IGREF
Mengapa pilih Principal Islamic Global Responsible Equity Fund?

 

Di Principal, pendekatan kelestarian kami ialah untuk membina masyarakat yang mampan dan terjamin melalui tindakan jangka panjang dan bertanggungjawab termasuk melabur dalam syarikat-syarikat yang komited terhadap amalan ESG. Sertai kami ke arah kelestarian dengan melabur dalam Principal Islamic Global Responsible Equity Fund, sebuah dana patuh Syariah.
 

Mengapa melabur dengan Principal?


Principal Islamic Global Responsible Equity Fund berfungsi untuk kepentingan anda:

Melabur dalam kelestarian mampu memanfaatkan anda dan generasi masa depan anda.

 

renewable energy investments to double

Penuhi matlamat untuk menyumbang kepada masa depan yang mampan sambil berpotensi meningkatkan pelaburan anda.
 

Principal - world win turbines

Tumpuan pada ESG boleh membantu prestasi syarikat dan memberikan pulangan pelaburan yang menarik.1
 

Principal - wind turbine manufacturers

Dana berteraskan ESG kini semakin berdaya tahan terhadap turun naik pasaran dan kembali pulih dengan lebih cepat semasa kemelesetan ekonomi.2
 

 

Sumber:

  1. Bloomberg, September 2022
  2. European Central Bank, November 2022
Principal banner_Principal Islamic Global Responsible Equity Fund

Ciri-ciri Principal Islamic Global Responsible Equity Fund?

Principal - renewable energy investments to double

Pemilihan saham adalah berpandukan prinsip Syariah serta pertimbangan ESG dan bertumpu kepada syarikat-syarikat yang mempunyai dasar ESG yang kukuh.

 

Principal - world win turbines

Mengambil kira tanda aras namun tidak terhad pada indeks kerana Dana Sasaran berkemungkinan melabur dalam saham di luar indeks dengan kelulusan penasihat Syariah.

 

Principal - wind turbine manufacturers

Sebagai dana pelaburan yang mempunyai kemampanan yang layak dan bertanggungjawab di Malaysia, dana ini adalah bukti komitmen kami terhadap pelaburan lestari.

 

Principal - wind turbine manufacturers

Dengan penumpuan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai taraf “risiko karbon” dan “kadar risiko perakaunan” yang baik, Dana Sasaran berhasrat untuk mencapai:

  • Risiko karbon pada tahap 15% lebih rendah berbanding tanda aras

  • Agregat kadar risiko perakaunan lebih rendah berbanding tanda aras Dana Sasaran

 

Principal Islamic Global Responsible Equity

Bagaimana saya boleh melabur?


Kami menawarkan 3 kelas aset. Klik pada setiap kelas aset dana untuk mengetahui lebih lanjut.

Principal Islamic Global Responsible Equity Fund (KelasUSD)  

Principal Islamic Global Responsible Equity Fund (Kelas MYR)  

Principal Islamic Global Responsible Equity Fund (Kelas MYR-Hedged)

Principal Islamic Global Responsible Equity Fund (Kelas D)

 

Rakan Kongsi Dana

  • Perunding Unit Amanah


Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan dana kami. 

Penafian: Kami sangat mengesyorkan anda membaca dan memahami kandungan Prospektus bagi Principal Islamic Global Responsible Equity Fund bertarikh 27 Mac 2023, yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum membuat pelaburan. Simpanlah Prospektus ini dengan teliti untuk dijadikan rujukan masa depan anda.Pengeluaran unit yang berkaitan dengan Prospektus ini hanya akan diproses setelah menerima borang permohonan lengkap yang dirujuk dan disertakan dalam Prospektus, tertakluk pada terma dan syarat yang terkandung di dalamnya. Pelaburan dalam Dana ini mempunyai risiko. Pastikan anda memahami risiko tersebut, membuat penilaian risiko anda sendiri, dan dapatkan nasihat profesional jika perlu. Anda boleh mendapatkan salinan Prospektus daripada ibu pejabat Principal Asset Management Berhad, melalui laman web kami di www.principal.com.my, atau mana-mana pengedar kami yang diluluskan. Terdapat yuran dan caj yang terlibat dalam pelaburan dalam dana ini. Kami mencadangkan agar anda mempertimbangkan yuran dan caj ini dengan teliti sebelum membuat pelaburan. Pelabur berhak untuk meminta Prospektus, Lembaran Sorotan Produk (PHS) dan dokumen pendedahan produk lain; dan dokumen tersebut harus dibaca dan difahami sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Harga unit dan agihan pendapatan, jika ada, boleh turun naik. Prestasi masa lalu tidak mencerminkan prestasi masa depan dan agihan pendapatan tidak dijamin. Anda juga disyorkan untuk membaca dan memahami kandungan Penyataan Pendedahan Risiko Pembiayaan untuk Pelaburan dalam Unit Amanah sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli unit. Pendaftaran Prospektus dengan SC tidak bermaksud atau menunjukkan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong dana tersebut, dan SC tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.

Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.