Kewangan keluarga: Merancang masa depan anda

Kewangan keluarga: Merancang masa depan anda

Sama ada anda ibu bapa baru atau berharap untuk menjadi ibu bapa dalam masa yang terdekat, tidak ada masa seperti sekarang untuk merancang kewangan keluarga anda. Berikut adalah beberapa idea untuk membantu anda bermula.

Mula menyimpan.

Alihkan sebahagian daripada bajet/belanjawan anda untuk membina dana kecemasan. Mulakan dengan mengumpul sehingga pendapatan sebulan, kemudian meningkatkannya, seperti yang anda mampu, untuk menampung tiga hingga enam bulan bayaran gaji rumah anda.

Tetapkan bajet dan patuh padanya,

Membuat bajet keluarga yang mengambil kira perbelanjaan hidup semasa, termasuk perbelanjaan berkaitan dengan bayi baru, kos yang berterusan seperti insurans kesihatan, lawatan doktor, lampin, susu, makanan, pakaian, penjagaan anak, dan sebagainya.Faktorkan juga kos untuk menyediakan tempat asuhan dan menyimpan kelengkapan bayi. Di sini * adalah kos anggaran untuk mempunyai bayi, dari kehamilan hingga ulang tahun pertama bayi anda.

Pertimbangkan pendidikan.

Ia tidak terlalu awal untuk mula menyimpan untuk pendidikan, dan lebih awal anda bermula, lebih kurang anda akan merasakan kesan kepada pendapatan anda.

Ingat persaraan.

Pastikan anda terus membiayai persaraan anda. Mengawal pembayaran persaraan anda semata untuk menampung perbelanjaan akan datang boleh memudaratkan persaraan anda.

Bijak mengunakan faedah-faedah pekerjaan.

Hubungi jabatan sumber manusia anda untuk menentukan perubahan yang dibenarkan selepas menyambut anak baru ke dalam keluarga anda.

Rancang ke hadapan.

Walaupun anda mungkin tidak mahu berfikir tentang senario terburuk dalam masa yang bahagia, anda boleh lega mengetahui keluarga anda akan dijaga sekiranya anda tidak berada di sekeliling mereka. Pastikan anda dilindungi dengan secukupnya, dan juga telah menulis wasiat anda.

*Source: Keong, E. (5 November 2018). Can you afford to have a baby? www.freemalaysiatoday.com