Anda jenis pelabur yang bagaimana? 7 soalan mudah ini boleh memberitahu anda.

Kepelbagaian sangat penting untuk prestasi pelaburan—dan kajian menunjukkan bahawa peruntukan aset sangat penting untuk portfolio yang kukuh. Tahukah anda yang anda jenis pelabur yang bagaimana? Kami boleh membantu anda untuk membentuk portfolio pelaburan peribadi yang dapat membantu memenuhi keperluan pelaburan jangka panjang anda. 

Namun, sebelum kita melakukannya anda perlu memahami anda jenis pelabur yang bagaimana: 

  • Adakah anda selesa dengan risiko? 
  • Berapakah masa yang anda ada sehingga anda bersara? 

Jika anda tahu jawapan kepada soalan-soalan ini, anda akan dapat membuat pilihan dengan pengetahuan yang baik tentang di mana untuk melabur.

investor profileKuiz pendek ini akan membantu anda menentukan jenis peruntukan pelaburan terbaik untuk memenuhi keperluan pelaburan jangka panjang anda. 

Profil Pelabur
risk profile


Maklumat lanjut mengenai profil pelabur kami

“Saya mahu memelihara modal saya.”
Keutamaan saya ialah melindungi modal pelaburan saya. Saya berasa selamat untuk melabur sekiranya modal yang saya laburkan tidak terdedah kepada banyak risiko. Saya bersedia menerima potensi pulangan yang sangat sedikit atau sangat rendah; selagi modal pelaburan saya dipelihara.

“Saya mahu memperoleh pulangan yang kecil.”
Matlamat utama saya adalah mendapatkan sedikit pulangan daripada modal pelaburan. Saya bersedia menerima potensi pulangan yang lebih tinggi daripada kadar simpanan tetap bank selagi modal pelaburan saya terdedah kepada risiko pada tahap minimum.

“Saya mahu mendapatkan pulangan sederhana.”
Tumpuan saya adalah mendapatkan pulangan sederhana dengan mempelbagaikan modal pelaburan. Saya yakin bahawa untuk mencapai potensi pulangan yang sederhana, saya perlu bersedia untuk mengambil risiko yang sederhana. Saya bersedia memelihara modal dan pulangan yang dilaburkan dalam jangka masa pendek hingga sederhana. Saya ingin melihat pelaburan saya berkembang dan meningkat dalam jangka masa Panjang.

"Saya mahu memperoleh pulangan tinggi."
Keinginan saya adalah untuk memperoleh pulangan tinggi dan saya memahami akibat "risiko tinggi, pulangan tinggi” yang terbabit. Saya yakin bahawa untuk mengejar potensi pulangan tinggi dalam jangka masa panjang, saya mesti menjangkakan risiko yang lebih tinggi. Saya bersedia memelihara modal dan pulangan yang dilaburkan dalam jangka masa pendek hingga sederhana. Saya ingin melihat pelaburan saya berkembang dan meningkat dalam jangka masa Panjang.

“Saya mahu mencapai pulangan yang sangat tinggi.”
Sasaran saya ialah untuk mengoptimumkan pulangan yang paling tinggi seboleh mungkin. Saya berani untuk melabur dalam pelaburan pertumbuhan modal tinggi untuk mendapat potensi pulangan tinggi dalam jangka masa panjang. Saya bersedia untuk terdedah kepada risiko yang sangat tinggi. Saya bersedia memelihara modal dan pulangan yang dilaburkan dalam jangka sederhana hingga panjang kerana saya ingin melihat pelaburan saya berkembang dan meningkat dalam jangka masa Panjang.

 

Melabur melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan pelaburan pokok. Pilihan pelaburan ekuiti melibatkan risiko yang lebih besar, termasuk turun naik yang tinggi, berbanding pilihan pelaburan berpendapatan tetap. Pelaburan pendapatan tetap terdedah kepada risiko kadar faedah; apabila kadar faedah meningkat nilainya akan menurun. Sekuriti bertaraf lebih rendah terdedah kepada risiko-risiko kredit tambahan dan mungkir. Saham syarikat modal kecil dan sederhana mungkin mempunyai risiko tambahan termasuk turun naik harga yang lebih tinggi. Pelaburan antarabangsa dan global melibatkan risiko yang lebih besar seperti turun naik, ketidakstabilan politik/sosial dan standard perakaunan yang berbeza. Pempelbagaian sangat penting untuk prestasi pelaburan—dan kajian menunjukkan bahawa peruntukan aset sangat penting untuk portfolio yang kukuh. Tahukah anda yang anda jenis pelabur yang bagaimana? Kami boleh membantu anda mereka bentuk portfolio pelaburan diperibadikan yang dapat membantu memenuhi keperluan pelaburan jangka panjang anda. 

 


Kenyataan:

Kami membuat dokumen ini berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sumber yang kami yakin boleh dipercayai, tetapi kami tidak membuat pernyataan atau jaminan atau menerima sebarang liabiliti untuk ketepatan, kelengkapan atau kebenarannya. Kenyataan terkandung di sini adalah pendapat Principal Asset Management Berhad sahaja dan boleh berubah tanpa notis. Dokumen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai tawaran atau permintaan tawaran untuk membeli atau melanggan atau menjual produk-produk pelaburan Principal Asset Management Berhad.