Principal Next-G Connectivity Fund berfungsi untuk kepentingan anda  

Dana ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam satu skim pelaburan kolektif tunggal, yang melabur di dalam portfolio pegangan ekuiti global dengan tumpuan kepada syarikat-syarikat yang terlibat atau meraih manfaat daripada Ketersambungan Generasi Hadapan. Principal Next-G Connectivity Fund adalah sebuah portfolio pertumbuhan, berpandangan jauh, global, dengan pendedahan kepada penyedia dan penerima utama 5G dan ketersambungan masa hadapan yang menyasarkan untuk memberikan pertumbuhan modal jangka sederhana hingga jangka panjang.

Mengapa melabur dengan Principal?

Rakan Kongsi Dana  

  • Standard Chartered Bank
  • Perunding Skim Unit Amanah Principal

 

Penafian: Kami sangat mengesyorkan anda membaca dan memahami kandungan Prospektus bagi Principal Next-G Connectivity Fund bertarikh 16 Januari 2021, yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum membuat pelaburan. Simpanlah Prospektus ini dengan teliti untuk dijadikan rujukan masa depan anda.Pengeluaran unit yang berkaitan dengan Prospektus ini hanya akan diproses setelah menerima borang permohonan lengkap yang dirujuk dan disertakan dalam Prospektus, tertakluk pada terma dan syarat yang terkandung di dalamnya. Pelaburan dalam Dana ini mempunyai risiko. Pastikan anda memahami risiko tersebut, membuat penilaian risiko anda sendiri, dan dapatkan nasihat profesional jika perlu. Anda boleh mendapatkan salinan Prospektus daripada ibu pejabat Principal Asset Management Berhad, melalui laman web kami di www.principal.com.my, atau mana-mana pengedar kami yang diluluskan. Terdapat yuran dan caj yang terlibat dalam pelaburan dalam dana ini. Kami mencadangkan agar anda mempertimbangkan yuran dan caj ini dengan teliti sebelum membuat pelaburan. Pelabur berhak untuk meminta Prospektus, Lembaran Sorotan Produk (PHS) dan dokumen pendedahan produk lain; dan dokumen tersebut harus dibaca dan difahami sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Harga unit dan agihan pendapatan, jika ada, boleh turun naik. Prestasi masa lalu tidak mencerminkan prestasi masa depan dan agihan pendapatan tidak dijamin. Anda juga disyorkan untuk membaca dan memahami kandungan Penyataan Pendedahan Risiko Pembiayaan untuk Pelaburan dalam Unit Amanah sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli unit. Pendaftaran Prospektus dengan SC tidak bermaksud atau menunjukkan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong dana tersebut, dan SC tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.

Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.