Bagaimanakah anda kekal berada di landasan yang betul apabila anda menguruskan kewangan anda? Ia memerlukan perancangan dan keutamaan. 5 langkah ini dapat membantu.
1. Fokus pada perancangan kewangan anda.
Situasi kewangan anda banyak dipengaruhi oleh pelbagai keperluan sama ada yang dirancang dan di luar jangkaan anda - antaranya seperti penyaman udara rosak, tayar baru untuk kereta, cukai yang perlu dibayar, dan lain-lain lagi. Justeru itu anda harus memastikan semua perbelanjaan ini tidak menjejaskan simpanan untuk persaraan.
2. Bina dana kecemasan.
Mulakan dengan menyimpan sekurang-kurangnya satu bulan pendapatan dalam akaun anda. Kemudian tambah simpanan ini agar anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk perbelanjaan hidup bagi sekurang-kurangnya 6 bulan dalam akaun yang mempunyai kadar faedah tinggi. Dan setiap kali anda menggunakan wang daripada dana kecemasan, nilai dulu keutamaannya.
3. Terus menyimpan untuk persaraan.
Menyimpan untuk dana persaraan adalah sama pentingnya dengan a dana kecemasan. Kesalahan paling biasa dilakukan adalah menangguh permulaan untuk menyimpan. Jangan menangguhkannya dan mulakan secepat yang mungkin - impian persaraan anda menjadi kenyataan dengan impak kompaun terhadap wang persaraan yang anda simpan . Lagi awal anda mulakannya, lagi banyak pendapatan yang boleh diperolehi. Dan, terus tingkatkan sumbangan anda dari masa ke semasa. Petuanya: Setiap kali anda mendapatkan kenaikan gaji,masukkan dana antara 1 hingga 2% daripada kenaikan gaji anda ke dalam simpanan persaraan.
4. Bayar jumlah hutang yang tinggi.
Ramai di kalangan kita yang mempunyai hutang dalam nilai yang besar seperti untuk bayaran kereta dan rumah.. Bayar secepat dan sebanyak yang mungkin untuk melangsaikan hutang-hutang besar ini. Lakukan apa yang anda mampu untuk membayar lebih daripada kadar bayaran minimum untuk melangsaikan hutang ini dengan lebih cepat. Sebaik sahaja anda selesai membayar hutang-hutang anda,anda akan berada dalam situasi kewangan yang lebih baik dan boleh membuat keputusan yang berbeza dalam merancang pelan persaraan anda.
5. Bajet untuk perbelanjaan masa depan.
Sebaik sahaja simpanan untuk dana kecemasan dan pelan persaraan anda berada di landasan yang betul, anda boleh mula menabung untuk perbelanjaan yang lain-lain yang dirancang secara baik, seperti memperbaiki bumbung rumah atau merancang untuk percutian yand istimewa.
Salah satu cara untuk memperolehi wang tambahan adalah: Setiap kali anda membayar pinjaman kereta atau pinjaman ansuran yang lain, masukkan jumlah bayaran bulanan yang sama ke dalam akaun simpanan, jadi anda akan bersedia untuk perbelanjaan yang lebih besar seterusnya.