Uday Jayaram, Pengarah Urusan Eksekutif, Ketua Asia Tenggara
Pengarah Eksekutif Bukan Bebas
Uday mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang audit, perundingan pengurusan, penyelidikan ekuiti, penjualan institusi, pasaran modal, perniagaan bursa terutamanya, di industri minyak dan gas. Beliau memulakan kerjayanya dengan kumpulan institusi kewangan dalam bahagian audit Ernst and Young, London. Sebagai tambahan kepada beberapa pelanggan global seperti HSBC, ABB Group dan IKEA, Uday beruntung mendapat pengalaman dalam projek-projek untuk Bank Dunia yang merangkumi penstrukturan semula bank-bank di Kazakhstan. Setelah Uday kembali ke Malaysia, dengan pengalaman penyelidikan dan penjualan ekuiti, menyaksikan beliau berkhidmat dengan Deutsche Morgan Grenfell, CIMB, ING Financial Markets dan Macquarie Capital Securities di mana beliau adalah Pengarah Bahagian dan Ketua Ekuiti perniagaan Malaysia. Melangkah ke Bursa Malaysia, Uday adalah Ketua Pasaran Sekuriti Global yang bertanggungjawab dalam keseluruhan untuk pengembangan perniagaan ekuiti tunai bursa. Uday juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Peserta Pasaran Bursa dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Indeks FTSE Bursa. Sebelum berkhidmat dengan Principal, Uday adalah Wakil Presiden Kanan Pembangunan Korporat di Hibiscus Petroleum Bhd di mana beliau terlibat dalam strategi korporat, perancangan perniagaan, pembiayaan hutang dan ekuiti dan hubungan pelabur.
Kelayakan:
Uday memiliki ijazah BSc Ekonomi jurusan Perakaunan dan Kewangan dari London School of Economics dan merupakan Chartered Accountant yang berkelayakan dengan Institute of Chartered Accountants di England dan Wales (ICAEW).