Di Principal, kami komited untuk meletakkan kepentingan pelanggan sebagai keutamaan dengan menyediakan perkhidmatan yang berlandaskan keadilan, empati, dan pemahaman yang tulus terhadap keperluan pelanggan kami. Kami memahami bahawa sesetengah pelanggan mungkin berada dalam situasi yang terdedah disebabkan oleh pelbagai keadaan, termasuk ketidakupayaan kekal atau sementara, peristiwa kehidupan yang signifikan baru-baru ini seperti pengangguran atau kehilangan pencari nafkah utama, ketahanan kewangan yang rendah, atau pengetahuan kewangan yang terhad atau kurang mahir dengan teknologi.

Bagi memastikan kami memberikan penjagaan dan sokongan terbaik, kami memberikan usaha tambahan dalam mengenal pasti dan melayani pelanggan yang mungkin memerlukan perhatian khas. Jika anda merasakan bahawa anda tergolong dalam kategori pelanggan yang terdedah, kami menggalakkan anda untuk membuat pengisytiharan dengan melengkapkan borang di bawah dan menghantarnya semula kepada Pusat Khidmat Pelanggan kami di myservice@principal.com.