Mengapa pilih Principal U.S. High Conviction Equity Fund?
Dana ini menggunakan strategi berdisipilin yang memberi tumpuan kepada tumpuan kepada syarikat Amerika Syarikat (A.S.) dengan permodalan pasaran biasanya kurang daripada USD30 bilion (syarikat lebih kecil A.S.). Ia menyediakan kepelbagaian dan pendedahan strategik jangka panjang kepada syarikat lebih kecil A.S yang kurang diwakili dalam portfolio pelanggan. Syarikat lebih kecil A.S. adalah pemacu utama yang menjadi teras pertumbuhan dan inovasi – terutamanya dalam industri penjagaan kesihatan, teknologi dan eDagang.
Mengapa melabur dengan Principal?
Principal U.S. High Conviction Equity Fund bekerja untuk kepentingan anda:
Penekanan kepada kualiti dan kecairan lebih tinggi yang mengurangkan risiko berkaitan dengan Dana Dagangan Bursa (ETF) dan dana indeks pasif bermodal kecil. | |
Tumpuan khusus kepada pelaburan dalam perniagaan yang berpotensi. Penekanan diberikan kepada syarikat yang menerajui inovasi dan teknologi. | |
Pasukan pelaburan yang berpengalaman luas dengan kepakaran khas dalam syarikat bermodal kecil. |
Bagaimana saya melabur?
Kami menawarkan 4 kelas aset. Klik pada setiap kelas aset dana untuk mengetahui lebih lanjut.
Principal US High Conviction Equity Fund (Kelas MYR)
Principal US High Conviction Equity Fund (Kelas MYR-Hedged)
Rakan Kongsi Dana
- Perunding Skim Unit Amanah Principal
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan dana kami.
Penafian: Kami sangat mengesyorkan anda membaca dan memahami kandungan Prospektus bagi Principal US High Conviction Equity Fund bertarikh 12 Januari 2022, yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum membuat pelaburan. Simpanlah Prospektus ini dengan teliti untuk dijadikan rujukan masa depan anda.Pengeluaran unit yang berkaitan dengan Prospektus ini hanya akan diproses setelah menerima borang permohonan lengkap yang dirujuk dan disertakan dalam Prospektus, tertakluk pada terma dan syarat yang terkandung di dalamnya. Pelaburan dalam Dana ini mempunyai risiko. Pastikan anda memahami risiko tersebut, membuat penilaian risiko anda sendiri, dan dapatkan nasihat profesional jika perlu. Anda boleh mendapatkan salinan Prospektus daripada ibu pejabat Principal Asset Management Berhad, melalui laman web kami di www.principal.com.my, atau mana-mana pengedar kami yang diluluskan. Terdapat yuran dan caj yang terlibat dalam pelaburan dalam dana ini. Kami mencadangkan agar anda mempertimbangkan yuran dan caj ini dengan teliti sebelum membuat pelaburan. Pelabur berhak untuk meminta Prospektus, Lembaran Sorotan Produk (PHS) dan dokumen pendedahan produk lain; dan dokumen tersebut harus dibaca dan difahami sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Harga unit dan agihan pendapatan, jika ada, boleh turun naik. Prestasi masa lalu tidak mencerminkan prestasi masa depan dan agihan pendapatan tidak dijamin. Anda juga disyorkan untuk membaca dan memahami kandungan Penyataan Pendedahan Risiko Pembiayaan untuk Pelaburan dalam Unit Amanah sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli unit. Pendaftaran Prospektus dengan SC tidak bermaksud atau menunjukkan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong dana tersebut, dan SC tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.
Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.