Islamic investments

Di Principal, kami percaya pada kepelbagaian portfolio pelaburan. Bukan sahaja antara pilihan dana pendapatan tetap dan ekuiti atau penyelesaian tempatan dan global, tetapi juga antara pelaburan konvensional dan Islam. Kami boleh menawarkan pelbagai penyelesaian yang anda perlukan untuk memaksimumkan penyelesaian pelaburan anda dan mencapai matlamat kewangan anda.
 

Pelaburan Patuh Syariah

Why Islamic investments

Mengapa pelaburan Islam?

  • Pelbagai pilihan dana untuk memenuhi sebarang tahap toleransi risiko
  • Penyelesaian yang unik dan inovatif
  • Pilihan dana tempatan dan global
  • Prestasi dana yang kompetitif
  • Penerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. 
  • Proses “end-to-end” yang sesuai dengan prinsip-prinsip Syariah


Malah, kami mengamalkan pematuhan Syariah yang lebih meluas dan bukan setakat proses saringan pelaburan tetapi juga memastikan bahawa semua aspek operasi pengurusan pelaburan adalah berlandaskan Syariah.
 

Dana Islam

Dari dana Konservatif hingga agresif, kami mempunyai pelbagai penyelesaian pelaburan untuk memenuhi keperluan anda. Berikut adalah beberapa dana untuk dipertimbangkan.

Konservatif
 

Principal Islamic Money Market Fund
 

Bertujuan untuk memberi pelabur kecairan dan pendapatan tetap, sambil mengekalkan kestabilan modal dengan melabur dalam instrumen pasaran wang yang patuh Syariah.
 

Konservatif Ringan
 

Principal Islamic Lifetime Enhanced Sukuk Fund
 

Bertujuan untuk meningkatkan nilai pelaburan Pemegang Unit dalam jangka masa sederhana dalam portfolio Sukuk di antara 3-10 tahun sambil memberikan pendapatan tetap.
 

Sederhana
 

Principal Islamic Lifetime Balanced Growth Fund
 

Untuk meningkatkan nilai pelaburan pemegang Unit dalam jangka masa panjang menerusi gabungan pelbagai aset Malaysia dalam instrumen Syariah yang diluluskan sambil memberikan pendapatan yang konsisten.
 

Agresif
 

Principal Islamic Malaysia Opportunities
 

Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal yang konsisten dalam jangka masa sederhana hingga panjang.
 

 

Untuk melihat senarai dana Islam sepenuhnya, klik di sini. [Pilih Dana Islam dan tekan butang carian]

Tidak pasti sama ada pelaburan Islam sesuai untuk anda?

 

article Baca artikel ini 

consultant Tanya perunding

explore Terokai penyelesaian dana lain

Enquiry

Soalan Lazim mengenai pelaburan patuh Syariah (FAQ)

1. Apakah perbezaan di antara pelaburan patuh-Syariah dan pelaburan konvensional?

Pelaburan Islam adalah berlandaskan peraturan dan garis panduan hukum Syariah.  Ia juga berbentuk pelaburan beretika dan mementingkan tanggungjawab sosial.

2. Apakah antara peraturan dan garis panduan hukum Syariah yang diterapkan dalam pelaburan patuh Syariah?

 

  • Gharar – Merujuk kepada transaksi perniagaan yang mengandungi unsur ketidakpastian.
  • Riba – Penyimpanan wang dalam institusi perbankan konvensional dan sektor insuran yang meghasilkan faedah. 
  • Maysir – Sebarang keuntungan kewangan yang diperolehi hasil daripada spekulasi.
  • Aktiviti yang tidah beretika dari segi hukum Syariah seperti mempromosikan pornografi dan senjata api.
  • Syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Islam termasuk urusniaga jual beli, pengangkutan serta pemasaran barang-barang yang tidak halal seperti alkohol dan kinzir.
     
3. Apakah proses pemilikan stok bagi syarikat-syarikat yang mengamalkan pelaburan patuh-Syariah?

Secara umumnya, terdapat dua lapisan saringan yang diamalkan iaitu; saringan aktiviti perniagaan (sektor) dan saringan kewangan:

 Saringan Aktiviti Perniagaan (Sektor) Saringan Kewangan
  • Menganalisa samada aktiviti perniagaan yang dilakukan bukan patuh-Syariah.
  • Dua pendekatan:
    • Kod sektor: Sebarang pembabitan yang berbentuk bukan patuh-Syariah tidak dibenarkan.
    • Teleransi sebanyak 5%: Kelonggaran diberikan sehingga 5% dari segi keuntungan yang tidak memenuhi hukum patuh-Syariah asalkan aktiviti perniagaan tersebut berbentuk halal.
  • Periksa aspek kewangan syarikat tersebut dari segi:
    • Kecairan aset dan sekuriti yang berlandaskan faedah.
    • Jumlah hutang yang dipinjam hasil daripada keputusan pembiayaan dan pelaburan (Nisbah hutang berfaedah).



