Perubahan landskap politik di Malaysia dan maknanya kepada pelabur - 26 Februari 2020
Kita berada dalam situasi yang unik di Malaysia. Pasaran kita menerima kesan dalam beberapa minggu terakhir ini oleh wabak Koronavirus dan perang perdagangan AS-China. Dan kini perubahan dalam landskap politik kita menyebabkan lonjakan dalam ketaktentuan pasaran jangka pendek di Malaysia. Namun, bagi pelabur sebenar, kami percaya wujudnya peluang untuk melabur dalam ekuiti Malaysia dan produk pendapatan tetap yang disebabkan oleh nilainya.
Apa yang akan berlaku seterusnya?
Selama beberapa minggu akan datang, pasaran berkemungkinan tidak dapat diramalkan apabila kita mengharungi suatu realiti baharu dengan mempunyai seorang Perdana Menteri sementara dan pelantikan Kabinet baharu beliau. Ketaktentuan ini berkemungkinan akan berterusan sehingga sidang parlimen berikutnya diadakan semula pada 9 Mac atau wujudnya keperluan untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut.
Sebelum berlakunya ketidakpastian kita dalam pasaran, Malaysia berada pada haluan untuk mengumumkan pakej rangsangan bagi membantu meredakan ekonomi domestik yang terjejas oleh perang perdagangan AS-China dan wabak Koronavirus (Covid-19). Kedua-duanya telah mengganggu ekosistem rantaian bekalan global dengan Malaysia merupakan peserta penting.
Kami berasa terdapat kelewatan dalam pengumuman pakej rangsangan. Seandainya kelewatan ini berlaku, hal ini dapat menyebabkan penurunan kadar faedah selanjutnya oleh BNM. Kami tidak menolak kemungkinan penurunan OPR secara berurutan, sekiranya keadaan ekonomi semakin merosot kerana BNM memberi isyarat bahawa mereka mempunyai "cukup masa untuk mereda".
Strategi pelaburan kami
Ekuiti
-
Penilaian ekuiti Malaysia sudah murah. Kami mengambil sikap defensif dan menumpukan pada saham yang berdaya tahan terhadap kelembapan ekonomi domestik yang dijangkakan dan/atau tidak terdedah kepada ketidakpastian politik domestik dan kawal selia.
-
Kami lebih mengesyorkani sektor yang mendapat keuntungan daripada pemotongan kadar faedah dan berpendapatan dalam USD. Ini akan merangkumi saham dalam sektor asasi pengguna, penjagaan kesihatan, tenaga, perladangan dan REIT.
Pendapatan Tetap
-
Kesan wabak Koronavirus dan ketidakpastian politik baru-baru ini boleh mengakibatkan pertumbuhan pada S12020 menjadi perlahan sehingga bawah 4.0%. Perkembangan ini mungkin akan mendorong BNM untuk lebih melonggarkan dasar kewangan seawal Mac 2020 atau selewatnya pada Mei 2020.
-
Sebagai langkah konservatif, dana pendapatan tetap kami mengambil pandangan neutral terhadap tempoh penanda aras. Sekiranya kadar hasil bon kerajaan mulai meningkat, kita mungkin memanfaatkannya untuk melanjutkan tempoh pada tahap oportunistik.
Klik di sini untuk membaca atau memuat turun dalam bentuk PDF.