Malaysia mengumumkan rangsangan RM250 bilion - 31 Mac 2020

Pada hari Jumaat, 27 Mac 2020, Perdana Menteri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat berjumlah RM250 bilion untuk Malaysia. Pakej ini bersamaan dengan 17% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 8% daripada KDNK (atau RM67 bilion) untuk pakej yang diperkenalkan semasa Krisis Kewangan Global 2008. Pembuat dasar mengunjurkan pakej rangsangan ini akan menambahkan 1.5% kepada KDNK pada tahun 2020. Berikut cara pakej ini akan digunakan: 

icon

Awam: 55% (RM126 bilion)
Bantuan wang tunai dan moratorium pinjaman memberi bantuan kepada isi rumah berpendapatan rendah hingga sederhana yang terkesan kerana aktiviti ekonomi yang dihadkan dalam tempoh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

icon

 

Perusahaan berskala kecil dan sederhana 44% (RM101 bilion)
Perusahaan-perusahaan ini juga akan mendapat pelbagai bantuan seperti moratorium pinjaman, subsidi upah dan pembiayaan PKS.

 

icon

Ekonomi Malaysia: 1% (RM3 bilion)
Usaha-usaha akan ditujukan untuk memperkukuhkan pelaburan dan perdagangan luar kita sehingga keyakinan pengguna dan perniagaan dikembalikan.
Sumber: Jabatan Perdana Menteri, Mac 2020. Lihat Lampiran untuk butiran lanjut.

 

Apakah strategi pelaburan kami?

Pendapatan Tetap

Pasaran bon domestik disokong oleh jangkaan kadar faedah yang lebih rendah dan kecairan dalam sistem.

  • Mengekalkan portfolio defensif, menumpukan kepada nama-nama kelas tinggi untuk perlindungan kredit dan sasaran bon kerajaan dan bon berkaitan kerajaan.
  • Pemilihan kredit kekal menjadi kunci untuk pulangan portfolio; memilih penerbit dengan metrik kredit yang lebih kukuh dan berdaya tahan.
  • Lebih mengutamakan jangka masa penanda aras yang pendek hingga neutral memandangkan ketidaktentuan pasaran.

Ekuiti

Kami percaya bahawa pakej rangsangan adalah neutral terhadap pasaran ekuiti Malaysia kerana syarikat besar bukan benefisiari utama. 

  • Mengambil sikap defensif untuk memelihara modal. 
  • Terus menerapkan pendekatan barbel dengan membeli saham dengan kadar hasil dan pertumbuhan yang tinggi tetapi akan lebih selektif. 
  • Mengikuti perkembangan untuk keredaan epidemik untuk kes Covid-19 dalam negara untuk menyusun semula portfolio.

Apakah yang pelabur perlu lakukan?

Melabur untuk pelbagai kelas aset | Platform Dividen | Tumpuan jangka panjang

Untuk klien konservatif: Mengesyorkan dana dalam aset campuran dengan gabungan pertumbuhan dan pendapatan sama ada di peringkat global atau tempatan dipelbagaikan. 

Untuk pelanggan yang mempunyai toleransi risiko yang lebih tinggi: Mengesyorkan mereka untuk menumpu kepada dana berorientasikan pertumbuhan yang menawarkan pendedahan kepada kawasan-kawasan pertumbuhan di Asia, China dan Global REIT.


Lampiran: Pecahan pakej rangsangan berjumlah RM250 bilion

B40, 66 Billion

  • Akaun KWSP 2 RM25 bilion
  • Bantuan Prihatin Nasional RM8.8 bilion
  • Subsidi Upah RM4.7 bilion
  • Moratorium pinjaman RM24 bilion
  • Penjawat Awam RM1.2 bilion
  • Diskaun Bil Elektrik EM100 juta 
  •  

SME, 54 billion 

  • Moratorium pinjaman RM35 bilion
  • KWSP dan Dana Pembangunan Sumber Manusia RM10.4 bilion
  • Skim Jaminan Kerajaan RM5 bilion
  • Kemudahan Bantuan Khas BNM RM3 bilion
  • Penangguhan Cukai Pendapatan 

 

Aktiviti Ekonomi, 53 billion

  • Projek kecil RM 2 bilion
  • Dana jaminan lindungan RM50 bilion
  • Dana makanan 1 billion 

 

M40, 30 billion

  • Moratorium pinjaman RM 13 bilion
  • Akaun KWSP 2 RM10 bilion
  • Bantuan Prihatin Nasional RM1 bilion
  • Penjawat awam RM500 juta
  • Bil elektrik RM20 juta


Lain-lain, 27 billion

  • T20 KWSP RM5 bilion
  • PRS RM700 juta
  • Moratorium pinjaman T20 RM21 bilion
  • Elektrik T20 RM 200 juta 


Sumber Pejabat Perdana Menteri, Mac 2020.

 

Kenyataan:
Kami membuat dokumen ini berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sumber yang kami percaya boleh dipercayai, tetapi kami tidak membuat pernyataan atau jaminan atau menerima sebarang liabiliti untuk ketepatan, kelengkapan atau kebenarannya. Luahan pendapat yang terkandung di sini adalah pendapat Principal Asset Management Berhad sahaja dan boleh berubah tanpa notis. Dokumen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai tawaran atau permintaan tawaran untuk membeli atau melanggan atau menjual produk-produk pelaburan Principal Asset Management Berhad.
 

Klik di sini untuk membaca atau memuat turun PDF