Ramalan Pelaburan Principal

Petunjuk pelaburan untuk Mei 2020

Di Principal, kami memahami bagaimana prestasi pelaburan anda menjadi kunci untuk mengetahui kemajuan perjalanan kewangan anda. Pakar pelaburan kami mengumpulkan ringkasan syor pelaburan untuk membantu anda mengemudi keadaan pasaran dan membantu dalam memastikan portfolio anda memenuhi matlamat kewangan jangka panjang anda.

Ramalan kami

Meskipun kita hidup dalam "era ketidakpastian", pasaran nampaknya semakin baik walaupun berlakunya pandemik dan terdapat peluang dalam setiap keadaan pasaran.

  • Pasaran modal meningkat pada bulan April 2020 dengan ekuiti global meningkat 4 sehingga 16%, sementara bon meningkat lebih dari 2%. Ini merupakan pemulihan daripada penurunan yang dilaporkan pada bulan sebelumnya ketika tanda-tanda awal kes baharu COVID-19 harian menurun di AS dan sebahagian EU.
  • Kerajaan AS melancarkan rangsangan fiskal yang besar, dengan yang terbaru dianggarkan hampir 3.7% daripada KDNK global, untuk membantu mengurangkan penguncupan aktiviti ekonomi daripada penghentian bagi membendung penyebaran COVID-19.
  • Kami positif terhadap ekuiti Asia berdasarkan 12 bulan kerana ekonomi Asia mempunyai lebih banyak ruang dasar, berbanding dengan bahagian dunia yang lain serta dengan fakta bahawa China mulai kembali menjalankan urusan normal perniagaan terlebih dahulu dari negara-negara lain di seluruh dunia.

Pertimbangan Pelaburan untuk Anda:

  • Untuk jangka pendek, kami mengekalkan peruntukan aset sebanyak 50:50 antara ekuiti dan pendapatan tetap. Kami positif terhadap ekuiti Asia berdasarkan 12 bulan sementara portfolio kami memilih saham bertahan modal besar dan berkualiti tinggi.
  • Untuk pelanggan konservatif, kami mengesyorkan Dana Bon Fokus Malaysia dan Dana Seimbang yang tertumpu pada pendapatan.
  • Untuk pelanggan dengan toleransi risiko yang lebih tinggi, kami mengesyorkan untuk memberi tumpuan kepada Dana Berorientasikan Pertumbuhan yang menawarkan pendedahan kepada kawasan yang berkembang di China, Asia Pasifik, Teknologi Global dan dana agresif Malaysia.

Perspektif pelaburan tambahan untuk membantu dalam membimbing anda lebih lanjut dengan keputusan pelaburan anda:

Wilayah

 

  Pendapatan Tetap

 

  Ekuiti

Global

investment outlook

  1. Anggaran untuk KDNK global menyusut pada S2 & S3 dan pulih pada S4. Rangsangan fiskal yang besar dicadangkan untuk menyederhanakan penurunan aktiviti ekonomi.
  2. Bank pusat global termasuk Rizab Persekutuan AS akan terus memberikan kecairan dan mengambil langkah-langkah bukan ortodoks untuk menyokong aktiviti ekonomi.

investment outlook

  1. Anggaran untuk KDNK global menyusut pada S2 & S3 dan pulih pada S4 2020.
  2. Dasar monetari dan fiskal yang bersesuaian akan menyokong ekuiti.
  3. Kami neutral terhadap AS, kurang berat untuk Jepun dan lebih berat pada tunai EU.
Serantau
(Asia-Pasifik tidak termasuk Jepun)

investment outlook

  1. Banyak peluang dalam mata wang tempatan di Asia dan kredit China kerana hasilnya kekal menarik.
  2. Kami meramalkan bon Asia dapat memberikan pulangan 3.5% sehingga 4.5% pada tahun 2020.
  3. Beberapa bank pusat Asia akan terus melonggarkan dasar monetari untuk memacu pertumbuhan.

investment outlook

  1. Lebih banyak ekonomi Asia ingin memudahkan langkah-langkah kawalan pergerakan mereka kerana kes COVID-19 yang baharu dan belum selesai sedang menurun.

  2. Positif terhadap ekuiti Asia Pasifik berdasarkan 12 bulan kerana tumpuan dasar beralih kepada memulakan semula aktiviti ekonomi.

China

investment outlook

  1. Pada bulan Mac 2020, penawaran kasar kredit dalam pesisir China meningkat menjadi rekod RMB 2.1 tn yang didorong oleh dasar yang dilonggarkan.
  2. Kadar mungkir pada bulan Mac 2020 turun dari 1.76% kepada 1.64% dengan kadar mungkir perusahaan swasta pada 5.97% sementara kadar SOE pada 0.66%.

investment outlook

  1. Laporan kes Covid-19 harian baharu menurun kepada 50 kes manakala jumlah kes yang disahkan berada di bawah 500 kes.
  2. PMI Pembuatan dan Perkhidmatan pulih sehingga melebihi 50 pada bulan Mac dan April 2020.
  3. Ekuiti di China dijangkakan mendapat manfaat daripada sokongan dasar di peringkat monetari dan fiscal.
Domestik(Malaysia)

investment outlook

  1. BNM mengurangkan OPR sebanyak 50 bps pada Mei 2020.
  2. Pemilihan kredit akan terus menjadi pemacu pulangan portfolio terbesar.

investment outlook

  1. BNM mengurangkan OPR sebanyak 50 bps pada Mei 2020.
  2. Pemulihan perolehan pada tahun 2020 dijangka ditangguhkan sehingga 2021 disebabkan oleh wabak Covid-19.
  3. Kami Neutral untuk Malaysia dengan menumpukan pada saham defensif untuk pemeliharaan modal.

Disclaimer:
investment outlook means neutral; investment outlookmeans positive.

 

Mengapakah melabur dengan Principal Asset Management Berhad?

principal awards Pusat pelaburan yang memenangi anugerah

principal global Penyelesaian pelaburan yang pelbagai dan inovatif merangkumi semua kategori risiko

principal global capabilities Kepakaran tempatan dengan keupayaan global

universal and islamic solutions Penyelesaian sejagat dan Islamik

Kami percaya bahawa setiap pelabur adalah unik dan keputusan pelaburan yang anda buat harus membantu dalam mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda. Kami mewujudkan beberapa siri peruntukan portfolio pelaburan untuk membantu anda menggambarkan portfolio pelaburan masa depan anda. Berikut ialah syor kami:

  • Penyelesaian sejagat (konservatif hingga agresif)

  • Penyelesaian Islamik (konservatif hingga agresif)

  • Penyelesaian sejagat EPF-MIS (konservatif hingga agresif)

  • Penyelesaian Islamik EPF-MIS (konservatif hingga agresif)
     

Principal funds asset allocation
Principal funds asset allocation
Sila klik di sini untuk muat turun versi PDF.