Principal Memperkukuhkan Komitmen Terhadap Agenda Kelestarian Dengan Pemindahan Ibu Pejabat Malaysia dan Asia Tenggara ke TRX Exchange 106

Principal Memperkukuhkan Komitmen Terhadap Agenda Kelestarian Dengan Pemindahan Ibu Pejabat Malaysia dan Asia Tenggara ke TRX Exchange 106

Lokasi baharu di pusat kewangan terkemuka Malaysia mengukuhkan komitmen Principal untuk mengembangkan perniagaannya di Asia Tenggara serta memacu agenda kelestarian.

KUALA LUMPUR, Malaysia - 21 Februari 2024 - Principal Asset Management Berhad (“Principal”), syarikat milik bersama antara Principal Financial Group ® (PFG), syarikat perkhidmatan kewangan global tersenarai di Nasdaq, dengan CIMB Group Holdings Berhad, hari ini mengumumkan bahawa ibu pejabat Malaysia dan Asia Tenggara syarikat tersebut telah berpindah ke TRX Exchange 106.

Pemindahan ini selari dengan agenda kelestarian Principal, dengan Exchange 106 dikategorikan sebagai bangunan yang mendapat pematuhan platinum Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekaan Alam Sekitar (LEED), dan perakuan emas Indeks Bangunan Hijau (GBI). Pensijilan kelestarian LEED dan GBI diiktiraf dalam industri bangunan hijau sebagai piawaian emas untuk reka bentuk bangunan mampan.

 

Image
Dari kiri hingga kanan: Thomas Cheong, Naib Presiden Eksekutif Principal Financial Group dan Presiden Asia Pasifik dan Timur Tengah; Uday Jayaram, Pengarah Urusan Eksekutif dan Ketua Asia Tenggara; Munirah Khairuddin, Ketua Pengarah Eksekutif Malaysia & Shariah Global & Pengarah Urusan, Pengedaran Strategik & Perhubungan Pelanggan Institusi (Asia Tenggara & Shariah Global) Principal.

 

​Antara yang hadir merasmikan pejabat baharu itu ialah Thomas Cheong, Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Kewangan Principal dan Presiden Principal Asia Pasifik dan Timur Tengah; Tan Sri Jaganath Derek Steven Sabapathy, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Principal Asset Management; Uday Jayaram, Pengarah Urusan Eksekutif dan Ketua Principal Asia Tenggara; Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia dan Syariah Global dan Pengarah Urusan Edaran Strategik dan Pelanggan Institusi bagi Principal Asia Tenggara; dan Izad Sallehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Islamic.

Uday menyatakan bahawa pemindahan ibu pejabat ke bangunan yang mengutamakan nilai-nilai kelestarian merupakan faktor penting dalam keputusan Principal untuk berpindah ke TRX Exchange 106. Ini selaras dengan prinsip Principal untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang turut mengutamakan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

““Pemilihan Exchange 106 sebagai ibu pejabat Asia Tenggara mencerminkan komitmen kami dalam membawa perubahan yang baik kepada hampir 400 warga kerja, para pelanggan dan rakan kongsi perniagaan kami. Dengan lokasi strategik di pusat bandar, serta menekankan aspek dedikasi dan komitmen jangka panjang, ini dapat mengukuhkan hubungan dan komunikasi dengan para pelanggan kami. Ibu pejabat baharu ini membolehkan kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi sambil memastikan kami terus melaksanakan langkah-langkah mesra alam sekitar yang bertanggungjawab,” kata Uday. 

Munirah menekankan kepentingan Principal bagi memperkasakan rakyat Malaysia dalam perjalanan kewangan mereka melalui perpindahan ini.

“Pemindahan ibu pejabat ini memperkukuhkan dedikasi kami kepada para pelanggan dan pandangan positif kami terhadap pertumbuhan kewangan di Malaysia. Buat masa ini, kami memberi perkhidmatan kepada 3.5 juta pelanggan di seluruh Malaysia sekaligus mencerminkan jangkauan dan pengaruh kami yang meluas. Dengan lokasi baharu ini, kami akan terus membantu pelanggan-pelanggan korporat, institusi dan individu dalam menjamin dan meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka dengan idea dan penyelesaian yang inovatif,” tambah Munirah.

Usaha kelestarian Principal menumpukan kepada tiga tindakan utama: menangani matlamat-matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) yang khusus secara aktif; mengambil bahagian sebagai penandatangan rangkaian pelabur yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI); dan berusaha ke arah sasaran karbon sifar bersih menjelang tahun 2050, sejajar dengan sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia pada 2023.

 

Image
Dari kiri hingga kanan: Izad Shahadi Mohd. Sallehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Islamic Asset Management; Yoon Mun Thim, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Principal Malaysia; Tan Sri Jaganath Derek Steven Sabapathy, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Principal Malaysia; Liew Swee Lin, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Principal Malaysia; Lai Mee Fong, Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas Principal Malaysia; Jefferi Mahmud Hashim, Pengarah Urusan Kanan Ketua Wilayah, Private Banking Group Wholesale Banking; Thomas Cheong, Naib Presiden Eksekutif Principal Financial Group dan Presiden Asia Pasifik dan Timur Tengah; Uday Jayaram, Pengarah Urusan Eksekutif dan Ketua Asia Tenggara; Munirah Khairuddin, Ketua Pengarah Eksekutif Malaysia & Shariah Global & Pengarah Urusan, Pengedaran Strategik & Perhubungan Pelanggan Institusi (Asia Tenggara & Shariah Global) Principal; Lawrence Yong, Ketua, Private Banking Malaysia; Rajesh Gupta, Ketua serantau, produk dan cadangan; Ted Pull, Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas Principal Malaysia and Ketua Pegawai Kewangan, Asia Principal International; Wong Joon Hian, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Principal Islamic.

 

Exchange 106 merupakan sebahagian daripada pusat kewangan Malaysia yang terkemuka, Tun Razak Exchange. Kakitangan Principal akan mempunyai akses kepada kemudahan- kemudahan di dalam bangunan Exchange 106 dan pengangkutan awam di sekitar kawasan tersebut. Perkara-perkara tersebut turut menyumbang kepada perbincangan bagi menyokong kebajikan dan kesejahteraan kakitangan. Tempat kerja baharu ini menampilkan ruang perhimpunan dan kerja bersama yang memberikan banyak pilihan kepada pekerja untuk memilih tempat untuk bekerja, secara langsung meningkatkan produktiviti dan kerjasama.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.principal.com.my.

Tentang Principal Malaysia

Principal Asset Management Berhad (“Principal Malaysia”), ialah usaha sama antara Principal Financial Group®, ahli FORTUNE 500 ® dan syarikat perkhidmatan kewangan global tersenarai Nasdaq dan CIMB Group Holdings Berhad, salah satu kumpulan perbankan universal terkemuka di Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada 13 Jun 1994, Principal Asset Management Berhad beribu pejabat di Malaysia dengan jejak di seluruh Indonesia, Thailand dan Singapura. Di Malaysia, setakat Disember 2023, syarikat itu memberi khidmat kepada 3.5 juta pelabur dengan unit amanah, skim persaraan, mandat budi bicara dan penyelesaian pengurusan aset untuk membantu menjadikan keselamatan kewangan dapat diakses oleh lebih ramai pelabur.

Principal komited untuk mengembangkan populasi mereka yang hidup dalam keselamatan kewangan, berbuat demikian melalui tindakan jangka panjang, bertanggungjawab dan mewujudkan peluang untuk generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.principal.com.my atau ikuti kami pada www.facebook.com/PrincipalAssetMY/.

Principal, Principal dan reka bentuk simbol adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan
Principal Financial Services, Inc. Principal Financial Group ®.

Penafian: Maklumat dalam artikel ini telah diperoleh daripada sumber yang dipercayai boleh dipercayai, namun, kami tidak mengesahkan atau menjamin ketepatan atau kesahihannya secara bebas. Ia mengandungi maklumat am hanya mengenai hal pelaburan dan tidak boleh dianggap sebagai penyata yang komprehensif mengenai apa- apa perkara dan tidak boleh dipercayai seperti itu. Maklumat yang terkandung di dalamnya tidak mengambil kira objektif pelaburan, keperluan tertentu atau situasi kewangan mana-mana pelabur. Pelabur hendaklah mempertimbangkan sama ada pelaburan sesuai dengan objektif pelaburan, keperluan tertentu dan situasi kewangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Data yang dibentangkan adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan cadangan untuk membeli atau menjual sebarang sekuriti atau menggunakan sebarang strategi pelaburan. Bahan ini tidak bertujuan untuk dipercayai sebagai ramalan, penyelidikan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara umum dan juga tidak bertujuan untuk meramalkan atau menggambarkan prestasi sebarang pelaburan.

Semua pengungkapan pendapat dan anggaran dalam artikel ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Artikel ini tidak bertujuan untuk menjadi, dan juga tidak boleh bergantung kepadanya dalam apa-apa cara sebagai ramalan atau jaminan peristiwa masa depan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara amnya. Artikel ini belum disemak semula oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.