangan Syariah terbaik untuk memenuhi kebutuhan unik pelanggan dari semua ukuran portofolio.
Untuk maklumat lanjut, visit www.principalislamic.com
Date: Mac27,2023
Pengumuman mengenai Pembahagian Pendapatan untuk Principal PRS Plus ("PRS")
Kami dengan sukacitacitanya mengumumkan pembahagian pendapatan untuk dana PRS kami.
Kadar pengagihan (Tarikh Pascapendapatan: 12 August 2022) adalah seperti di bawah:
Funds | Distribution (MYR) |
Principal PRS Plus Conservative – Kelas A | 1.65 sen per unit |
Principal PRS Plus Conservative – Kelas C | 1.61 sen per unit |
Principal PRS Plus Conservative – Kelas X | 1.52 sen per unit |
Principal PRS Plus Moderate – Kelas A | 1.87 sen per unit |
Principal PRS Plus Moderate – Kelas C | 1.86 sen per unit |
Principal PRS Plus Moderate – Kelas X | 1.72 sen per unit |
Principal PRS Plus Growth – Kelas A | 1.43 sen per unit |
Principal PRS Plus Growth – Kelas C | 1.39 sen per unit |
Principal PRS Plus Growth – Kelas X | 1.36 sen per unit |
Principal PRS Plus Equity – Kelas A | 3.25 sen per unit |
Principal PRS Plus Equity – Kelas C | 3.25 sen per unit |
Principal PRS Plus Equity – Kelas X | 3.25 sen per unit |
Principal PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity – Kelas A | 2.78 sen per unit |
Principal PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity – Kelas C | 2.78 sen per unit |
Principal PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity – Kelas X | 2.67 sen per unit |
Pengagihan akan dilaburkan semula secara automatik untuk unit tambahan, dan ia akan ditunjukkan dalam jumlah pegangan unit anda dalam dana PRS.
Penafian:
Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada). Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) telah didaftarkan dan/atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut. Salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) boleh didapati di pejabat, pengedar atau laman web kami di www.principal.com.my. Pengeluaran mana-mana unit yang berkaitan dengan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan hanya akan dibuat apabila menerima permohonan yang dirujuk dan mengiringi salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan. Sila ambil perhatian bahawa pelaburan dalam dana unit amanah, dana borong dan/atau skim persaraan swasta yang berkaitan mempunyai risiko. Panduan pelbagai risiko yang terlibat diterangkan dalam Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang berkaitan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.
Date: Ogo12,2022
Principal® Memperluas Akses Pelaburan Digital
Portal dalam talian memberi akses penuh kepada lebih 50 dana kewangan demi mencapai matlamat pelaburan
Kuala Lumpur, 9 Mac 2022 – Principal Asset Management (“Principal”) hari ini mengumumkan perluasan perkhidmatan pelaburan melalui portal dalam talian yang membolehkan pelanggan menguruskan portfolio dengan lebih baik dari mana-mana sahaja. Portal pelaburan Principal ini bakal menjadi alat yang berkesan dan selamat bagi membantu orang ramai membina simpanan dan mencapai matlamat kewangan mereka. Penyelesaian digital ini juga dapat dinikmati oleh pelabur individu di Malaysia untuk mendapatkan akses perkhidmatan pelaburan Principal.
Pelabur kini mampu memanfaatkan kepakaran pengurusan persaraan dan aset oleh Principal secara digital dan melabur menerusi dana KWSP mereka ataupun secara tunai, lantas memperkasakan mereka untuk mengawal pelaburan dengan lebih cermat.
“Kami telah mula membangunkan penyelesaian kewangan digital bertujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan lebih baik, dan kini kami berusaha untuk memberikan autonomi kepada pelabur individu yang lebih gemar mengawal portfolio pelaburan mereka sendiri,” kata Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management. “Keadaan pandemik telah mempercepatkan kadar penerimaan digital, justeru secara langsung meluaskan akses dan memudahkan proses penyimpanan dan pelaburan demi kesejahteraan kewangan pelabur. Kami juga komited untuk memperkenalkan penyelesaian yang inovatif berpaksikan kebolehmampuan pelabur, simpanan dan pelaburan serta keterangkuman, dalam masa yang sama merakyatkan pelaburan agar lebih mudah difahami agar kita dapat membantu pelanggan dalam perjalan pelaburan mereka.”
Principal komited untuk membantu lebih ramai orang mencapai matlamat kewangan mereka dengan menawarkan lebih daripada 50 dana merangkumi dana konvensional dan patuh syariah dengan pelaburan permulaan minimum sebanyak RM500 di portal pelaburan ini. Sempena pelancaran portal ini, caj jualan sebanyak 0% akan dinikmati oleh pelabur baru dan sedia ada, serta 1,000 pelabur pertama akan turut menerima ganjaran sambutan awal sebanyak RM50. Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2022.
