7 petua untuk perbincangan yang sihat mengenai kewangan keluarga

Perbincangan mengenai hal kewangan boleh menjadi agak janggal untuk dibincangkan dengan sesiapa, apatah lagi dengan ahli keluarga. Ia sangat peribadi. Tidak semua orang selesa berkongsi maklumat tentang kehidupan kewangan mereka- atas pelbagai sebab.

Ia tidak membantu apabila kewangan sering dikelompokkan dengan agama dan politik sebagai topik untuk dielakkan dalam perbualan. Ianya sukar untuk menavigasi peraturan untuk melibatkan atau memulakan perbincangan. Tiada ada satu bahasa umum apabila ia berkaitan denganwang dan keluarga.

Tetapi anda masanya anda tidak dapat mengelak. Jika anda mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usia, anda mungkin perlu bercakap dengan mereka tentang kewangan mereka. Atau jika anda mempunyai adik-beradik dengan keperluan khas, anda mungkin akan mempunyai banyak perbualan tentang rancangan jangka panjang kewangan dan kebajikan mereka. Dan jika anda menghantar anak anda untuk pengajian tinggi, perbincangan yang jujur ​​tentang apa yang anda mampu dan tidak mampu adalah perkara yang sesuai untuk dilakukan.

Asasnya: Apabila anda mesti bercakap mengenai kewangan, lakukannya dengan hormatdan tenang.

1. Jadikan ia suatu mesyuarat/perjumpaan yang sebenar.

Tetapkan masa dan tempat-tidak ada sebarang kejutan untuk sesiapa pun. Ini akan memberi masa kepada ahli keluarga untuk berfikir dan mengambil serius tentang situasi sebenar. Elakkan masa yang anda sepatutnya meraikan bersama. Tetapkan masa yang berasingan khas untuk bertemu-sebelum atau selepas sesuatu perayaan.

Tidak mengapa jika anda semua tidak tinggal di bandar yang sama- gunakan Facetime atau Skype.

Sebaik sahaja anda mempunyai masa untuk bermesyuarat, sediakan agenda anda. Tanpa agenda, anda akan terlepas sesuatu kerana terlalu khusyuk dalam perkongsian maklumat dan perbualan sampingan. Pilih seseorang untuk menulis apa yang dibincangkan. Mungkin anda boleh memulakan dengan buku nota atau membuat dokumen dalam talian yang boleh dikongsi untuk urusan keluarga supaya anda dapat menjejaki apa yang telah dibincangkan dan apa yang masih perlu dibincangkan.

 

2. Bermula dengan kelompok yang sedikit. Anda sentiasa boleh membuatnya lebih ramai.

Seperti mana-mana mesyuarat, anda menghadapi risiko kehilangan tumpuan jika ia terlalu besar. Anda mungkin boleh bermula dengan adik-beradik dan ibu bapa anda, dan biarkan pasangan anda di rumah. Jika ibu anda mempunyai dua adik- beradik yang paling rapat, masukkan mereka dalam perbualan anda dengannya dan bukan dengan kesemua adik-beradik ibu anda.

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk mengekalkan perbualan dalam kumpulan yang kecil, berkomunikasi dengan pihak lain yang berminat. Tanya kepada mereka jika mereka mempunyai pendapat atau soalan yang mereka ingin anda bawa ke perbincangan tersebut.

3. Jangan terpengaruh dengan peranan keluarga anda yang lama.

Ini boleh berlaku apabila anda berkumpul bersama. Kakak anda adalah yang paling "pintar". Ayah saudara anda adalah orang yang "tidak bertanggungjawab" dengan kewangannya. Ini adalah masa untuk melihat wajah-wajah anda sekarang, sebagai orang dewasa, dan menghormati perspektif yang dibawa oleh semua orang ke meja perbincangan. Ia juga bermakna menyediakan maklumat latar belakang yang mencukupi mengenai sesuatu topik agar semua orang mempunyai maklumat yang sama.

4. Kekal tenang.

Sentiasa tenang semampu yang anda boleh. Emosi boleh bertambah tinggi apabila anda bercakap mengenai hal kewangan. Andaikan bahawa setiap orang mempunyai niat yang baik dan anda semua akan mendapatkan kebaikan dengan berbincang bersama-sama. Sekiranya sesuatu perbincangan menjadi terlalu negatif atau "bersemangat," jadualkan untuk dibincangkan pada masa yang lain dan selesaikan perkara yang anda boleh berurusan pada hari tersebut.

5. Dengar dengan teliti.

Walaupun anda yang mengetuai perbualan, jangan melakukan semua perbualan tersebut. Ambil beberapa helaian kertas untuk mencatat nota jika itu membantu anda untuk mendengar. Dan ingatlah ini adalah masa untuk bercakap, bukan untuk mengkritik. 

6. Jangan takut meminta bantuan.

Kadang-kadang adalah lebih mudah untuk berbual dengan seseorang yang tidak terlibat secara emosional dalam hasilnya. Seorang "orang luar" yang tidak berat sebelah boleh membantu mengekalkan perbincangan atau mengetahui bila tiba masanya untuk berehat.

7. Perbincangan susulan.

Phew. Kamu Berjaya lakukan! Anda telah berbincang dalam keadaan yang tenang. Kongsikan nota tentang apa yang telah dibincangkan dan langkah seterusnya.

Kemudian mula merancang perbincangan yang seterusnya. Perbincangan kewangan keluarga ini mungkin tidak akan selesai dalam satu perjumpaan, dan keadaan boleh berubah dari masa ke masa. Bincang bagaimana ia memberi kesan kepada rancangan kewangan dan keputusan-keputusan yang telah anda buat.

Bercakap kepada ahli keluarga tentang hal kewangan boleh menjadi produktif dan memberi kelegaan. Jika anda boleh mengatasi kejangkalan pada peringkatawal, suatu perbincangan yang terbuka dan jujur ​​dapat membantu menguatkan ikatan keluarga dan memberikan ketenangan fikiran kepada semua pihak.