Principal Institutional Bond Fund 6

Prestasi Dana

Sehingga tarikh : 28-02-2025
Fund
Tahun Terkini (%) 1Tahun (%) 3Tahun (%) 5Tahun (%) Sejak Permulaan (%) NAB (MYR) Saiz Dana (juta)
Principal Institutional Bond Fund 6 0.85% 4.24% 12.81% 18.73% 55.75% 1.0784 188.76
Penanda aras 0.63% 4.06% 13.06% 20.97% 56.71%
Penanda aras : Maybank 12 Months Fixed Deposit Rate 1.5%

Maklumat Umum

Dana ini adalah dana bon borong yang dikeluarkan oleh Principal Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur terutamanya dalam bon.

Ini bukan dana perlindungan modal mahupun dana terjamin modal.

Dana paling sesuai untuk anda jika anda:

  • adalah Pelabur yang Canggih (terhad kepada pelabur institusi sahaja);
  • mempunyai ufuk pelaburan jangka sederhana, iaitu tiga (3) tahun atau lebih;
  • akses kepada pasaran bon; dan
  • sedang mencari pelaburan yang kurang menentu tetapi boleh menerima bahawa pulangan boleh berubah-ubah dalam jangka pendek, iaitu kurang daripada satu (1) tahun.

Fund Details

Dasar Pengagihan 

Sekali setahun, bergantung kepada tahap pendapatan (jika ada) Dana menjana dan mengikut budi bicara kami.

Pelaburan Permulaan Minimum

MYR 250,000 atau apa-apa amaun lain yang kami boleh putuskan dari semasa ke semasa.

Pelaburan Tambahan Minimum

MYR 100,000 atau apa-apa amaun lain yang kami boleh putuskan dari semasa ke semasa.

Tempoh Bertenang 

Syarikat/institusi yang melabur dalam Dana tidak berhak mendapat hak pengagihan .

Pengeluaran Minimum

MYR 100,000 atau apa-apa amaun lain yang kami boleh putuskan dari semasa ke semasa. Tiada sekatan ke atas kekerapan pengeluaran.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Fund Fees

Yuran Pengurusan0.26% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pemegang Amanah

0.02% setahun daripada NAB Dana.

Yuran Penukaran

Memandangkan penukaran dianggap sebagai pengeluaran daripada satu (1) dana dan pelaburan ke dalam dana Principal Malaysia yang lain, anda akan dikenakan Yuran Penukaran bersamaan dengan perbezaan (jika ada) antara Yuran Permohonan kedua-dua (2) dana ini. Di samping itu, kami mungkin mengenakan yuran pentadbiran MYR100 untuk setiap penukaran. Walau bagaimanapun, kami mempunyai budi bicara untuk mengetepikan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran

Yuran PemindahanYuran pemindahan tidak lebih daripada MYR50.00 mungkin dikenakan untuk setiap pemindahan. Walau bagaimanapun, kami mempunyai budi bicara untuk mengetepikan Yuran Pemindahan.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.