Principal Malaysia Tawar Pelbagai Dana Pendapatan Tetap
Principal Malaysia

Bacaan 5 minit | 4 Julai 2023

(Hasil kolaborasi dengan Utusan Malaysia) 

MUKADIMAH

Selain saham dan unit amanah, dana pendapatan tetap adalah antara portfolio pelaburan yang boleh memberikan pulangan stabil kepada pelabur. 

Pelbagai syarikat atau pengurus pelaburan ada menawarkan pelaburan tersebut. Antaranya, Principal Asset Management Berhad (Principal Malaysia).

“Principal Malaysia menawarkan pelbagai dana pendapatan tetap yang sesuai untuk pelabur yang menginginkan pendapatan yang stabil,” jelas Ketua Pegawai Pelaburan, Pendapatan Tetap ASEAN Princial Malaysia, Jesse Liew kepada Utusan Malaysia dalam temubual melalui e-mel.
Ikuti temubual berkenaan.

1) Kongsikan serba se­dikit peranan dan manfaat dana Pendapatan Tetap bagi pelabur yang melabur di Principal Asset Management.
Principal Asset Management Berhad (Principal Malaysia) menawarkan pelbagai dana pendapatan tetap yang sesuai untuk pelabur yang menginginkan pendapatan yang stabil dan pemeliharaan modal. Dana-dana ini memberi tumpuan kepada kredit korporat sebagai komponen utama dalam strategi pelaburan kami. Ini memberikan kami ruang dan peluang untuk mencapai potensi pulangan dan hasil yang lebih tinggi dan pada masa yang sama, mewujudkan kepelbagaian dalam portfolio dana dengan pelbagai bon-bon korporat.

Selain itu, kami juga mengekalkan tahap pelaburan dalam bon gred pelaburan bagi menambah elemen kestabilan dan konsistensi dalam portfolio kami. Ini secara langsung dapat membantu mengurangkan sebahagian daripada risiko-risiko yang berkaitan dengan pelaburan dalam kredit korporat, sambil masih memberikan potensi pulangan yang menarik.Secara keseluruhannya, pen­­dekatan pelaburan jangka pan­jang kami adalah untuk mengimbangi unsur risiko dan pulangan, agar dapat membantu pelabur kami mencapai objektif pelaburan jangka panjang mereka.

2) Apakah strategi yang digunakan oleh Principal Asset Management sebagai pengelola portfolio Pendapatan Tetap?
Antara strategi portfolio pendapatan tetap kami adalah pengurusan aktif, penyelidikan kredit, dan pengurusan risiko. Pasukan pelaburan kami menggunakan pendekatan bawah ke atas (bottom-up approach) untuk mengenalpasti peluang pelaburan dalam pelbagai sektor dan instrumen pendapatan tetap.

Di samping itu, kami mempunyai pasukan penyelidikan kredit yang berdedikasi serta menjalankan penyelidikan yang terperinci bagi membantu kami membuat keputusan pelaburan yang tepat dan mengurus risiko dengan berkesan. Dengan mengekalkan tahap pelaburan dalam bon gred pelaburan, kami dapat menjaga kualiti kredit keseluruhan dana-dana kami.

Kami juga mengintegrasikan pendekatan atas ke bawah (top-down approach) kami dengan penilaian makro ke atas keadaan semasa ekonomi global, serantau dan negara bagi menentukan sasaran jangka masa dana sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhan pelaburan.

Gabungan proses pelaburan ini bertujuan untuk menyediakan portfolio terpelbagai untuk membantu pelabur kami mencapai objektif pelaburan mereka.

3) Memandangkan kadar fae­dah yang meningkat dan ketidaktentuan pasaran mung­kin akan menggusarkan pelabur, mengapakah pelabur harus terus melabur walaupun mereka berdepan dengan situasi ini?
Dengan situasi krisis perbankan AS baru-baru ini, dasar monetari yang ketat, dan kete­gangan geopolitik, pelabur menghadapi ketidaktentuan pasaran dan risiko yang bertambah dalam pelaburan mereka.

