Walaupun waktu persaraan masih jauh di masa hadapan fikirkan tentang apa yang anda mahu lakukan dengan wang anda apabila bersara nanti. Ini latihan yang menyeronokkan. Teruskan dengan berangan-angan sedikit.
Mungkin anda ingin membayar pajak gadai anda, membantu cucu-cucu anda dengan perbelanjaan pendidikan, percutian ke luar negara atau memulakan hobi baru yang anda tidak mempunyai masa kerana dulu anda sibuk bekerja. Jika anda dapat menggambarkan aktiviti yang ada ingin lakukan ketika bersara nanti, maka lebih mudah untuk merancangnya.
Walau apa pun matlamat anda, menyimpan dan merancang adalah idea yang bijak. Jadi mari kita lihat 4 langkah untuk membantu anda membuat rancangan persaraan anda.
1. Anda perlu tahu berapa banyak wang yang diperlukan semasa bersara nanti.
Ah, sikap tidak ambil tahu membahagiakan. Tetapi ia tidak akan membantu anda merealisasikan impian persaraan anda i. Gunakan kalkulator persaraan PPA untuk membantu anda mendapatkan anggaran perbelanjaan yang anda perlukan.
2. Simpan. Melabur. Dan simpan lebih banyak lagi.
Kebanyakan pakar mengatakan anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda semasa bekerja (sebagai tambahan kepada sumbangan mandatori KWSP yang bertambah sehingga 23%) sebagai persediaan untuk persaraan. Jika anda lewat mula menyimpan maka anda mungkin perlu meningkatkan lagi jumlah tersebut.
Sekarang tidak mustahil? Tidak mengapa. Simpan apa yang anda mampudan cuba berikan komitmen untuk meningkatkan simpana anda sebanyak 1% setiap tahun sehingga anda boleh mencapai matlamat persaraan anda.
Antara pilihan untuk simpanan dan melabur:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- KWSP i-Invest
- Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme-PRS)
- Pelbagai pelaburan lain seperti unit amanah, stok, bon dan sebagainya.
Lebih awal anda bermula, lebih banyak potensi pulangan wang anda . Ini adalah hasilkompaun berganda untuk anda menjana lebih banyak wang.
Katakan anda melabur sebanyak RM 10,000 dan anda mendapat 5% keuntungan setahun.
Hasilnya anda akan memperolehi RM 10,500 setahun. Untuk tahun-tahun yang akan datang, anda membuat keuntungan sebanyak 5% lagi, iabukan hanya untuk RM 10,000 yang pertama, tetapi juga pada RM 500 yang anda perolehi pada tahun tersebut. Itulah manfaat kompaun berganda.1
3. Jika simpanan anda masih di tahap rendah, tentukan cara untuk menambahkannya.
Jika anda mempunyai jurang antara apa yang anda simpan dan apa yang anda perlukan - pertimbangkan:
- Simpan lebih banyak wang dalam perancangn persaraan anda. Malah dengan melebihkannya sebanyak letakkan 1% sahaja pun dapat menghasilkan jumlah yang lebih tinggi dan ianya boleh dilakukan.
- Selesaikan hutang anda secepat yang mungkin supaya anda mempunyai lebih banyak wang dalam belanjawan anda untuk simpanan jangka panjang.
- Tangguhkan persaraan anda setahun atau 2 tahun untuk membantu meningkatkan simpanan persaraan anda.
- Cuba sebaik mungkin untuk menambah pendapatan anda dan kemudian menyimpan. Bagaimana untuk melakukannya? Tukar pekerjaan, mohon kenaikan pangkat, atau cari kaedah lain untuk mendapatkan wang tambahan.
4. Periksa akaun persaraan anda sekali atau dua kali setahun.
- Semak perancangan anda. Akaun persaraan anda seharusnya sepadan dengan toleransi risiko dan matlamat kewangan anda.
- Semak kemajuan simpanan anda - bolehkah anda menyimpan dengan lebih banyak?
1 .Kadar pulangan diandaikan secara hipotesis dan tidak memberi jaminan pulangan pada masa hadapan atau tidak mewakili pulangan untuk sebarang pelaburan tertentu. Jumlah yang tertera tidak mencerminkan kesan cukai ke atas pengagihan sebelum cukai. Pembayaran cukai bagi setiap individu adalah berbeza. Untuk tujuan ilustrasi sahaja.