Pendapatan Tetap oleh Jesse Liew
Perkembangan yang paling ketara dari sudut ekonomi makro merupakan pengumuman Rizab Persekutuan AS berkenaan peralihan rejim inflasinya dari simetri menuju ke hadapan, ke tahap purata.
Dalam video ini, Jesse akan menerangkan:
Kajian prestasi pendapatan tetap pada tahun 2020
Pandangan untuk pendapatan tetap bagi suku terakhir 2020
Strategi untuk maju ke hadapan
Sukuk Global oleh Mohd Fadzil Mohamed
Berikutan pemulihan ekonomi yang kukuh pada suku kedua, pasaran Sukuk Global terus meningkat pada suku ketiga 2020. Setelah memberikan pulangan yang bagus sebanyak 6.6% pada suku kedua, dana Principal Islamic Global Sukuk mempamerkan prestasi yang baik pada suku ketiga, dengan pulangan sebanyak 4.4%.
Dalam video ini, Mohd Fadzil akan menerangkan:
Kajian pasaran
Pandangan Sukuk global
Ekuiti oleh Patrick Chang
Pasaran kewangan global telah bangkit semula dengan kuat setelah penurunan yang disebabkan oleh kesan coronavirus dengan kemajuan dalam rawatan dan vaksin COVID-19. Tumpuan pasaran kini secara beransur-ansur beralih kepada pemacu pasaran lain seperti pilihan raya AS, hubungan AS-China, dan trend-trend ekonomi tradisional yang kembali normal secara perlahan.
Dalam video ini, Patrick akan merangkumi:
Bagaimana kita dapat mengemudi pelaburan kita semasa pasaran yang tidak menentu
Ramalan untuk pasaran ekuiti global pada suku terakhir 2020
Ramalan untuk Asia Pasifik
Dalam video 2, Patrick akan menyentuh:
Ramalan untuk ASEAN
Strategi untuk maju ke hadapan