#1: Matlamat Pembangunan Lestari PBB (UNSDG)
Agenda 2030 menuju Pembangunan Lestari yang telah diamalkan oleh semua Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015 telah menyediakan pelan tindakan demi keamanan dan kemakmuran rakyat serta dunia pada masa ini, juga pada masa hadapan. Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) merangkumi 17 perkara yang merupakan seruan oleh semua negara sama ada negara maju mahupun negara membangun dalam satu perkongsian global untuk mengambil tindakan segera. PBB sedar bahawa usaha untuk menamatkan kemiskinan dan kekurangan lain mesti ditangani sejajar dengan strategi dengan matlamat menambah baik tahap kesihatan dan pendidikan, mengurangkan ketidaksamaan serta memacu pertumbuhan ekonomi. Pada masa yang sama, turut berusaha menangani isu perubahan iklim dan memelihara lautan serta hutan.
Kami di Principal Malaysia, telah menyelaraskan tanggungjawab dan komitmen kelestarian kami kepada sembilan Matlamat Pembangunan Lestari PBB: