Fakta tentang penjagaan kesihatan semasa persaraan

Penjagaan kesihatan.

Kosnya merupakan yang terbesar semasa tempoh persaraan selain daripada kos untuk tempat tinggal, kenderaan dan makanan.1 dan tidak munglin akan turun. Kenapa?

  • Secara umumnya kita hidup lebih lama dalam tempoh persaraan.2 
  • Inflasi penjagaan kesihatan terus meningkat lebih cepat daripada kadar inflasi umum.3
  • Penyakit kronik dan masalah kesihatan yang berkaitan dengan usia telah meningkat.

Kos perubatan secara amnya tidak dikategorikan sebagai sebahagian daripada perancangan persaraan. Pada hakikatnya, ia membentuk sebahagian besar dari apa yang dibayar pesara semasa bersara. Ini benar-benar kategori perbelanjaan yang luas untuk dirancang, termasuk pergigian, penglihatan, alat bantu dengar, preskripsi, dan juga rawatan jangka panjang. Dengan kenaikan kos perubatan, tidak terlalu awal untuk merancang perbelanjaan rawatan kesihatan semasa bersara, walaupun masih 10 atau 20 tahun lagi.

 

Kos penjagaan kesihatan di luar poket: Berapa banyak yang anda harapkan?

Jumlah kos untuk rawatan kesihatan anda semasa bersara nanti bergantung kepada usia, keadaan kesihatan secara keseluruhan, tempat tinggal, pendapatan, dan sama ada anda mempunyai perlindungan kesihatan tambahan. Secara umumnya, kos penjagaan kesihatan dianggarkan akan meningkat sebanyak 19%4  dan premium insurans kesihatan  pula akan meningkat sebanyak 25%5.

Mengapa ada kenaikan? Antara faktor-fakor kenaikan kos adalah kesan dari pertambahan populasi, populasi warga tua, kelaziman/penyakit, penggunaan perkhidmatan perubatan, dan harga dan kepekaan perkhidmatan kesihatan.

Empat penyakit teratas yang dihidapi oleh para pesara dan kos untuk merawat penyakit ini adalah antara RM40K - RM5.2 juta (bergantung sama ada rawatan awam atau swasta)6:

  • Serangan jantung (RM40k –RM 2 juta)
  • Serangan strok (RM150K - 5.2 juta)
  • Barah (RM 50K - RM 250K)
  • Kencing manis (rawatan jangka Panjang)

Bagaimana anda boleh merancang?

Adalah penting untuk anda mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi dalam  akaun persaraan anda.  In kerana sebahagian besar daripada apa yang anda simpan mungkin diperlukan untuk penjagaan kesihatan. Untuk meningkatkan jumlah simpanan persaraan anda, anda boleh mempertimbangkan Skim Persaraan Swasta (PRS) untuk melengkapkan  simpanan KWSP anda agar ianya mencukupi bagi persaraan anda nanti. Anda perlu membuat perancangan awal untuk kos rawatan kesihatan persaraan anda kerana ia adalah komponen paling penting apabila anda bersara nanti.

Salah satu cara yang baik untuk mula menyimpan dalam jumlah lebih banyak untuk persaraan anda adalah dengan meningkatkan pelaburan persaraan anda, sama ada melalui kenaikan gaji atau bonus. Sekiranya gaji anda naik 3%, ada baiknya anda menyumbang 1-2% dari jumlah itu untuk simpanan persaraan anda.

Kelebihan melabur melalui PRS adalah sekiranya anda hilang upaya secara keseluruhan,  mengalami penyakit serius atau kecacatan mental  sebelum usia 55 tahun, anda boleh melakukan pengeluaran tanpa dikenakan sebarang cukai dari Akaun Sub A atau Akaun Sub B. 

prs

Penting: Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan,  peruntukan untuk pengeluaran tambahan  tanpa dikenakan cukai telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuritui. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

 

1 EBRI Issue Brief, no. 492 (Employee Benefit Research Institute, October 2019). 
2 National Center for Health Statistics data brief No. 355, January 2020. 
3 Bureau of Labor Statistics, 1978-2019, inflation visualized by DataPool, September 2019.  
Malaysia Sees Sharp Increase In Health Insurance Premium, Business Insider Malaysia, 22 April 2014
Rising pressure of healthcare cost, Retire Method, April 2013
6 As shared by Dr Shahruniza Md Shahir, KPJ Rawang Specialist during Principal PRS Conference, 2019 October.