Beberapa langkah mudah dapat membantu anda membina keyakinan terhadap situasi kewangan anda - langkah pertama adalah mengukuhkan kedudukan kewangan diri sendiri dan keluarga anda. Berikut pula adalah 5 langkah kecil yang boleh membantu anda membina asas dalam membina impian anda dan mulakannya dengan mudah pada hari ini.
1. Tentukan apa yang anda mahu wang anda lakukan untuk anda.
Untuk menjadikan impian anda menjadi kenyataan, anda memerlukan perancangan untuk membayarnya. Langkah pertama ialah menentukan matlamat anda. Apa yang anda paling mahukan? Dana untuk kolej anak-anak anda? Persaraan awal? Mungkin rumah percutian berhampiran pantai di mana anda pergi berbulan madu? Takrifkan matlamat anda sama ada kritikal, keperluan, atau kemahuan, dan jadikannya khusus dan boleh dicapai. J ika matlamat itu terlalu abstrak, anda akan mudah menyimpang. Sebaik sahaja anda tahu apa yang anda mahukan, anda boleh merancang untuk mendapatkan hasilnya.
Lakukan hari ini: Tuliskan matlamat anda. Penyelidikan menunjukkan kecendurangan bagi orang yang melakukan ini adalah lebih daripada 40% berbanding mereka yang tidak melakukannya. Jadi ambil pen dan kertas dan tuliskan impian anda.
2. Sediakan dana dengan sewajarnya untuk kecemasan.
Apa yang akan berlaku jika anda diberhentikan kerja pada hari ini? Atau doktor anda memberitahu anda tentang keputusan ujian kesihatan anda yang membimbangkan? Pastikan anda mempunyai pelan jika berlaku sesuatu tidak diinginkan. Anda boleh mempertimbangkan perlindungan insurans yang berbeza, tetapi ia juga merupakan idea yang baik untuk ada simpanan kecemasan.
Lakukan hari ini: Bina “perlindungan tambahan” bagi simpanan anda. Langkah praktikal yang baik adalah mempunyai simpanan yang cukup untuk 3-6 bulan perbelanjaan harian. Jika ianya membimbangkan anda, mulakan sedikit demi sedikit dan jangan berhenti melakukannya.
3. Langsaikan hutang anda.
Adakah bil kad kredit anda menghalang anda mencapai matlamat kewangan jangka panjang? Sekiranya anda mempunyai banyak kad kredit atau hutang pinjaman pendidikan, gabungan keduanya dapat membantu mengurangkan kadar faedah supaya anda dapat membayar hutang anda dengan lebih cepat.
Lakukan hari ini: Perhatikan mana hutang anda yang mempunyai kadar faedah tertinggi. Bayar hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi dahulu, kemudian bayar seberapa banyak yang anda mampu setiap bulan.
4. Kekalkan bajet yang mudah.
Menetapkan belanjawan bulanan adalah salah satu daripada perkara yang anda erlu lakukan. Jika anda masih belum melakukannya, maka lakukannya pada hari ini. Tetapkan pelan yang anda boleh realisasikan.
Lakukan hari ini: Periksa penyata bank anda dan buat senarai tentang apa yang anda belanjakan setiap bulan pada perkara yang tidak penting seperti keahlian gim, beli makanan luar dan hiburan. Sekiranya anda membayar bil bulanan untuk apa-apa aktiviti yang anda tidak manafaatkan, keluarkannya daripada bil bulanan anda.
5. Tabungan persaraan anda boleh dilakukan dengan mudah
Jangan biarkan kebimbangan mengenai masa depan anda membuatkan anda berjaga malam. -Mulakan perancangan persaraan anda. Ianya mudah.
Lakukan ini hari ini: Semak sumbangan yang anda lakukan terhadap dana simpanan anda. Adakah anda mendapat kenaikan gaji? Adakah anda boleh membuat pemotongan perbelanjaan lain? Tingkatkan sumbangan dana persaraan anda dengan sewajarnya dan semak dengan perunding kewangan untuk memastikan anda berada di landasan yang betul.
Perancangan kewangan sebenarnya bukan membebankan. Penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang belajar tentang pengurusan kewangan peribadi mempunyai keyakinan sebanyak 75% terhadap kewangan masa hadapan mereka. Jika anda salah seorang daripadanya, maka anda sudah pun melakukan perkara yang betul.