Simpanan berbanding belanja: Bagaimana untuk memberi keutamaan apabila anda memulakan kerjaya anda.

Simpanan untuk persaraan mungkin rasanya seperti konsep yang pelik pada usia muda. Tetapi jika anda meletakkan asasnya sekarang, ia akan membuat perbezaan yang besar.

Ia semudah meletakkan keutamaan untuk menyimpan dan membuat langkah-langkah kewangan pintar, seperti menyumbang kepada simpanan persaraan atau membina satu dana kecemasan.

Cabarannya adalah tidak membiarkan kewajipan kewangan lain mengatasinya. Dan, kita tahu bahawa ia boleh menjadi sukar - dalam laporan The Star * baru-baru ini, kira-kira 65,000 rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 44 tahun dilaporkan telah diisytiharkan muflis dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Pertimbangkan tip-tip berikut untuk membantu anda berada di landasan yang betul:

Mengutamakan perbelanjaan anda.

Tetapkan bajet/belanjawan/pelan perbelanjaan anda.

Ini termasuk perbelanjaan bulanan anda dan matlamat simpanan jangka panjang anda. Ubah bajet/belanjawan anda apabila pendapatan anda berubah, atau apabila berlaku sesuatu peristiwa utama dalam kehidupan anda.

Mengatasi perbelanjaan keutamaan tinggi dan hutang faedah yang tinggi terlebih dahulu.

Bayar keperluan anda, seperti perumahan, barangan runcit dan insurans, sebelum kehendak anda. Dan juga membayar hutang pusingan jangka pendek, seperti kad kredit dahulu.

Cari kesimbangan.

Jangan terlalu banyak menghabiskan atau menyimpan. Kami tidak mencadangkan anda mula meletakkan separuh gaji anda untuk simpanan. Cari suatu kompromi untuk mengimbangi perbelanjaan dan keinginan.

Pupuk tabiat menyimpan.

Rancang terlebih dahulu.

Ketepikan wang untuk simpanan sebagai sebahagian daripada bajet keseluruhan anda. Untuk menyimpan lebih banyak dan mengurangkan pendapatan cukai anda, anda boleh membuat pelaburan melalui Skim Persaraan Swasta (PRS), suatu skim simpanan persaraan sukarela. Anda boleh menikmati pelepasan cukai peribadi sehingga RM3000 setahun ** di samping pelepasan cukai sebanyak RM4000 setahun untuk sumbangan simpanan persaraan wajib dan RM3000 untuk premium insurans hayat.

Bersedia untuk sesuatu yang tidak dijangka.

Alihkan sebahagian daripada belanjawan anda untuk membina dana kecemasan. Mulakan dengan mengumpul sehingga pendapatan sebulan, kemudian meningkatkannya, seperti yang anda mampu, untuk menampung tiga hingga enam bulan perbelanjaan hidup.

Alihkan perbelanjaan ke simpanan.

Sebaik sahaja anda telah melunaskan sesuatu hutang, elakkan daripada mengambil hutang yang baru. Sebaliknya, alihkan amaun yang anda bayar ke arah hutang sebelum ini ke simpanan anda.

* Sumber: Carvalho, Sivanandam, Rahim dan Shagar (15 Ogos 2018). Hampir 65,000 pemuda Malaysia diisytiharkan muflis sejak 2013. www.thestar.com.my

** Untuk caruman ke dalam PRS dan anuiti tertangguh berkuat kuasa dari tahun taksiran 2012 hingga 2021