Kesihatan awam dan keselamatan kewangan terus menguasai berita disebabkan pandemik coronavirus, dengan pasaran yang tidak menentu dan penutupan lanjutan kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.
Namun, apabila anda membuat simpanan untuk persaraan, anda boleh merujuk kepada nilai pengajaran yang meyakinkan sejak beberapa dekad sejarah pasaran. Setiap kemelesetan ekonomi mengajar kita bahawa "terdapat banyak peluang di akhir kitaran tersebut," kata Seema Shah, ketua strategi , Principal Global Investors.
Dengan kata lain, pengeluaran simpanan pada waktu pasaran menurun boleh menyebabkan anda terlepas daripada mendapat manfaat daripada momentum pemulihan dan pertumbuhan pasaran.
"Trend jangka panjang menunjukkan peningkatan," kata Shah. "Anda mungkin melihat ketidaktentuan dan penurunan sekali sekala, tetapi trend jangka panjang menunjukkan peningkatan."
Kemerosotan pasaran 12 tahun lalu semasa krisis kewangan global mengambil masa lebih setahun (354 hari bekerja), kata Shah. Penurunan pasaran kini berlaku dalam jangka masa yang singkat iaitu kurang dari sebulan.
Ingatlah, keputusan pelaburan anda tidak semestinya dipadankan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu ini.
Dalam pasaran saham yang turun naik,anda perlu lebih optimis.
Pergolakan kewangan ini, disertakan dengan imej kedai-kedai yang kehabisan kertas tandas, amat membimbangkan. Orang ramai yang kebiasaanya tidak memberi perhatian kepada berita kewangan, kini tidak dapat mengelak dari mendengar berita utama berkenaan setiap langkah yang dibuat di Wall Street.
Tetapi Shah dan Bob Baur, Ph.D., ketua ekonomi global untuk Principal®, mengatakan fundamental ekonomi yang kukuh, digabungkan dengan bantuan kerajaan yang komprehensif, mungkin dapat membimbing kita ke arah pemulihan pada akhir 2020.
Langkah -langkah pencegahan koronavirus yang drastik di seluruh dunia-dengan penanguhan sesi sekolah selama berminggu-minggu dan pejabat dikosongkan untuk membolehkan pekerja bekerja dari rumah-boleh diambil sebagai tanda yang baik. Ia seharusnya dapat membantu membolehkan pemulihan yang lebih cepat baik untuk kesihatan awam dan pasaran kewangan.
Peruncit utama seperti Apple telah menutup kedai di A.S. sebagai sebahagian daripada "penjarakkan sosial" yang digunakan untuk membantu memperlahankan penyebaran coronavirus. Tetapi, kita juga boleh melihat corak pemulihan seperti kedai Apple di China yang dibuka semula minggu lepas selepas penutupannya selama sebulan.
Andaikan masalah ketidaktentuan pasaran yang kadang-kadang berlaku dan tidak dapat dielakkan itu sebagai sebahagian daripada "premium risiko ekuiti" yang boleh membuat pelaburan dalam saham lebih menguntungkan dalam jangkamasa panjang.
Kita tidak selalu ambil maklum bahawa wabak virus juga merupakan bahagian kehidupan biasa yang mesti diuruskan secara berterusan-baik melalui kebersihan peribadi yang baik dan pemantauan rapi oleh agensi-agensi kerajaan. Pandemik flu 1918 telah mendapat banyak perhatian sebagai perbandingan sejarah pada hari ini, tetapi abad yang lalu adalah kisah usaha konsisten oleh Pusat Kawalan Penyakit dan organisasi lain untuk mencegah atau mengurangkan wabak yang meluas.
Kedua-dua Shah dan Baur melihat banyak sebab untuk menjangkakan ekonomi global akan pulih pada akhir tahun ini.
"Juga, pasaran akan dikuasai oleh banyak bantuan daripada kerajaan dan bank-bank pusat," kata Shah.
Alasan kukuh untuk keyakinan pasaran:
- Pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS kepada sifar menyebabkan bank-bank pusat berada dalam keadaan yang tidak menguntungkan," kata Shah. Namun begitu, akan terdapat pakej rangsangan ekonomi yand dapat membantu menggalakkan aktiviti ekonomi apabila wabak pandemik ini berakhir.