Seiring saluran konvensional Principal termasuklah melalui cawangan-cawangan utama, perunding pelaburan dan pengedar bank, portal pelaburan ini membolehkan pelabur untuk membeli, menukar, dan menebus dana unit amanah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai portal pelaburan, pelabur boleh melayari www.principal.com.my atau hubungi 603-7723 7260.
Principal adalah sebahagian daripada Principal Financial Group, peneraju pelaburan global dengan lebih 142 tahun pengalaman dalam membantu pelanggan merancang, melindungi dan melabur untuk masa depan mereka melalui penyelesaian pengurusan aset dan persaraan yang sesuai dengan kehidupan mereka.
.-Tamat-
Tentang Principal Asset Management Berhad
Principal Asset Management Berhad dimiliki bersama oleh Principal Financial Group, salah satu dari ahli FORTUNE 500® dan perkhidmatan kewangan global yang tersenarai di Nasdaq, dan Kumpulan CIMB, salah satu kumpulan perbankan yang terulung di Asia Tenggara.
Principal Asset Management Berhad telah ditubuhkan pada 13 Jun 1994 di Malaysia dan kini turut bertapak di Indonesia, Thailand dan Singapura. Kami menawarkan pelbagai solusi pelaburan kepada individu dan entiti perniagaan untuk membina, melindungi dan mempertingkatkan kewangan mereka melalui pelaburan unit amanah, skim persaraan, mandat korporat dan kepakaran pengurusan aset.
Dengan idea yang inovatif dan penyelesaian kehidupan sebenar, kami membantu para pelanggan kami tidak kira apa jua jumlah pendapatan dan portfolio mereka dalam merancang kewangan mereka demi masa depan yang lebih selesa.
Principal, Principal dan reka bentuk simbol dan Principal Financial Group adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan Principal Financial Services, Inc. salah satu ahli syarikat Principal Financial Group. ©2019 Principal Financial Services, Inc.
Date: Mac09,2022
Pengumuman mengenai Pembahagian Pendapatan untuk Principal Islamic PRS Plus ("PRS")
Kami mengumumkan Pembahagian Pendapatan untuk Dana PRS kami.
Kadar pengagihan (Tarikh Pascapendapatan: 15 Oktober 2021) adalah seperti di bawah:
Dana-Dana | Pembahagian (MYR) |
Principal Islamic PRS Plus Conservative Fund – Kelas A | 3.20 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Conservative Fund – Kelas C | 3.19 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Conservative Fund – Kelas X | 3.20 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Moderate Fund – Kelas A | 3.52 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Moderate Fund – Kelas C | 3.51 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Moderate Fund– Kelas X | 3.52 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Growth Fund – Kelas A | 1.00 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Growth Fund – Kelas C | 1.00 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Growth Fund – Kelas X | 1.00 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Equity Fund – Kelas A | 2.50 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Equity Fund – Kelas C | 2.50 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Equity Fund – Kelas X | 2.50 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity Fund – Kelas A | 2.69 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity Fund – Kelas C | 2.69 sen setiap unit |
Principal Islamic PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity Fund – Kelas X | 2.69 sen setiap unit |
Semua pendapatan yang anda peroleh akan ditunjukkan dalam jumlah unit Dana anda.
Penafian: Kami mengesyorkan agar anda membaca dan memahami kandungan Dokumen Pengungkapan Penggantian Kedua dan Dokumen Pendedahan Tambahannya (secara kolektif disebut sebagai "Dokumen Pendedahan") untuk PRS Plus Principal & PRS Plus Islamic Principal, masing-masing bertarikh 22 April 2020 dan 6 Ogos 2020 dan 22 April 2021. yang telah didaftarkan dengan sewajarnya dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”), sebelum menyumbang dan bahawa anda menyimpan Dokumen Pendedahan tersebut untuk rekod anda. Pendaftaran Dokumen Pendedahan dengan SC tidak berjumlah atau menunjukkan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong penerbitan tersebut dan SC belum menyemak penerbitan dan tidak mengambil tanggungjawab untuk kandungan bahan ini. Segala terbitan unit yang berkaitan dengan Dokumen Pendedahan hanya akan dibuat setelah penerimaan borang permohonan yang lengkap yang disebut dan disertakan dengan Dokumen Pendedahan, tertakluk pada syarat dan syarat di dalamnya. Anda boleh mendapatkan salinan Dokumen Pendedahan dari ibu pejabat Principal Asset Management Berhad, laman web kami di www.principal.com.my atau dari mana-mana pengedar kami yang diluluskan. Terdapat yuran dan caj yang terlibat dalam menyumbang kepada skim persaraan swasta. Kami mencadangkan agar anda mempertimbangkan yuran dan caj ini dengan berhati-hati sebelum menyumbang. Lembaran Sorotan Produk ("PHS") tersedia dan pelabur berhak untuk meminta PHS; dan PHS dan dokumen pendedahan produk lain harus dibaca dan difahami sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Kami mencadangkan agar anda membuat penilaian risiko anda sendiri dengan merujuk kepada risiko khusus yang berkaitan dengan Skim Persaraan Swasta dalam Dokumen Pendedahan dan dapatkan nasihat profesional, jika perlu.
