Principal China Multi Asset Income Fund (CMAI) - Hari Bukan Perniagaan
Disebabkan cuti umum Bank di Hong Kong, tiada urus niaga boleh dilakukan dalam tempoh ini. Oleh itu, kami mengisytiharkan hari bukan perniagaan bagi Principal China Multi Asset Income Fund (CMAI) pada 25 Disember 2024 dan 26 Disember 2024.
CMAI - Hari Perniagaan
Isnin hingga Jumaat apabila Bursa Malaysia Securities Berhad dibuka untuk dagangan, dan bank-bank di Kuala Lumpur dan / atau Selangor dibuka untuk perniagaan. Berkenaan dengan Dana Sasaran, ia bermakna Hari di mana bank-bank di Hong Kong dan pasaran yang dikawal selia di negara-negara di mana Dana Sasaran dilaburkan secara material biasanya terbuka untuk perniagaan.
Nota: Kami boleh mengisytiharkan hari perniagaan tertentu sebagai Hari bukan perniagaan jika bidang kuasa Dana Sasaran mengisytiharkan hari bukan perniagaan sebagai/atau jika Pengurus Dana Sasaran mengisytiharkan hari bukan urus niaga. Maklumat ini akan disampaikan kepada anda melalui laman web kami.