Pelabur: Kelembapan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang tidak dijangka masih merupakan suatu peluang
Pada akhir tahun 2019, Malaysia secara tidak dijangka melaporkan pertumbuhan KDNK yang lebih perlahan sebanyak 3.6% berbanding suku sebelumnya (4.4% S32019 dan 4.9% S22019). Kelembapan pertumbuhan ini disebabkan oleh:
- Penurunan mendadak (-9.8%) eksport bersih; mencerminkan kejatuhan oleh perang perdagangan AS-China; dan
- Penurunan pengeluaran dalam sektor pertanian (-5.7%) dan perlombongan (-2.5%).
Apa yang boleh dijangkakan: Langkah-langkah dasar untuk memulihkan pertumbuhan dan memberi kelegaan
Pertumbuhan ekonomi akan terus menghadapi cabaran pada awal tahun ini kerana faktor-faktor, seperti wabak Covid-19, pelbagai rundingan perdagangan, risiko geopolitik, dan beberapa usaha domestik. Namun, kerajaan menekankan bahawa ekonomi Malaysia akan terus disokong oleh perbelanjaan isi rumah, realisasi projek pelaburan swasta yang diluluskan, perbelanjaan modal sektor awam yang lebih tinggi dan pakej rangsangan untuk mengurangkan kesan wabak virus. Malah, mereka menyatakan kebarangkalian untuk mengurangkan kadar faedah.
Di Principal, kami yakin penggubal dasar Malaysia akan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pada awal tahun ini yang merangkumi perkara-perkara, seperti:
- Bantuan khas yang disasarkan kerana wabak Covid-19 untuk membantu sektor yang terjejas (cth. hotel, pengendali pelancongan, dll).
- Pengurangan caruman wajib kepada KWSP, meletakkan wang terus ke tangan pengguna.
- Pengagihan secara tidak sekata bagi perbelanjaan sedia ada, seperti Bantuan Sara Hidup dan projek infrastruktur lain.
Bagaimana saya melabur ketika ini?
Seperti biasa, kami menasihatkan para pelabur untuk mempertimbangkan matlamat kewangan jangka panjang dan toleransi risiko ketika melabur. Pasukan pelaburan kami mengesyorkan perkara berikut berdasarkan gabungan peruntukan aset kami (setakat Februari 2020):
Kenapa pilihan ini dibuat? Pasukan pelaburan kami berkongsi pandangan mereka:
Pendapatan Tetap
- Berikutan pertumbuhan yang lebih rendah daripada yang dijangkakan dan inflasi yang sederhana, pasukan pelaburan berpendapat bahawa kerajaan masih mempunyai banyak masa untuk melonggarkan dasar kewangan.
- Oleh itu, pasukan kami menjangkakan terdapat penurunan sebanyak 25bps lagi dalam OPR pada separuh masa pertama tahun 2020.
Ekuiti
- Penilaian ekuiti Malaysia sebagai bawah nilai, menjadikannya menarik. Inilah masa terbaik untuk memanfaatkan peluang untuk membeli dengan harga rendah.
- Kami akan terus membeli ekuiti Malaysia yang melemah dan mengekalkan pendekatan barbel kami pada saham dengan pulangan tinggi. Kami akan mengambil kesempatan untuk mengumpul saham terpilih dalam sektor perladangan, pembinaan dan minyak dan gas.
- Berkaitan dengan wabak Covid-19, kami akan melihat sektor yang menerima kesan daripada peristiwa ini. Secara taktikal, kami menilai “underweight” untuk sektor penerbangan, sementara mengambil peluang untuk berdagang dalam sektor sarung tangan dan penjagaan kesihatan.
Klik di sini untuk bacaan lanjut atau muat turun dalam bentuk PDF