Principal Global Technology Fund adalah dana perantara borong yang bertujuan untuk menyediakan peningkatan modal melalui pelaburan di dalam satu skim pelaburan kolektif, yang melabur secara utama di dalam kepelbagaian portfolio syarikat berkaitan teknologi. Sektor teknologi adalah sektor yang amat mengujakan di pasaran hari ini.
Principal Global Technology Fund berfungsi untuk kepentingan anda:
- Melabur di dalam tiga sektor peneraju pertumbuhan; perkhidmatan pengkomputeran maya, e-dagang, dan kecerdasan buatan.
- Pangkalan pengguna sentiasa berkembang sejajar dengan inovasi telefon pintar, pembaca tablet dan peranti lain, serta evolusi rangkaian sosial dalam talian yang menarik minat pengguna baharu secara konsisten.
- Perbelanjaan perniagaan terus meningkat untuk menaik taraf dan melaksanakan teknologi baharu ang berpotensi untuk menghasilkan operasi yang lebih efisien dan menjimatkan kos.
- Pasaran membangun didorong oleh permintaan pengguna akan menawarkan peluang yang sangat menarik.
- Syarikat teknologi kini semakin pekan dan prihatin tentang kos, bersandarkan rizab tunai yang kukuh digabung dengan penciptaan pelbagai produk baharu yang inovatif digabung dengan penciptaan pelbagai produk baharu yang inovatif.
Bagaimana saya melabur?
Kami menawarkan 5 kelas aset. Klik pada setiap kelas aset dana untuk mengetahui lebih lanjut.
Principal Global Technology Fund (Kelas USD)
Principal Global Technology Fund (Kelas AUD-Hedged)
Principal Global Technology Fund (Kelas MYR-Hedged)
Principal Global Technology Fund (Kelas SGD-Hedged)
Principal Global Technology Fund (Kelas GBP-Hedged)
Rakan Kongsi Dana
- Perunding Unit Amanah
- Citibank Berhad
- Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad
- iFast Capital Sdn Bhd
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan dana kami.
Penafian: Kami sangat mengesyorkan anda membaca dan memahami kandungan Prospektus bagi Principal Global Technology Fund bertarikh 17 May 2018, yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum membuat pelaburan. Simpanlah Prospektus ini dengan teliti untuk dijadikan rujukan masa depan anda.Pengeluaran unit yang berkaitan dengan Prospektus ini hanya akan diproses setelah menerima borang permohonan lengkap yang dirujuk dan disertakan dalam Prospektus, tertakluk pada terma dan syarat yang terkandung di dalamnya. Pelaburan dalam Dana ini mempunyai risiko. Pastikan anda memahami risiko tersebut, membuat penilaian risiko anda sendiri, dan dapatkan nasihat profesional jika perlu. Anda boleh mendapatkan salinan Prospektus daripada ibu pejabat Principal Asset Management Berhad, melalui laman web kami di www.principal.com.my, atau mana-mana pengedar kami yang diluluskan. Terdapat yuran dan caj yang terlibat dalam pelaburan dalam dana ini. Kami mencadangkan agar anda mempertimbangkan yuran dan caj ini dengan teliti sebelum membuat pelaburan. Pelabur berhak untuk meminta Prospektus, Lembaran Sorotan Produk (PHS) dan dokumen pendedahan produk lain; dan dokumen tersebut harus dibaca dan difahami sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Harga unit dan agihan pendapatan, jika ada, boleh turun naik. Prestasi masa lalu tidak mencerminkan prestasi masa depan dan agihan pendapatan tidak dijamin. Anda juga disyorkan untuk membaca dan memahami kandungan Penyataan Pendedahan Risiko Pembiayaan untuk Pelaburan dalam Unit Amanah sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli unit.Pendaftaran Prospektus dengan SC tidak bermaksud atau menunjukkan bahawa SC mengesyorkan atau menyokong dana tersebut, dan SC tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.
Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.