Anda telah memulakan kerjaya anda. Sebahagian hutang anda telah dilangsaikan.
Adakah anda bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dan nekad untuk membina simpanan anda? Atau adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk memaksimumkan wang yang telah anda keluarkan dengan melaburkannya? Untuk membiayai matlamat pelaburan anda dalam kehidupan dan apabila anda sudah bersedia untuk bersara, anda perlu memastikan wang anda bekerja keras untuk anda.
Berikut adalah lima petua kewangan untuk anda:
1. Hidup dalam (atau di bawah) kemampuan anda.
Anda masih boleh menikmati keseronokan, tetapi perubahan kecil dapat memberikan perubahan yang besar dalam tempoh jangka panjang. Mulakan dengan membuat belanjawan dan cari jalan untuk merekod apa yang anda belanjakan. Pertimbangkan pilihan anda untuk tujuan menyimpan berbanding berbelanja:
- Pandu kenderaan yang sedia ada atau naik pengangkutan awam
- Beli rumah yang sederhana
- Jangan melancong terlalu kerap
- Lakukan projek buat barangan sendiri dan elakkan membayar untuk perkhidmatan luar
2. Tangani hutang dengan cara yang bijak.
Secara lebih tepat, anda dinasihatkan untuk membayar baki kad kredit anda setiap bulan.
Cari kaedah pembayaran hutang yang akan memberikan kesan yang terbaik untuk anda. Ini antara contoh-contoh yang baik untuk melangsaikan hutang anda.
- Kaedah “avalanche” (tangani baki hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi terlebih dahulu)
- Kaedah “snowball” (habiskan bayaran untuk baki paling rendah terlebih dahulu)
3. Rancang untuk persaraan.
Fikirkan tentang kehidupan yang anda mahukan dan buat perancangan untuk mencapai perkara yang anda rancang kan. Ini mungkin memerlukan pelaburan selain daripada sumbangan KWSP yang sedia ada, seperti pelaburan dalam Skim Persaraan Swasta atau pelaburan dana unit amanah setiap tahun setelah anda terima kenaikan gaji. Anda juga boleh menggunakan dana dari akaun 1 KWSP anda untuk melabur dalam dana unit amanah untuk mendapatkann pulangan yang lebih baik. Anda boleh mulakannya hari ini melalui platform i-Invest KWSP.
4. Dana kecemasan.
Sekiranya RM 2,000perlu dikeluarkan daripada belanjawan, adakah jumlah ini memberi kesan yang besar terhadap anda? Jika jawapannya adalah ya, maka anda perlu fikirkan cara untuk mula mempunyai i dana kecemasan. "Ia penting kerana tanpanya pelan kewangan jangka panjang anda akan terjejas jika dana kecemasan terpaksa anda gunakan untuk pelanburan."
5. Terus belajar tentang kewangan peribadi.
Pendidikan memacu keyakinan, dan keyakinan mendorong tindakan. Melabur dalam amaun yang sedikit oun sudah memadai kerana ia menjadikan anda lebihyakin mengenai keputusan kewangan peribadi anda. Anda tidak pasti sama ada anda mempunyai wang tunai untuk melabur sekarang? Amaun yang kecil boleh memberikan perbezaan yang besar. Anda boleh mula dengan memaksimumkan simpanan akaun 1 KWSP anda dengan melabur dalam dana unit amanah - wang tunai yang diperlukan!