       
4. Bolehkah seorang yang bukan beragama Islam melabur dalam pelaburan patuh-Syariah?

Boleh, kerana pelaburan patuh-Syariah terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama mereka.

5. Bagaimanakah untuk saya perolehi keuntungan jika pelaburan patuh-Syariah tidak membenarkan riba, gharar dan unsur-unsur yang lain?

Pelabur yang mahukan pulangan yang terbaik dan pada masa yang sama mementingkan pelaburan beretika dan memenuhi tanggungjawab sosial boleh memilih pelaburan patuh-Syariah kerana unsur-unsur ini terdapat dalam pelaburan patuh-Syariah.  Pelaburan patuh-Syariah sesuai bagi mereka yang  ingin menambahkan kekayaan anda tanpa memudaratkan alam sekitar dan masyarakat. Pelaburan patuh Syariah juga membolehkan anda mencapai  matlamat kewangan anda, berlandaskan prinsip serta hukum Syariah.
 

6. Apakah manafaat melabur dalam pelaburan patuh Syariah?

Pelaburan patuh Syariah mempromosikan pelaburan beretika and bertanggungjawab.  Risiko dalam pelaburan Islam juga lebih rendah kerana proses saringan yang tegas dan larangan terhadap spekulasi.
 

7. Apakah itu Sukuk dan bagaimana fungsinya?

Sukuk merupakan bon atau sekuriti perhutangan berbentuk patuh Syariah.  Pelabur boleh melabur dan memilik sebahagian daripada aset yang dilaburkan sehinggalah Sukuk mencapai tarikh matangnya.  Dalam erti kata lain, Sukuk adalah bon konvensional yang patuh Syariah.

Pengeluar Sukuk mengeluarkan Sukuk, menjana dana daripada pelabur dan menggunakan dana-dana terkumpul untuk membeli aset bagi pihak para pelabur. Pengeluar Sukuk juga merupakan pemegang amanah kepada dana dan aset yang dibeli.  Para pelabur akan menerima pendapatan untuk bahagian mereka yang dibayar secara berkala sebelum tempoh matang Sukuk dan menerima amaun pokok pelaburan mereka apabila mencapai tarikh matang.
 

8. Apakah kepentingan Sukuk dalam portfolio pelaburan anda?

Dengan menambah Sukuk dalam portfolio pelaburan anda, anda boleh mengurangkan risiko pelaburan anda dan menstabilkan seluruhan pelaburan anda dari kesan turun naik harga pasaran bagi aset kelas yang lain seperti ekuiti.  Selain itu, Sukuk turut memberikan pendapat yang berkala dalam apa jua keadaan ekonomi dan pasaran.

9. Adakah saya perlu membayar zakat untuk pelaburan dana unit amanah saya, sama ada dana konvensional atau dana patuh Syariah?

Ya, mereka yang beragama Islam wajib membayar  zakat sebanyak 2.5% ke atas pendapatan yang dijana melalui pelaburan unit dana amanah jika pulangan yang diperolehi sama nilai atau lebih tinggi nilainya daripada harga asal pembelian dana unit amanah tersebut.  Zakat hanya dikenakan kepada pelaburan dana dan pendapatan berbentuk patuh Syariah. Untuk pPendapatan atau pulangan yang diperolehi menerusi dana unit amanah yang konvensional, penyucian haruslah dilakukan dengan menyalurkan sumbangan kepada badan-badan kebajikan secepat yang mungkin.

Pengiraan untuk zakat yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
 

Jumlah Zakat = (Nilai pelaburan di penghujung haul + pendapatan pelaburan, jika ada) x 2.5%

 

Nota: Mengikut hukum Syariah, nisab merujuk kepada jumpal yang wajib dimiliki oleh seseorang Islami sebelum bayaran Zakat perlu dibayar.

10. Apakah jenis-jenis zakat yang diberikan pengecualian rebat cukai?

Di Malaysia, semua jenis zakat ke atas zakat Al-Mal harta dan zakat Fitrah (ke atas individu) berhak untuk mendapatkan  rebat cukai ke atas cukai pendapatan tahunan. Bayaran balik adalah pengurangan dalam amaun cukai pendapatan yang perlu dibayar manakala pelepasan cukai mengurangkan amaun cukai pendapatan.  

Rebat cukai namun demikian diberikan kepada pembayar cukai individu dan bukan kepada korporat.