Akibatnya, ramai dikala­ngan pelabur kini sedang memberi pertimbangan kepada aset pendapatan tetap yang mampu menawarkan kestabilan dan konsistensi dalam mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kenaikan dalam kadar faedah juga telah membolehkan dana-dana kami untuk melabur dalam bon-bon yang memberikan hasil yang lebih tinggi. Ini secara langsung turut membolehkan dana-dana kami memberikan potensi pulangan dan dividen yang lebih tinggi berbanding deposit tetap.

Selain itu, aset pendapatan tetap terus dijangka dapat memberikan kelebihan memandangkan keadaan semasa kadar faedah. Ini kerana apabila kadar faedah menurun, harga dana pendapatan tetap akan naik. Jika Bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menghentikan atau melonggarkan dasarnya pada masa depan, ini bakal menyebabkan penurunan kadar faedah dan secara langsung akan meningkatkan harga aset pendapatan tetap.

4) Apakah kelebihan melabur bersama Principal Asset Mana­gement berbanding dengan entiti pelaburan lain?
Principal Malaysia menawarkan beberapa kelebihan berbanding firma pengurusan pelaburan yang lain. Pertama­nya, kami mempunyai reputasi yang kukuh dan pengalaman yang luas dalam menguruskan portfolio pendapatan tetap, dan keduanya kami mempunyai rekod prestasi yang konsisten.

Selain itu, Principal juga menitikberatkan dalam peng­urusan risiko kredit dimana kami sedia membantu pelabur dalam mengurangkan risiko yang negatif. Kami mempunyai pasu­kan penyelidikan yang menjalankan analisis yang terperinci dalam mengenalpasti peluang pelaburan yang menarik di pelbagai sektor dan instrumen.

Tambahan lagi, kami menawarkan pelbagai dana pendapatan tetap untuk matlamat pelaburan dan profil risiko yang berbeza, yang membolehkan pelabur memilih dana yang paling sesuai dengan matlamat dan objektif jangka panjang mereka.

Di Principal, kami percaya kepada kepelbagaian portfolio pelaburan, di mana dana kami merangkumi pelaburan konvensional dan patuh Syariah, serta pasaran bon dalam dan luar negara.

Dengan kombinasi kepakaran kami yang memberi fokus kepada pengurusan risiko dan kepelbagaian dana yang ditawarkan, menjadikan Principal salah sebuah firma pengurusan pelaburan pilihan untuk pelabur yang ingin melabur dalam aset pendapatan tetap.

5) Secara amnya, bagaimana­kah Principal Asset Management menilai risiko pelaburan dalam portfolio mereka?
Kami mempunyai pasukan pengurusan risiko bebas yang berasingan daripada pasukan pelaburan.

Jawatankuasa Pelaburan ka­mi turut bertanggungjawab untuk menentukan pematuhan dana kepada dasar pelaburan dan keperluan yang diamanahkan. Ini termasuk pematuhan kepada semua garis panduan yang berkaitan. Selain itu, dana kami juga dipantau oleh Jabatan Pematuhan syarikat kami. – UTUSAN

Apakah langkah seterusnya?

  • Jika anda memerlukan bantuan tentang pelaburan, sila hubungi mana-mana perunding kewangan kami (semak senarai di sini). Mereka akan membantu anda berdasarkan matlamat kewangan dan toleransi risiko pelaburan anda.
  • Secara alternatif, anda juga boleh mengendalikan portfolio anda sendiri pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada melalui portal pelaburan dalam talian kami.
  • Untuk khidmat bantuan lanjut, sila tinggalkan butiran anda di sini supaya pihak kami dapat menghubungi anda.

Penafian
Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada). Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) telah didaftarkan dan/atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut. Salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) boleh didapati di pejabat, pengedar atau laman web kami di www.principal.com.my. Pengeluaran mana-mana unit yang berkaitan dengan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan hanya akan dibuat apabila menerima permohonan yang dirujuk dan mengiringi salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan. Sila ambil perhatian bahawa pelaburan dalam dana unit amanah, dana borong dan/atau skim persaraan swasta yang berkaitan mempunyai risiko. Panduan pelbagai risiko yang terlibat diterangkan dalam Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang berkaitan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.