7 minit baca I Tarikh: 8 Jun 2022
Kebanyakan orang mempunyai idea yang tidak jelas tentang fungsi pelaburan dan faedah jangka panjangnya. Ramai tidak sedar bahawa ia adalah salah satu jalan terbaik untuk mencapai kebebasan kewangan. Namun begitu, mereka mungkin keberatan untuk mengambil tindakan. Ini boleh difahami kerana salah tanggapan tentang pelaburan adalah perkara biasa. Anda mungkin pernah percaya mitos sebegitu adalah benar, kerana kurangnya pendedahan dan pendidikan tentang pelaburan. Dalam artikel ini, kami menjelaskan 5 mitos pelaburan biasa yang menghalang individu daripada mengambil langkah pertama ke arah mengembangkan kekayaan mereka.
Mitos 1 - Anda mesti mempunyai banyak wang
Salah satu mitos pelaburan yang paling biasa ialah anda perlu mempunyai banyak wang untuk melabur. Memang benar bahawa dalam apa-apa jenis pelaburan, wang menghasilkan wang. Ini bermakna anda perlu memasukkan sejumlah wang untuk berkembang, tetapi ia tidak semestinya perlu banyak. Realitinya, sesiapa sahaja tanpa mengira pendapatan atau latar belakang mereka boleh mendapat manfaat daripada melabur dengan berlandaskan pengetahuan, platform dan strategi yang betul. Ia hanya mengambil sebahagian kecil daripada pendapatan semasa anda untuk mula melabur. Dengan berbuat demikian, anda mencipta peluang untuk mendapatkan potensi pulangan pada masa hadapan.
.
Mitos 2 - Anda mesti mempunyai pengetahuan mendalam tentang ekonomi
Satu lagi aspek pelaburan yang menakutkan orang ramai ialah prestasinya sangat bergantung pada keadaan ekonomi. Individu yang tidak mengetahui perkembangan dunia atau ekonomi negara, atau kurang memahami cara ia memberi kesan kepada keuntungan, mungkin teragak-agak untuk melabur. Ini adalah alasan yang munasabah. Anda sememangnya tidak dinasihatkan melaburkan wang anda secara terburu-buru dan mengharapkan hasil yang terbaik kerana terdapat banyak faktor ekonomi yang mempengaruhinya. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu menjadi pakar untuk berjaya dalam pelaburan anda. Hubungilah penasihat kewangan yang boleh membantu anda menilai selera risiko anda dan merangka pelan pelaburan berdasarkan keperluan anda. Ini merupakan cara yang terbaik dan paling bijak untuk bermula.
.
Mitos 3 – Risiko melabur amat tinggi, jadi lebih baik pilih simpanan
Ramai orang terperangkap dengan kepercayaan bahawa pelaburan adalah usaha berisiko tinggi dan menyimpan cara lama adalah pilihan yang lebih selamat. Walaupun semua jenis pelaburan mempunyairisiko, beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkannya. Zaman ini, banyak sumber dan maklumat dalam talian yang boleh dirujuk untuk membolehkan anda membuat keputusan termaklum semasa melabur. Mengetahui faktor risiko adalah langkah pertama ke arah mengenal pasti selera risiko anda. Faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk risiko inflasi, risiko jangka hayat, risiko keadaan ekonomi, risiko kadar faedah dan risiko kredit. Ini akan memberi anda petunjuk di mana selera risiko anda harus berada pada skala antara konservatif dan agresif (risiko rendah kepada risiko tinggi). Jika anda masih kurang keyakinan untuk belajar dan melabur sendiri, bekerjasama dengan perunding kewangan bertauliah Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FiMM) ialah cara pintar untuk mencipta pelan pelaburan mampan yang boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Perunding kewangan kami yang berpengalaman dan bertauliah sentiasa ada untuk membimbing anda dengan pelan pelaburan anda setiap langkah.
Mitos 4 - Anda perlu menyemak prestasi pasaran harian
Satu lagi sebab orang teragak-agak untuk melabur disebabkan oleh andaian bahawa mereka perlu memantau prestasi pasaran setiap hari. Pada hakikatnya, banyak pelan pelaburan boleh sesuai dengan keupayaan anda untuk melakukannya. Walaupun anda sememangnya boleh memperoleh keuntungan setiap hari dengan memberi perhatian yang teliti kepada pergerakan dalam pasaran, cara yang kurang memakan masa untuk mengembangkan wang anda adalah menggunakan strategi pelaburan jangka panjang. Dalam pelaburan sedemikian, anda boleh mengharapkan untuk mendapat pulangan dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau bahkan tahun, bergantung pada keupayaan anda. Apa yang anda perlukan adalah kemahiran, pengetahuan dan bimbingan yang betul. Jika anda ingin melabur tetapi mempunyai jadual yang padat dan langsung tiada masa untuk mengikuti arah aliran pasaran, anda harus menghubungi perunding kewangan yang boleh membantu dengan pengumpulan kekayaan anda.
Mitos 5 – Anda terlalu muda untuk mula melabur
Ramai orang mempunyai kepercayaan asas bahawa seseorang mesti mencapai tahap kematangan dan kestabilan pendapatan tertentu sebelum mereka mula melabur. Padahal, anda harus mula merancang masa depan kewangan anda sebaik sahaja anda mencapai umur 18 tahun. Mencapai matlamat kewangan anda dengan pelaburan boleh menjadi proses yang perlahan dan stabil, terutamanya jika anda ingin meminimumkan risiko sepanjang masa. Memulai rancangan melabur anda lebih awal akan memberi anda kelebihan. Anda akan memperoleh pengalaman langsung yang akan mengembangkan pengetahuan dan pemahaman anda tentang pelaburan. Ini membolehkan anda melaksanakan rancangan anda secara mampan. Sama seperti perkara lain, amalan adalah penting demi kemajuan. Untuk menjadi lebih baik dalam pelaburan, pertamanya anda harus bermula. Walaupun anda harus mengambil kesempatan untuk memulakan pelan pelaburan pada usia awal, ia tidak pernah lewat buat anda mengumpul kekayaan anda. Dengan pemahaman dan strategi yang betul seperti purata kos dolar, anda boleh mula melabur pada bila-bila masa, mengikut kadar anda sendiri, dengan syarat anda berumur 18 tahun ke atas.[1] [FBS2] Dengan ringkas, pelaburan adalah untuk semua orang. Anda tidak memerlukan banyak wang atau pengetahuan untuk mula melabur. Apa yang anda perlukan ialah memutuskan untuk mengawal masa depan kewangan anda, bersedia untuk belajar dan gigih dalam perjalanan pelaburan anda.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya?
Ingin memulakan perjalanan pelaburan anda tetapi tidak pasti bagaimana? Hubungi kami atau bercakap dengan salah seorang perunding kewangan kami yang boleh membantu anda mencapai matlamat anda dan merangka pelan pelaburan berdasarkan keperluan anda.
Penafian
Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada). Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) telah didaftarkan dan/atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut. Salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) boleh didapati di pejabat, pengedar atau laman web kami di www.principal.com.my. Pengeluaran mana-mana unit yang berkaitan dengan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan hanya akan dibuat apabila menerima permohonan yang dirujuk dan mengiringi salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan. Sila ambil perhatian bahawa pelaburan dalam dana unit amanah, dana borong dan/atau skim persaraan swasta yang berkaitan mempunyai risiko. Panduan pelbagai risiko yang terlibat diterangkan dalam Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang berkaitan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.