Practices - Giving back to the community

Disaster relief efforts - Giving back to the community

Program bantuan bencana

  • Kami telah menyalurkan sumbangan dalam bentuk makanan kepada petugas barisan hadapan perubatan, para pelajar institusi pengajian tinggi dan individu serta keluarga yang kurang bernasib baik semasa pandemik COVID-19 melanda negara.  Makanan yang diagihkan telah disediakan oleh keluarga berpendapatan rendah dan pengusaha makanan tempatan. 
     
  • Kami telah menyumbang sebanyak 50,000 penutup muka dan 10,0000 cecair sanitasi tangan kepada mangsa banjir yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir di Pahang, Terengganu dan Johor.
     
  • Melalui Principal Foundation iaitu organisasi bukan untung global milik organisasi induk kami Princicpal Financial Group, kami telah menyalurkan sumbangan tunai kepada MERCY Malaysia dan Malaysia Relief Agency untuk pembelian bekalan ubat-ubatan.
Charity Miles

Charity Miles

Principal Foundation telah bekerjasama dengan Charity Miles yang merupakan sebuah organisasi bukan untung global dari 1 April - 30 September 2022. Melalui kerjasama ini, kakitangan Principal di seluruh dunia mengambil bahagian dalam inisiatif filantropi yang menukarkan pergerakan fizikal kakitangan kami menjadi sumbangan untuk badan amal bantuan bencana.

Kakitangan kami hanya perlu memuat turun aplikasi Charity Miles ke peranti telefon mudah alih peribadi mereka yang kemudiannya menjejak pergerakan kakitangan dan mencatatkan derma $1 setiap 1 batu untuk badan amal terpilih.  Principal Foundation merupakan organisasi yang menyalurkan derma $1 untuk setiap 1 batu. Aplikasi ini mampu mengesan jarak perjalanan bagi kakitangan yang menggunakan kerusi roda, berjoging, berjalan dan juga berbasikal.

Sumbangan ini memberi manfaat kepada pelbagai organisasi yang berbeza pada setiap bulan sepanjang enam bulan inisiatif ini berlangsung.  Kesemua enam organisasi memberi tumpuan kepada bantuan bencana sama ada bencana alam atau konflik.  Antara organisasi yang mendapat manfaat daripada usaha sama ini termasuklah organisasi yang berada di Afghanistan, Syria dan Myanmar.