^ Nama "PRS Plus" adalah nama penyelesaian skim persaraan swasta oleh Penyedia PRS. Ini sama sekali tidak menunjukkan atau menjamin bahawa Skim ini semestinya akan mengatasi skim persaraan swasta lain atau mempunyai ciri tambahan yang mungkin kurang dalam penyelesaian skim persaraan swasta.
Date: Okt15,2021
Pengumuman mengenai Pembahagian Pendapatan untuk Principal PRS Plus ("PRS")
Kami mengumumkan Pembahagian Pendapatan untuk Dana PRS kami.
Kadar pengagihan (Tarikh Pascapendapatan: 14 Oktober 2021) adalah seperti di bawah:
Dana-Dana | Pembahagian (MYR) |
Principal PRS Plus Conservative Fund – Kelas A | 3.59 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Conservative Fund – Kelas C | 3.58 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Conservative Fund – Kelas X | 3.59 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Moderate Fund – Kelas A | 2.99 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Moderate Fund – Kelas C | 2.98 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Moderate Fund – Kelas X | 2.99 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Growth Fund – Kelas A | 2.53 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Growth Fund – Kelas C | 2.52 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Growth Fund – Kelas X | 2.53 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Equity Fund – Kelas A | 3.37 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Equity Fund – Kelas C | 3.37 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Equity Fund – Kelas X | 3.37 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity Fund – Kelas A | 6.12 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity Fund – Kelas C | 6.12 sen setiap unit |
Principal PRS Plus Asia Pacific Ex-Japan Equity Fund – Kelas X | 6.12 sen setiap unit |
Semua pendapatan yang anda peroleh akan ditunjukkan dalam jumlah unit Dana anda.
Penafian: Kami mengesyorkan agar anda membaca dan memahami kandungan Dokumen Pengungkapan Penggantian Kedua dan Dokumen Pendedahan Tambahannya (secara kolektif disebut sebagai "Dokumen Pendedahan") untuk PRS Plus Principal & PRS Plus Islamic Principal, masing-masing bertarikh 22 April 2020 dan 6 Ogos 2020 dan 22 April 2021. yang telah didaftarkan dengan sewajarnya dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”), sebelum menyumbang dan bahawa anda menyimpan Dokumen Pendedahan tersebut untuk rekod anda. Pendaftaran Dokumen Pendedahan dengan SC tidak berjumlah atau menunjukkan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong penerbitan tersebut dan SC belum menyemak penerbitan dan tidak mengambil tanggungjawab untuk kandungan bahan ini. Segala terbitan unit yang berkaitan dengan Dokumen Pendedahan hanya akan dibuat setelah penerimaan borang permohonan yang lengkap yang disebut dan disertakan dengan Dokumen Pendedahan, tertakluk pada syarat dan syarat di dalamnya. Anda boleh mendapatkan salinan Dokumen Pendedahan dari ibu pejabat Principal Asset Management Berhad, laman web kami di www.principal.com.my atau dari mana-mana pengedar kami yang diluluskan. Terdapat yuran dan caj yang terlibat dalam menyumbang kepada skim persaraan swasta. Kami mencadangkan agar anda mempertimbangkan yuran dan caj ini dengan berhati-hati sebelum menyumbang. Lembaran Sorotan Produk ("PHS") tersedia dan pelabur berhak untuk meminta PHS; dan PHS dan dokumen pendedahan produk lain harus dibaca dan difahami sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Kami mencadangkan agar anda membuat penilaian risiko anda sendiri dengan merujuk kepada risiko khusus yang berkaitan dengan Skim Persaraan Swasta dalam Dokumen Pendedahan dan dapatkan nasihat profesional, jika perlu.
^ Nama "PRS Plus" adalah nama penyelesaian skim persaraan swasta oleh Penyedia PRS. Ini sama sekali tidak menunjukkan atau menjamin bahawa Skim ini semestinya akan mengatasi skim persaraan swasta lain atau mempunyai ciri tambahan yang mungkin kurang dalam penyelesaian skim persaraan swasta.
Date: Okt14,2021