Pasaran sekarang tidak menentu akibat penularan COVID-19 (coronavirus) dan ianya memberi kesan kepada ekonomi kita. Justeru itu, ramai yang gusar memikirkannya.
Anda mungkin berasa cemas kerana ketidakstabilan dan kerugian jangka pendek justeru itu, kami ingin mengesyorkan beberapa cara yang boleh membantu anda mengendalikan emosi anda yang sesuai untuk rancangan persaraan anda.
Berikut adalah tiga perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu anda kekal tenang dan teruskan dengan perancangan anda untuk menyimpan dan melabur untuk jangka panjang.
Pasaran yang tidak menentu adalah lumrah. Anda perlu fokus pada kestabilan.
Pasaran tidak menentu boleh menjadi perkara yang baik. Bunyinya pelik, bukan? Berita pasaran biasanya akan bercakap mengenai tentang ketidakstabilan khususnya apabila harga pasaran turun. Pasaran yang baik mempunyai fasa turun dan naik.. Ia membantu membolehkan pasaran ekuiti memberikan pulangan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Ingatlah ketidakstabilan adalah fenomena jangka pendek.
Salah satu rahsia untuk menjadi pelabur yang tenang adalah menumpukan perhatian kepada perancangan jangka panjang-seperti matlamat persaraan anda. Melabur itu boleh diibaratkan seperti menaiki penerbangan untuk sampai ke sesuatu destinasi. Dalam perjalanan anda ke destinasi yang ditujui, pasti ada sedikit pergolakan di udara. Namun anda akan tetap tiba di destinasi anda. Anggaplah pelaburan seperti menaiki sebuah penerbangan di mana akan ada sedikit ketidak selesaan namun anda pasti akan tiba di destinasi yang ditujui dengan perasaan yang gembira.
Tujuan simpanan persaraan adalah untuk anda menjalani kehidupan yang anda mahukan apabila bersara dan boleh mengambil masa sehingga 30 tahun akan datang.
Pertimbangkan untuk membuat pilihan pelaburan dan perubahan pelaburan anda berdasarkan matlamat pelaburan jangka panjang yang mantap dan tarikh persaraan anda., Cuba elak daripada terpengaruh secara emosi akibat perubahan pasaran jangka pendek. Kekal focus terhadap matlamat jangka panjang anda.
Fokus pada apa yang anda boleh kawal dengan simpanan persaraan anda.
Oleh kerana anda tidak dapat mengawal ketidaktentuan pasaran, lebih baik anda fokus terhadap faktor-faktor yang dalam kawalan anda- seperti kepelbagaian dalam pelaburan anda. Pelbagai pilihan pelaburan dapat Selaraskan akaun pelaburan anda berdasarkan toleransi risiko anda dan pilihan dana yang bersesuaian kerana ia dapat membantu anda apabila harga naik dan turun. Dana pelaburan tidak akan naik dan turun pada masa yang sama.
Sebagai contoh, dana dalam pelaburan tetap pendapatan boleh membantu mengurangkan ketidaktentuan berbanding dengan dana ekuiti anda. Kombinasi pelaburan anda mungkin perlu ditukar dari semasa ke semasa agar pelaburan anda seimbang dengan matlamat jangka panjang anda.
Anda boleh mulakan dengan pelaburan EFP i-Invest. Menerusinya anda boleh membuat pelaburan menggunakan dana dari akaun 1 KWSP anda dengan cepat dan mudah menerusi talian.
Hubungi pakar pelaburan untuk mendapatkan perspektif.
Buat panggilan telefon dan bincang dengan perunding kewangan anda supaya beliau dapat memberikan perspektif kepada perancangan pelaburan anda. Perunding anda boleh membantu anda memahami situasi yang berlaku dan bagaimana ia boleh memberikan kesan terhadap matlamat simpanan jangka panjang anda.
Dan jika anda tidak mempunyai strategi persaraan yang kukuh, perunding kewangan boleh membantu anda memulakannya.
Tidak kira sama ada anda perlu mencari perunding baru atau berurusan dengan yang perunding sedia ada, tetapkan tarikh pada kalendar anda sekarang untuk berbincang dengan beliau agaranda dapat memahami keadaan pasaran dengan lebih baik.