Principal Islamic Money Market Fund (Kelas AI)

Prestasi Dana

Sehingga tarikh : 28-02-2025
Fund
Tahun Terkini (%) 1Tahun (%) 3Tahun (%) 5Tahun (%) Sejak Permulaan (%) NAB (MYR) Saiz Dana (juta)
Principal Islamic Money Market Fund (Class AI) 0.58% 3.54% 10.30% 15.24% 66.59% 1.1125 1,191.45
Penanda aras 0.37% 2.42% 7.18% 10.89% 54.15%
Penanda aras : CIMB Islamic 1-Month Fixed Return Income Account-i (FRIA-i)

Maklumat Umum

Dana ini adalah dana pasaran wang Islam yang dikeluarkan oleh Principal Malaysia. Dana ini bertujuan untuk menyediakan pelabur dengan tunai mudah dan pendapatan tetap, di samping mengekalkan kestabilan modal dengan melabur terutamanya dalam instrumen pasaran wang yang sesuai dengan prinsip Syariah. Dana ini ditubuhkan dengan structur pelabagai kelas dan dibenarkan untuk menubuhkan kelas-kelas baru dari semasa ke semasa.

Ini bukan dana modal yang dilindungi modal mahupun dana modal terjamin.


Dana ini sesuai untuk pelabur yang:

  • mempunyai tempoh pelaburan jangka pendek dan sederhana:
  • mahukan pelaburan portfolio yang patuh Syariah;
  • mahukan portfolio yang melabur dalam instrumen pasaran wang;
  • keinginan untuk aliran pendapatan; dan/atau
  • mencari keselamatan dan fleksibiliti dalam pelaburan.

 

Maklumat Dana

Dasar PengagihanSetiap bulan, bergantung pada tahap pendapatan (jika ada) yang dihasilkan oleh Dana.
 
Pelaburan PermulaanMinimum MYR 10,000 atau jumlah lain yang mungkin ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
 
Perlaburan TambahanMYR 1,000 atau jumlah lain yang mungkin ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
 
Tempoh BertenangTidak berkenaan untuk Kelas ini.
 
Pengeluaran Minimum1,000 unit.atau jumlah lain yang mungkin ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa.
 
Tarikh Pelancaran17 Mac 2008

 

Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Rakan Kongsi Dana

  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • CIMB Investment Bank Berhad - Retail Equities
  • CIMB Private Banking
  • iFast Capital Sdn Bhd
  • Kenanga Investment Bank Berhad
  • Kuwait Finance House
  • Phillip Mutual Berhad
  • Pengedar Principal
  • Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
  • UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan dana kami.

Yuran Dana

Yuran PemohonanTiada
 
Yuran Tahunan Bayaran Pengurusan: Sehingga 0.40% setahun daripada NAB.

Yuran Pemegang Amanah: Sehingga 0.02% setahun termasuk yuran penjaga tempatan tetapi tidak termasuk yuran dan caj sub-penjaga asing  (jika ada) daripada NAB.
 
Yuran Penukaran

Oleh kerana pertukaran dianggap sebagai pengeluaran dari satu dana dan pelaburan ke dana lain, anda akan dikenakan yuran penukaran yang sama dengan perbezaan (jika ada) antara Yuran Permohonan dua (2) dana ini. Yuran penukaran tidak akan dikenakan sekiranya dana yang hendak ditukar mempunyai Yuran Permohonan yang lebih rendah.

Di samping itu, Pengurus mengenakan yuran pentadbiran RM100 untuk setiap pertukaran yang dibuat daripada dana Principal. Walau bagaimanapun, yuran pentadbiran MYR 100 ini dibebaskan untuk empat (4) pertukaran dana pertama dalam setiap tahun kalendar. Pengurus juga mempunyai budi bicara untuk mengetepikan yuran penukaran dan / atau yuran pentadbiran.
 

Yuran PemindahanMaksimum MYR 50 mungkin dikenakan untuk setiap pemindahan.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.