Apa itu PRS?
Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme ,PRS) adalah skim sukarela yang membolehkan anda menjadi peneraju dalam meningkatkan jumlah simpanan persaraan anda. Kami mendapati ramai pengguna memerlukan bantuan untuk memastikan mereka mempunyai simpanan cukup untuk mempunyai gaya hidup persaraan yang mereka impikan dan dana ini adalah pelengkap yang sempurna kepada simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”). Anda boleh melabur dalam dana Principal PRS melalui pengedar Principal anda (Perunding atau bank tempatan) atau anda boleh mendaftar secara dalam talian melalui platform Skim Persaraan Swasta:
Mengapa menyimpan lebih untuk persaraan?
Ada kemungkinan yang anda akan hidup lebih lama selepas persaraan berbanding semasa anda bekerja. Ia adalah penting untuk mempunyai pelbagai sumber pendapatan yang boleh anda harapkan. Lebih awal anda mulakan, merancang dan melabur untuk persaraan - lebih banyak kesan yang anda boleh perolehi daripada keseluruhan gambaran persaraan anda dan meraih manfaat-manfaat ini:
Berpotensi meningkatkan simpanan
Lindung nilai yang munasabah terhadap inflasi
Ambil kesempatan daripada pendapatan kompaun
Tambahan pula, dengan PRS terdapat kelebihan cukai. Setiap tahun, anda menikmati pelepasan cukai peribadi* selain daripada pelepasan cukai RM6000 setahun bagi caruman simpanan persaraan mandatori dan premium insurans hayat. Ini mungkin sebanyak RM840 setahun (bergantung kepada kurungan cukai anda).
*Untuk caruman ke dalam PRS dan anuiti tertunda berkuat kuasa dari tahun taksiran 2012 hingga 2025.
Pilihan Pelaburan
Anda boleh membuat pelaburan kepada Skim dengan memilih salah satu atau gabungan Dana. Namun, jika anda memilih untuk membiarkan kami menentukan Dana untuk anda, kami akan memperuntukkan sumbangan anda ke dalam Dana Teras yang sesuai dengan tahun kelahiran anda seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah. Pernyataan Ahli akan dihantar kepada anda untuk memaklumkan bahawa anda telah diperuntukkan untuk Pilihan Lalai.
- Pilihan Sendiri: Anda boleh menyumbang kepada Skim dengan memilih mana-mana satu atau gabungan Dana berdasarkan profil risiko dan pulangan pilihan anda.
- Pilihan Lalai: Ini adalah pilihan terbaik jika anda tidak pasti Dana mana yang paling sesuai dengan anda. Kami akan memperuntukkan sumbangan anda ke dalam salah satu Dana Teras berdasarkan tahun kelahiran anda seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.
Dana Teras |
Tahun Kelahiran |
Tahun jangkaan persaraan* |
Principal Islamic RetireEasy 2060/
Principal RetireEasy 2060 |
1996 – 2005 |
2051 – 2060 |
Principal Islamic RetireEasy 2050/
Principal RetireEasy 2050 |
1986 – 1995 |
2041 – 2050 |
Principal Islamic RetireEasy 2040/
Principal RetireEasy 2040 |
1976 – 1985 |
2031 – 2040 |
Principal Islamic RetireEasy 2030/
Principal RetireEasy 2030 |
1968 – 1975 |
2023 – 2030 |
Principal Islamic RetireEasy Income/
Principal RetireEasy Income |
On or before 1967 |
N/A – Sudah bersara |
* Berdasarkan umur persaraan 55 tahun yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Garis Panduan Skim Persaraan Swasta.
Mengapa Principal?
Apabila anda melabur dengan Principal, anda melabur dengan syarikat yang memahami persaraan dan keinginan pelanggan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.
Penawaran kami menyediakan:
Pilihan dan keselesaan
- Skim persaraan swasta Konvensional atau Islam.
- Pelbagai dana untuk memenuhi matlamat, selera risiko dan jangka masa anda dengan sebaik-baiknya.
- Keupayaan untuk mengemas kini pilihan pelaburan anda semasa dan bila dikehendaki
- Mengautomasikan pelaburan melalui caruman bulanan tetapatau caruman sekali gus; anda menentukan berapa banyak dan berapa kerap anda mahu mencarum.
- Jejaki persaraan anda dengan satu klik butang dengan PRS Plus Online.
Prestasi pelaburan yang kukuh
Kami adalah syarikat pemenang anugerah dengan kemampuan pelaburan tempatan dan global. Kami berfokus pada asas-asasnya dan telah menggunakan proses pemilihan saham dan bon/sukuk yang selektif. Anda mendapat manfaat daripada kewujudan setempat kami, penyelidikan dan pandangan pasaran yang tepat pada masanya dan pasukan pelaburan yang lebih daripada 40 profesional. Tumpuan kami adalah pada jangka masa panjang dan memastikan portfolio kami memberikan hasil yang konsisten.
Kepakaran
Kami merupakan perniagaan membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka. Kami memahami pelaburan dan menawarkan anda peralatan, sumber dan penyelesaian untuk berbuat demikian. Selain itu, kami disokong oleh pemegang saham majoriti kami, Kumpulan Kewangan Principal yang menawarkan pengalaman global dan merupakan pemimpin persaraan.
Sebagai ahli pelanggan PRS, anda akan menerima maklumat terkini dan pendidikan untuk membantu membuat keputusan bagi mengoptimumkan simpanan persaraan anda.
Berapa banyak yang anda perlukan semasa persaraan?
Gunakan kalkulator Private Pension Administrator ini untuk mengetahuinya.
Ketahui lebih lanjut
Tawaran Majikan
Apabila anda menawarkan faedah-faedah PRS di tempat kerja, anda:
- Menawarkan manfaat berdaya saing yang membantu pekerja menabung untuk persaraan dan mempelbagaikan pelaburan mereka.
- Mengambil peranan yang aktif dalam membantu pekerja mencapai matlamat-matlamat persaraan mereka.
Faedah daripada kelebihan cukai – skim ini menyediakan:
- Kaedah cekap cukai untuk meningkatkan jumlah pakej imbuhan anda; sehingga 19% daripada sumbangan anda ditolak cukai dari jumlah imbuhan pekerja – termasuk caruman mandatori majikan.
- Kaedah tambahan bagi pekerja untuk mengurangkan bil cukai pendapatan apabila mereka membuat sumbangan sendiri.
Faedah-faedah tambahan program:
- Ia adalah pelengkap yang sempurna untuk simpanan persaraan mandatori (KWSP); membolehkan anda untuk:
- Mencarum bagi pihak pekerja-pekerja, di atas kadar caruman mandatori anda (jika dikehendaki)
- Membantu para pekerja mengarahkan semula sumbangan tambahan oleh syarikat melebihi sumbangan yang diperlukan (jika ada) kepada PRS
- Tidak terdapat yuran langganan atau bayaran kepada majikan untuk menyertai program ini.
Tekan di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai faedah-faedah Korporat PRS kami
Artikel terkini kami
Makluman kepada Ahli Dana Teras - Principal PRS Plus & Principal Islamic PRS Plus
Pengumuman mengenai Pembahagian Pendapatan untuk PRS Islamic Plus Principal ("PRS")
Pengumuman mengenai Pembahagian Pendapatan untuk PRS Plus Principal ("PRS")
Klik di sini untuk membaca Maklumat Skim Persaraan Swasta Umum (PRS).
Borang-borang PRS Principal Malaysia
Berikut adalah senarai borang-borang PRS yang boleh anda muat turun: