Principal® Memperluas Akses Pelaburan Digital

Principal® Memperluas Akses Pelaburan Digital

 

Logo

 

 

Portal dalam talian memberi akses penuh kepada lebih 50 dana kewangan demi mencapai matlamat pelaburan

Kuala Lumpur, 9 Mac 2022 – Principal Asset Management (“Principal”) hari ini mengumumkan perluasan perkhidmatan pelaburan melalui portal dalam talian yang membolehkan pelanggan menguruskan portfolio dengan lebih baik dari mana-mana sahaja. Portal pelaburan Principal ini bakal menjadi alat yang berkesan dan selamat bagi membantu orang ramai membina simpanan dan mencapai matlamat kewangan mereka. Penyelesaian digital ini juga dapat dinikmati oleh pelabur individu di Malaysia untuk mendapatkan akses perkhidmatan pelaburan Principal.

Pelabur kini mampu memanfaatkan kepakaran pengurusan persaraan dan aset oleh Principal secara digital dan melabur menerusi dana KWSP mereka ataupun secara tunai, lantas memperkasakan mereka untuk mengawal pelaburan dengan lebih cermat.

“Kami telah mula membangunkan penyelesaian kewangan digital bertujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan lebih baik, dan kini kami berusaha untuk memberikan autonomi kepada pelabur individu yang lebih gemar mengawal portfolio pelaburan mereka sendiri,” kata Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management. “Keadaan pandemik telah mempercepatkan kadar penerimaan digital, justeru secara langsung meluaskan akses dan memudahkan proses penyimpanan dan pelaburan demi kesejahteraan kewangan pelabur. Kami juga komited untuk memperkenalkan penyelesaian yang inovatif berpaksikan kebolehmampuan pelabur, simpanan dan pelaburan serta keterangkuman, dalam masa yang sama merakyatkan pelaburan agar lebih mudah difahami agar kita dapat membantu pelanggan dalam perjalan pelaburan mereka.”

Principal komited untuk membantu lebih ramai orang mencapai matlamat kewangan mereka dengan menawarkan lebih daripada 50 dana merangkumi dana konvensional dan patuh syariah dengan pelaburan permulaan minimum sebanyak RM500 di portal pelaburan ini. Sempena pelancaran portal ini, caj jualan sebanyak 0% akan dinikmati oleh pelabur baru dan sedia ada, serta 1,000 pelabur pertama akan turut menerima ganjaran sambutan awal sebanyak RM50. Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2022.

Seiring saluran konvensional Principal termasuklah melalui cawangan-cawangan utama, perunding pelaburan dan pengedar bank, portal pelaburan ini membolehkan pelabur untuk membeli, menukar, dan menebus dana unit amanah pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Untuk maklumat lanjut  mengenai portal pelaburan, pelabur boleh melayari www.principal.com.my  atau hubungi 603-7723 7260.

Principal adalah sebahagian daripada Principal Financial Group, peneraju pelaburan global dengan lebih 142 tahun pengalaman dalam membantu pelanggan merancang, melindungi dan melabur untuk masa depan mereka melalui penyelesaian pengurusan aset dan persaraan yang sesuai dengan kehidupan mereka.

.-Tamat-

 

Tentang Principal Asset Management Berhad

Principal Asset Management Berhad dimiliki bersama oleh Principal Financial Group, salah satu dari ahli FORTUNE 500® dan perkhidmatan kewangan global yang tersenarai di Nasdaq, dan Kumpulan CIMB, salah satu kumpulan perbankan yang terulung di Asia Tenggara. 

Principal Asset Management Berhad telah ditubuhkan pada 13 Jun 1994 di Malaysia dan kini turut bertapak di Indonesia, Thailand dan Singapura. Kami menawarkan pelbagai solusi pelaburan kepada individu dan entiti perniagaan untuk membina, melindungi dan mempertingkatkan kewangan mereka melalui pelaburan unit amanah, skim persaraan, mandat korporat dan kepakaran pengurusan aset.

Dengan idea yang inovatif dan penyelesaian kehidupan sebenar, kami membantu para pelanggan kami tidak kira apa jua jumlah pendapatan dan portfolio mereka dalam merancang kewangan mereka demi masa depan yang lebih selesa. 

Principal, Principal dan reka bentuk simbol dan Principal Financial Group adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan Principal Financial Services, Inc. salah satu ahli syarikat Principal Financial Group. ©2019 Principal Financial Services, Inc.