Kelestarian
Di Principal, kami berusaha agar lebih ramai orang dapat mencapai jaminan kewangan. Setiap individu mampu menjalani kehidupan terbaik apabila mereka berasa terjamin, berdasarkan pengalaman yang telah kami lalui.
Kandungan video ini menunjukkan komitmen organisasi induk kami Principal Financial Group terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Segalanya yang kami lakukan dibina berdasarkan pemahaman ini. Kami berusaha untuk berkhidmat kepada orang ramai sama ada individu atau perniagaan tanpa mengira kedudukan kewangan mereka. Kami juga cuba memahami perkembangan mereka, kemungkinan serta cabaran yang mereka hadapi kemudian menawarkan pilihan yang ada agar mereka mempunyai matlamat yang jelas. Kami mahu keyakinan ini dikongsi dengan lebih ramai orang.
Kami komited untuk mengembangkan bilangan individu yang merasa terjamin dari segi kedudukan kewangan mereka dengan mengambil tindakan berasaskan jangka panjang, penuh tanggungjawab dan mampan serta mewujudkan peluang baharu buat generasi akan datang. Kami percaya bahawa kami perlu buat perkara yang betul untuk kakitangan, pelanggan, komuniti dan planet ini.
Kami bertekad untuk fokus pada pembinaan asas rangkuman kewangan dalam usaha memacu kemajuan yang lebih besar ke arah misi keselamatan kewangan global. Rangkuman kewangan bermakna individu dan perniagaan mempunyai akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan yang berguna serta mampu milik yang memenuhi keperluan mereka. Ia merangkumi penjimatan, pendidikan dan nasihat berkaitan kewangan. Alat asas ini disampaikan dengan cara yang bertanggungjawab dan mampan.
Dapatkan maklumat lanjut tentang Perjalanan kemampanan kami >
Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan yang diterima pakai oleh seluruh Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015 telah menyediakan rangka tindakan bersama demi keamanan dan kemakmuran manusia juga planet ini pada hari ini dan pada masa akan datang.
Baca tentang UNSDG >
PRI adalah sebuah entiti yang benar-benar bebas. Ia menggalakkan kita menggunakan pelaburan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan pulangan dan mengurus risiko dengan lebih baik namun tidak beroperasi untuk keuntungan sendiri.
Kami berhasrat untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050 selaras dengan sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Baca tentang pengurangan pelepasan karbon >
Strategi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kami
Sebuah pendekatan komprehensif untuk menyelaraskan keputusan perniagaan, nilai dan etika dengan mengambil kira strategi ESG.