24 min 05 saat I Tarikh: 30 Mac 2022
Selepas prestasi yang baik pada tahun 2021, pasaran global menyaksikan permulaan yang sukar pada 2022. Walau bagaimanapun, sejarah telah menunjukkan bahawa adalah satu kesilapan untuk membuat perubahan dramatik dalam portfolio pelaburan sebagai tindak balas kepada krisis geopolitik. Adalah penting untuk mengingati bahawa kita masih berada dalam persekitaran pertumbuhan ekonomi dan pendapatan yang sihat.
Dalam video ini, kami akan merangkumkan:
- Prestasi ekuiti dan pendapatan tetap sejak awal tahun.
- Perspektif mengurus Pertumbuhan dan Risiko dalam persekitaran semasa.
- Apakah kesan inflasi yang dijangka kekal tinggi selaras dengan aliran global kepada Malaysia.
- Peluang dalam pasaran ASEAN dan Malaysia.
- Nasihat dari segi peruntukan aset dalam tempoh terdekat.