Pandangan Pasaran Suku ke-1 2022

Equity oleh Patrick Chang.

Jangka masa 6 min 30 saat     I     Tarikh: 29 Disember  2021



Walaupun landskap persekitaran ekonomi 2021 tidak menentu, pelancaran program vaksinasi yang lebih luas di seluruh dunia telah melihat pemulihan aktiviti ekonomi yang agak ketara. Ini terutamanya dalam pasaran maju seperti AS dan Eropah kerana kedua-dua rantau ini mempunyai aktiviti ekonomi yang kukuh sekaligus menjurus kepada pasaran ekuiti yang sangat kukuh.

Dalam video ini, Patrick akan merangkumkan:

  • Gambaran keseluruhan prestasi pasaran ekuiti pada tahun 2021
  • Ramalan untuk pasaran ekuiti global bagi tahun 2022
  • Prospek Asia, ASEAN dan Malaysia
  • Strategi untuk maju ke hadapan

 

Pendapatan Tetap oleh Jesse Liew.

Jangka masa 5 min 05 saat     I     Tarikh: 29 Disember 2021



Tahun 2021 merupakan salah satu ketika yang jarang berlaku, di mana pasaran bon global telah mencatatkan prestasi yang agak suram. Kadar vaksinasi global adalah yang terpantas dalam sejarah manusia dalam setahun, namun situasi pandemik masih kekal sehingga hari ini dengan kehadiran varian baharu yang mengancam perlaksanaan sekatan kawalan yang baharu.

Dalam video ini, Jesse akan menerangkan:

  • Kajian prestasi pendapatan tetap pada tahun 2021
  • Prospek untuk pasaran pendapatan tetap global bagi tahun 2022
  • Strategi untuk maju ke hadapan 

 

Sukuk Global oleh Mohd Fadzil Mohamed.

Jangka masa 3 min 21 saat     I     Tarikh: 29 Disember 2021



Berikutan sedikit turun naik pasaran pada suku pertama 2021, pasaran Sukuk Global kembali kukuh pada suku kedua dan ketiga tahun ini.
Walaupun berlaku turun naik pada bahagian awal tahun, pasaran Sukuk Global terus menunjukkan peningkatan prestasi pada suku keempat dan memperoleh momentum menjelang akhir tahun.

Dalam video ini, Mohd Fadzil akan merangkumkan:

  • Kajian pasaran untuk Sukuk Global untuk 2021
  • Prospek Sukuk global bagi 2022