Equiti oleh Patrick Chang.
Jangka masa 5 min 40 saat I Tarikh: 1 Oktober 2021
Pulangan positif dengan sedikit ketidaktentuan. Begitulah yang dapat kita rumuskan prestasi pasaran ekuiti global di suku ketiga 2021 oleh kerana kebimbangan yang semakin meningkat mengenai prospek pengetatan dasar, kes-kes delta yang muncul, dan keadaan pengawalseliaan di negara China.
Dalam video ini, Patrick akan merangkumkan:
- Gambaran keseluruhan prestasi pasaran ekuiti setakat ini bagi 2021
- Ramalan untuk pasaran ekuiti global
- Prospek Asia, ASEAN dan Malaysia
- Strategi untuk maju ke hadapan
Pendapatan Tetap oleh Jesse Liew.
Jangka masa 5 min 30 saat I Date: 1 Oktober 2021
Tatkala kita memasuki suku akhir tahun ini, mari kita melihat prestasi aset pendapatan tetap setakat Ogos 2021.
Dalam video ini, Jesse akan menerangkan:
- Kajian prestasi pendapatan tetap setakat ini bagi 2021
- Prospek untuk pasaran pendapatan tetap global
- Prospek untuk pasaran pendapatan tetap global ASEAN dan Malaysia
Sukuk Global oleh Mohd Fadzil Mohamed.
Jangka masa 4 min 30 saat I Date: 1 Oktober 2021
Berikutan sedikit turun naik pasaran pada suku pertama 2021, pasaran Sukuk Global kembali kukuh pada suku kedua dan ketiga tahun ini.
Dalam video ini, Mohd Fadzil akan merangkumkan:
- Kajian pasaran untuk Sukuk Global setakat ini untuk 2021
- Prospek Sukuk global