Kami menghasil dan mengekalkan persekitaran tempat kerja berasaskan integriti, rasa hormat, komuniti dan kepercayaan yang membolehkan semua kakitangan menyumbangkan potensi penuh mereka kepada para pelanggan. Ia bukan sahaja membantu menjadikan kami sebagai sebuah organisasi yang lebih baik bahkan ia juga merupakan suatu tindakan yang betul.
Kami berusaha membina tenaga kerja yang lebih pelbagai dan inklusif kerana kami tahu ia akan membantu menarik bakat baru, meningkatkan penglibatan kakitangan dan membangunkan generasi pemimpin masa hadapan.
Komitmen kami
Di peringkat global, kami menetapkan untuk mencapai % skor Indeks Inklusif sekurang-kurangnya 80 setiap tahun yang merangkumi penglibatan kakitangan, keselesaan, nilai dan rasa hormat di kalangan semua tenaga kerja kami.
Cara kami menilai
Setiap tahun, matlamat global kami adalah untuk mencapai skor Indeks Inklusif sebanyak 80% ke atas. Indeks Inklusif kami digunakan untuk menilai budaya pembelajaran dan penerokaan perkara baharu.