Principal Islamic Deposit Fund 2 - Kelas A

Maklumat Umum

Bertujuan untuk menyediakan pelabur dengan kecairan dan pendapatan tetap, sambil mengekalkan kestabilan modal dengan melabur terutamanya dalam deposit yang mematuhi prinsip Syariah.

Dana ini sesuai untuk para pelabur yang:

  • mencari kecairan dan pelaburan risiko rendah;
  • mempunyai tempoh pelaburan selama satu (1) tahun atau kurang;
  • mencari pemeliharaan modal* dan fleksibiliti dalam pelaburan; dan/atau
  • mahukan aliran pendapatan**.

Nota:
*Dana ini tidak menjamin mahupun melindungi modal.

Butiran Dana

Dasar PengagihanSecara bulanan, bergantung pada paras pendapatan (jika ada), yang dihasilkan oleh Dana.
Tempoh Masa PelaburanDisyorkan sehingga satu (1) tahun.
Pelaburan PermulaanMinimum RM10,000 atau jumlah lain yang ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa untuk Kelas A.
Pelaburan TambahanRM1,000 atau jumlah lain yang ditentukan oleh Pengurus atau Pengedar Diluluskan dari semasa ke semasa untuk Kelas A.
Tempoh bertenang

Anda mempunyai enam (6) Hari Perniagaan dari tarikh borang permohonan diperoleh dan diterima oleh kami atau Pengedar kami dari pelabur yang pertama kali melabur.

Bagaimanapun, kakitangan Principal Asset Management dan individu-individu yang didaftarkan untuk berurus niaga dalam unit amanah Principal Asset Management atau mana-mana Pengedar, tidak layak untuk menerima tempoh bertenang ini.

Penebusan/PengeluaranTiada.
Tarikh Pelancaran7 November 2017.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Rakan Kongsi Dana

Ditawarkan terus oleh Principal Asset Management Berhad.

Yuran Dana

Yuran PermohonanTiada
Yuran PengurusanSehingga 0.35% setahun daripada NAB dana
Yuran Pemegang AmanahSehingga 0.01% setahun daripada NAB dana
Yuran Penukaran

Penukaran dianggap sebagai pengeluaran dari satu Kelas dan pelaburan ke Kelas atau Dana Principal (atau kelasnya). Oleh itu, anda akan dikenakan Yuran Pertukaran yang bersamaan dengan perbezaan (jika ada) di antara Yuran Permohonan Kelas dan Yuran Permohonan bagi Kelas atau Dana Principal yang lain (atau kelasnya). Yuran Penukaran tidak akan dikenakan sekiranya Kelas atau Dana Principal (atau kelasnya) yang akan ditukar masuk mempunyai Yuran Permohonan yang lebih rendah.

Pengurus turut mengenakan yuran pentadbiran sebanyak RM100 bagi setiap penukaran. Anda boleh berunding untuk menurunkan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran dengan kami atau Pengedar kami. Kami juga berhak mengecualikan Yuran Penukaran dan/atau yuran pentadbiran.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.