Di Hari Raya ini, melabur dan dapatkan ganjaran.
Raikan Raya dengan pulangan tambahan apabila anda melabur dalam Principal Islamic Money Market Fund melalui GOinvest.
*Kadar 4.88% setahun terdiri daripada kadar unjuran 3.70% setahun dan kadar bonus 1.18% setahun sepanjang kempen dari 15 April hingga 31 Mei 2023.
Sila rujuk T&C dan FAQ kempen.
*Kadar pulangan yang diunjurkan adalah kadar pulangan kasar (tidak termasuk yuran pengurusan dan pemegang amanah) setahun pelaburan anda oleh Principal Asset Management Berhad dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Bagaimana untuk bermula?
#Untuk pelabur GO+ sedia ada, anda boleh melangkau langkah ini dan meneruskan ke selanjutnya.
Langkah pantas untuk mengaktifkan "Auto Cash In" bulanan.
Penafian
Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada). Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) telah didaftarkan dan/atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungan tersebut. Salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) boleh didapati di pejabat, pengedar atau laman web kami di www.principal.com.my. Pengeluaran mana-mana unit yang berkaitan dengan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan hanya akan dibuat apabila menerima permohonan yang dirujuk dan mengiringi salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan. Sila ambil perhatian bahawa pelaburan dalam dana unit amanah, dana borong dan/atau skim persaraan swasta yang berkaitan mempunyai risiko. Panduan pelbagai risiko yang terlibat diterangkan dalam Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang berkaitan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.
Soalan-soalan lazim
1. Bagaimanakah pelaburan boleh dilakukan dengan Principal melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet?
Anda kini boleh melabur dalam dana Unit Amanah^ (“Dana”) dengan Principal Asset Management Berhad (“Principal Malaysia”) melalui GOinvest, platform baharu yang tersedia dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
^Lihat soalan lazim No. 6 untuk senarai dana.
2. Adakah platform ini berasaskan matlamat pelaburan?
Ya, ini adalah pelaburan berasaskan matlamat di mana anda boleh memilih dan menentukan matlamat pelaburan anda.
3. Apakah perbezaan antara melabur dengan Principal melalui GO+ dan GOinvest?
Melabur dalam dana Principal e-Cash Fund melalui GO+ | Melabur dalam Principal Islamic Money Market Fund melalui GOinvest | |
Tujuan | Untuk kegunaan harian Peroleh pulangan harian pada baki anda dan gunakannya untuk membuat pembayaran. |
Untuk simpanan Pilihan untuk anda menyimpan dan melabur wang anda. |
Pulangan | Pulangan bersih harian sehingga 3.41% setahun atau lebih. | Unjuran pulangan kasar* sehingga 3.7% setahun. |
Pengeluaran/ Pengeluaran Tunai |
|
|
Ufuk pelaburan | Jangka pendek. | Jangka pendek hingga pertengahan. |
*Unjuran pulangan dikira menggunakan kadar pulangan kasar yang dijangkakan (setahun) daripada Dana dalam tempoh 12 bulan akan datang, tidak termasuk sebarang yuran pengurusan dan pemegang amanah.
4. Apakah faedah melabur dalam platform pelaburan ini?
- Cara mudah untuk mula melabur dari serendah RM10
- Dana Principal Islamic Money Market adalah dana patuh Syariah
- Peroleh unjuran pulangan* sehingga 3.7% p.a.
- Platform yang selamat dan terjamin
- Anda boleh memilih matlamat pelaburan yang ditentukan sendiri
- Tiada jumlah had pelaburan
- Tiada tempoh minima pelaburan
*Kadar pulangan yang diunjurkan adalah kadar pulangan kasar (tidak termasuk yuran pengurusan dan pemegang amanah) setahun pelaburan anda oleh Principal Asset Management Berhad dalam tempoh 12 bulan akan datang.
5. Siapakah yang layak melabur melalui pelaburan platform ini?
Mana-mana warga Malaysia, pengguna Touch ‘n Go eWallet yang berumur 18 tahun ke atas yang telah melaksanakan proses pengesahan akaun layak untuk melabur.