Sesetengah orang tidak mahu menetapkan belanjawan mereka kerana mereka fikir ia akan menyekat mereka daripada berbelanja dengan cara yang mereka inginkan. Mereka juga tidak mahu menghadapi realiti belanja melebihi kemampuan.
Berhenti berfikiran sedemikian. Fikirkan belanjawan sebagai cara untuk menjaga aliran tunai bulanan anda dan pelan simpanan / pelaburan. Berikan kebenaran kepada diri anda untuk menentukan di mana dan bagaimana anda akan membelanjakan wang anda.
Sebelum anda bermula, anda perlu tahuapa yang anda perlu belanjakan dan di mana ia akan dibelanjakan. Kemudian,beri keutamaan kepadadiri anda dahulu. Atau fikirkan ia sebagai perbelanjaanuntuk mencapai "matlamat" kewangan anda ... bermakna, menyimpan dan melabur ke arah matlamat yang anda sasarkan. Selepas anda ketepikan wang untuk simpanan dan pelaburan, selebihnya daripada wang tersebut boleh anda belanjakan.
Jadi, mari bermula.
- Lihat bil bulanan yang terbaru, penyata bank dan kad kredit untuk mendapatkan fakta terkini. (Jadi realistik. Jangan menipu.) Tulis angka keseluruhan anda.
- Laraskan. Utamakan. Semak semula, seperti yang diperlukan. (Tetap = bil yang anda wajib untuk dibayar setiap bulan. “Budi Bicara”” = anda mempunyai kawalan ke atas apa / berapa yang anda ingin belanjakan.)
- Catat nota untuk bayaran balik bulanan anda. Kurangkan bajet terbaru / terkini anda. Lihat baki wang yang masih tinggal yang boleh dimasukkan ke dalam matlamat kewangan anda.
Untuk setiap matlamat kewangan anda, pastikan sama ada ia mencukupi ataumemerlukan lebih banyak pembiayaan, dan jika ia adalah "kritikal".
- Putuskan berapa banyak wang tambahan yang anda ada untuk mencapai matlamat jangka pendek tahap kritikal, sederhana dan jangka panjang. Log masuk ke dalam lembaran kerja. Sebaik sahaja anda telah mencapai kemajuan ke arah matlamat tersebut, mula tangani matlamat kewangan yang lain pula.
Bajet masih tidak mencukupi?
Jangan panik. Sekarang anda tahu anggaran bajet anda - anda boleh mula mencari caraa untuk menetapkan perbelanjaan dan simpanan anda sepanjang tahun. Anda juga mungkin ingin mempertimbangkan cara untuk meningkatkan pendapatan anda - supaya anda dapat mencapainya dalam tempoh masa yang lebih cepat.
Lebih banyak pendapatan ... bermakna kemajuan dicapai dengan lebih pantas
Pendapatan yang lebih banyak tentunya lebih banyak membantu. Ramai individu melakukan pekerjaaan sampbilan untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Anda yang memilih untuk mengajar kelas pendidikan untuk masyarakat tentang berkebun , membuat perabot untuk pameran seni tempatan, atau menyewa bilik tetamu di rumah mereka melalui Airbnb. Cari dalam talian untuk "idea pekerjaan sampingan" untuk memulakannya.
Adakah anda berfikir sekarang merupakan masa yang sesuai untuk meminta kenaikan gaji?
Jika anda sedang mempertimbangkan pekerjaan baru atau perubahan kerjaya, adakah anda akan menerima gaji yang lebih tinggi? Ini boleh membantu anda memenuhi matlamat kewangan anda dengan lebih cepatselagi anda tidak mengubah taraf hidup anda dan benar-benar meletakkan pendapatan tambahan ke dalam dana kolej untuk anak-anak, rancangan percutian tepi pantai dengan rakan-rakan, atau melangsaikan hutang kad kredit anda. (Apa jua matlamat anda.)