Principal PRS end-to-end retirement solution

Skim Persaraan Swasta (PRS) Principal penyelesaian persaraan. 
 

Principal memperkenalkan penyelesaian persaraan yang mudah di mana peruntukan aset akan diselaraskan secara beransur-ansur dari tahun ke tahun, seiring dengan usia anda.

Ia adalah penyelesaian persaraan komprehensif yang bermula dengan fasa pengumpulan, dan apabila ia matang, dana anda akan dipindahkan secara automatik ke fasa dekumulasi. Dalam tempoh awal pelaburan, wang tunai anda akan dilaburkan ke dalam dana dengan peruntukan aset yang lebih agresif, dan apabila menghampiri tahun matang ia akan beralih kepada peruntukan yang lebih konservatif.

 

Mengapa melabur dengan Principal?

Penyelesaian persaraan PRS Principal berfungsi untuk faedah anda:
Hassle-free investment for retirement planning.
Pelaburan mudah untuk perancangan persaraan.
Complete solution for financial security.
Penyelesaian komprehensif untuk jaminan kewangan.
One investment fund until retirement.
Satu dana pelaburan sehingga persaraan.
Enjoy withdrawal plan post retirement.
Nikmati pelan pengeluaran selepas bersara.
Choice of Conventional or Islamic fund.
Pilihan dana Konvensional atau Islam.
Target Date Fund

Fasa Pengumpulan (Pra-persaraan)

Apakah Dana Tarikh Sasaran (TDF)?


Dana yang diuruskan ke arah tarikh sasaran. Tarikh sasaran dinyatakan dalam nama dana, dan ia adalah tarikh anggaran yang anda jangka untuk bersara.
Peruntukan aset akan beralih secara beransur-ansur (dari agresif ke arah lebih konservatif) dari tahun ke tahun untuk memenuhi pengurangan toleransi risiko anda ketika anda menghampiri usia persaraan.

Bagaimana ia berfungsi?


Anda boleh memilih TDF berdasarkan tahun kelahiran anda:

How does it work  

 

Melabur secara tetap dalam TDF untuk mengumpulkan kekayaan.

Ruler

Apabila peruntukan aset berubah, TDF mungkin menawarkan pendedahan risiko dan pulangan yang sesuai untuk anda ketika anda menghampiri usia persaraan.

Penafian
Pelaburan melibatkan risiko dan kos. Anda harus membaca Prospektus, dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan daripadanya dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) sebelum melabur. Anda harus memahami risiko yang terlibat, membandingkan dan mempertimbangkan yuran, caj dan kos yang terbabit, membuat penilaian risiko anda sendiri dan mendapatkan nasihat profesional, jika perlu.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal. Untuk penafian penuh, sila layari bit.ly/Principal-PRS-Disclaimer