Principal Asset Management memperkenalkan Dana Principal Biotechnology Discovery

Principal Asset Management memperkenalkan Dana Principal Biotechnology Discovery

Kuala Lumpur, 22 September 2021 – Principal Asset Management (“Principal”) memperkenalkan Dana Principal Biotechnology Discovery (“Dana”). Dana ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mencapai peningkatan modal melalui skim pelaburan kolektif, yang tertumpu kepada pelaburan dalam sekuriti yang berkaitan dengan bioteknologi , dari bidang farmaseutikal yang semakin meningkat dari segi permintan sehingga ke syarikat berasaskan sains hayat. Dana ini mempunyai pendedahan dalam semua bentuk pasaran sekuriti termasuk yang kecil dan besar dalam bidang bioteknologi.

Menurut Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management, “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri bioteknologi telah berkembang dengan pesat dan terlibat dalam banyak sektor seperti kesihatan, farmaseutikal, pertanian, dan genomik. Inovasi terkini dihasikan hampir setiap hari dan menjadi semakin mustahak dalam kita melangkah ke arah masa depan yang lebih maju dan mampan.”

“Pandemik ini telah memperkuatkan daya tahan kebanyakan industri, terutamanya dalam perubatan. Kita telah menyaksikan kejayaan dalam penghasilan vaksin dan kini menuju ke arah pemulihan dari sudut kesihatan awam dan ekonomi. Melalui Dana ini, pelanggan berpotensi untuk meraih keuntungan dan berpeluang untuk mengikuti perkembangan dalam bidang inovasi dan sektor bioteknologi,” tambah beliau.

Melalui Dana Principal Biotechnology Discovery, pelabur yang mahukan peningkatan modal jangka masa panjang mampu memperoleh keuntungan sejajar dengan kemajuan seperti penemuan ubat-ubatan baru dan juga teknologi yang menawarkan asas yang menarik. Dana ini juga mempunyai pendedaha dalam pelaburan dalam firma bioteknologi yang berpusat di Amerika Syarikat. Dana ini turut dikukuhkan dengan kajian berterusan dan perbelanjaan pembangunan, serta mendapat manfaat hasil daripada permintaan kesihatan awam yang semakin meningkat, seiring dengan  peningkatan usia penduduk di seluruh dunia.

Dihasilkan sebagai dana perantara, Dana ini dilaburkan dalam satu skim pelaburan kolektif, yang dikenali sebagai Franklin Biotechnology Discovery Fund (“Dana Sasaran”); satu portfolio di bawah Franklin Templeton Investment Funds (“FTIF”). Hampir 95% daripada nilai aset bersih Dana ini dilaburkan dalam Dana Sasaran dan sehingga 5% dari nilai aset bersih Dana ini dilaburkan dalam aset cair untuk tujuan pertukaran yang mudah kepada wang.

Dana ini mempunyai struktur kelas-pelbagai dengan empat kelas saham; Kelas AUD-Hedged, Kelas MYR-Hedged, Kelas SGD-Hedged dan Kelas USD dengan harga tawaran awal AUD 1,000, MYR 1,000, SGD 1,000 dan USD 1,000.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Principal Biotechnology Discovery Fund, sila layari www.principal.com.my atau hubungi 603-7718 3100.
-end-

Tentang Principal Asset Management Berhad
Principal Asset Management Berhad dimiliki bersama oleh Principal Financial Group®, salah satu dari ahli FORTUNE 500® dan perkhidmatan kewangan global yang tersenarai di Nasdaq, dan Kumpulan CIMB, salah satu kumpulan perbankan yang terulung di Asia Tenggara. 

Principal Asset Management Berhad telah ditubuhkan pada 13 Jun 1994 di Malaysia dan kini turut bertapak di Indonesia, Thailand dan Singapura. Kami menawarkan pelbagai solusi pelaburan kepada individu dan entiti perniagaan untuk membina, melindungi dan mempertingkatkan kewangan mereka melalui pelaburan unit amanah, skim persaraan, mandat korporat dan kepakaran pengurusan aset.

Dengan idea yang inovatif dan penyelesaian kehidupan sebenar, kami membantu para pelanggan kami tidak kira apa jua jumlah pendapatan dan portfolio mereka dalam merancang kewangan mereka demi masa depan yang lebih selesa. 

Principal, Principal dan reka bentuk simbol dan Principal Financial Group adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan Principal Financial Services, Inc. salah satu ahli syarikat Principal Financial Group®. ©2019 Principal Financial Services, Inc.

  
Penafian: Kami mencadangkan supaya anda membaca dan memahami  kandungan Prospektus Principal Biotechnology Discovery Fund bertarikh 15  September 2021 yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),  sebelum melabur dan pastikan bahawa anda menyimpan Prospektus tersebut untuk rujukan anda. Terbitan unit-unit yang berkaitan dengan Prospektus hanya akan dikeluarkan selepas menerima borang permohonan lengkap yang dilampirkan bersama Prospektus tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat dan  terma-terma yang terkandung di dalamnya. Pelaburan dalam dana adalah terdedah kepada risiko-risiko. Anda seharusnya memahami risiko yang ada, membuat penilaian risiko anda sendiri dan dapatkan nasihat profesional, di mana perlu. Anda boleh mendapatkan salinan Prospektus ini di ibu pejabat Principal Asset Management Berhad, laman web kami di www.principal.com.my atau melalui pengedar kami yang dilantik. Pelabur mempunyai hak untuk meminta Prospektus, PHS dan dokumen penzahiran produk lain mesti dibaca dan difahami sebelum membuat apa juga keputusan pelaburan. Pelaburan ini mempunyai yuran dan caj yang dikenakan dan pelabur dinasihatkan agar mempertimbangkan yuran dan caj yang berkaitan sebelum melabur di dalam  dana. Harga unit-unit dan agihan pendapatan, jika ada, mungkin turun atau naik. Prestasi dana sebelum ini tidak mencerminkan prestasi akan datang 
dan agihan pendapatan adalah tidak dijamin.  Anda juga dinasihatkan agar  membaca dan memahami kandungan Penyata Pendedahan Risiko Pembiayaan Pinjaman Unit Amanah sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pembiayaan untuk membeli unit-unit. Pendaftaran Prospektus dana ini dengan SC tidak bermakna atau menunjukkan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong dana ini dan risalah dana ini tidak disemak oleh SC.