- Sistem perbankan pada hari ini secara amnya lebih kukuh dan mempunyai modal mencukupi sekarang berbanding semasa krisis kewangan global tahun 2008.
- Harga minyak yang rendah (hasil daripada perang harga antara Arab Saudi dan Rusia) adalah lebih rumit hari ini.Tetapi pada umumnya, harga yang rendah seharusnya memanfaatkan pengguna dan membantu pemulihan ekonomi pada akhir tahun ini, kata Baur.
- Perniagaan kecil dan sederhana adalah terdedah semasa krisis COVID-19 dimana banyak perniagaan tergendala. Oleh itu, ia adalah normal untuk pekerja mereka merasa bimbang. Tetapi bantuan kerajaan untuk perusahaan kecil dapat membantu, seperti yang dilihat di Britain, Itali dan AS.
- Negara-negara ini berharap mendapat manfaat pada setahun seterusnya hingga 18 bulan dari vaksin coronavirus yang sedang diusahakan.
Ingat bahawa ini adalah "kejutan yang didorong oleh peristiwa" kepada kehidupan seharian dan pasaran kewangan, kata Shah dan Baur. Walaupun ia agak menakutkan (mungkin merangsang rasa panik) sekarang, sejarah mengajar kita bahawa keadaan akan bertambah baik.
1 S&P 500 Index returns, December 1982 through March, 17, 2020, Bloomberg.
2 U.S. Small Business Administration, September 2019.
Subjek dalam komunikasi ini adalah bersifat pendidikan dan diberikan dengan pemahaman bahawa Principal® tidak memberikan nasihat undang-undang, perakaunan, pelaburan atau nasihat cukai. Anda harus berunding dengan penasihat yang sesuai mengenai semua perkara yang berkaitan dengan kewajiban dan keperluan perundangan, cukai, pelaburan atau perakaunan.
Kecuali dinyatakan sebaliknya, maklumat dalam dokumen ini berasal dari sumber yang dipercayai tepat pada Mac 2020. Maklumat yang diperoleh daripada sumber selain daripada Pelabur Global Principal atau sekutunya dipercayai boleh dipercayai; namun, kami tidak mengesahkan atau menjamin ketepatan atau kesahannya secara bebas. Bahan ini hanya mengandungi maklumat umum dan tidak mengambil kira objektif pelaburan atau keadaan kewangan mana-mana pelabur dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat, saranan pelaburan khusus atau diandalkan dengan cara apa pun sebagai jaminan, janji, ramalan atau ramalan peristiwa masa depan mengenai pelaburan atau pasaran secara amnya. Pendapat dan ramalan yang dinyatakan boleh berubah tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Sebarang rujukan mengenai pelaburan atau sekuriti tertentu tidak merupakan cadangan untuk membeli, menjual, atau mengadakan pelaburan atau sekuriti tersebut, atau petunjuk bahawa Pelabur Global Utama atau sekutunya telah mengesyorkan keselamatan khusus untuk mana-mana akaun pelanggan. Senarai lengkap semua sekuriti yang dicadangkan oleh Principal Global Investors untuk portfolio perwakilannya boleh didapati atas permintaan bertulis.
Tertakluk kepada peruntukan yang berlawanan dari perundangan yang berkaitan, Pelabur Global Principal dan sekutunya, dan pegawai, pengarah, pekerja, ejen mereka, menolak sebarang jaminan kebolehpercayaan atau ketepatan yang tersurat atau tersirat dan segala tanggungjawab yang timbul dengan cara apa pun (termasuk kerana kecuaian) untuk kesilapan atau ketinggalan dalam dokumen ini atau dalam maklumat atau data yang diberikan dalam dokumen ini.
Principal Global Investors menerajui pengurusan aset global dan merupakan ahli Principal Financial Group®.
Produk insurans dan perkhidmatan pentadbiran rancangan yang disediakan melalui Principal Life Insurance Co. Principal Funds, Inc. diedarkan oleh Principal Funds Distributor, Inc. Securities yang ditawarkan melalui Principal Securities, Inc., 800-547-7754, anggota SIPC dan / atau broker bebas- peniaga. Principal Life, Principal Funds Distributor, Inc. dan Principal Securities adalah ahli Principal Financial Group®, Des Moines, IA 50392.