PDA

Apakah pendekatan Principal untuk Pengesahan?

Untuk memperbaiki keselamatan akaun atas talian.

Principal telah menyediakan satu tahap perlindungan tambahan kepada akaun pengguna dalam bentuk Pengesahan. Kami menawarkan dua kaedah pengesahan untuk mendapatkan Kata Laluan Sekali Sahaja (OTP) yang menyediakan fleksibiliti dan kemudahan kepada pelanggan kami.

Kaedah pertama adalah untuk menerima OTP melalui SMS 66300 (SMS-OTP) daripada nombor telefon bimbit berdaftar* anda, dan cara kedua adalah melalui E-mel Pengesahan Kelulusan (pda-noreply@principal.com.my). Pelanggan boleh memilih untuk menggunakan kedua-dua kaedah ini dan ia boleh digunakan secara silih-ganti. (Ejen hanya boleh memilih salah satu kaedah untuk kelulusan transaksi).

*Maklumat peribadi dikemaskini

PDAA02

Mengapa memilih Kata Laluan Sekali Sahaja (OTP)?

Lebih selamat berbanding kata laluan log masuk biasa

Memandangkan kata laluan sekali sahaja boleh digunakan hanya sekali, anda tidak perlu bimbang ada pihak lain menggunakannya.

Ciri OTP ini mencegah beberapa bentuk kecurian identiti dan penggunaan tanpa kebenaran dengan memastikan gabungan nama-pengguna/kata laluan yang direkodkan tidak boleh digunakan buat kali kedua.

Selepas anda berjaya meluluskan transaksi melalui pengesahan OTP atau e-mel, anda boleh melakukan bayaran atas talian yang selamat untuk mana-mana pelaburan permulaan, penambahan, atau Pelan Simpanan Biasa (RSP) melalui bank pilihan anda.

Klik "Contoh-contoh" untuk penerangan selanjut.