Garis Panduan Komen

Principal Malaysia aktif dalam rangkaian media sosial. Walaupun kami menggunakan media sosial sebagai saluran untuk berkomunikasi, kami tidak mengawal atau menyokong sebarang iklan, mesej, kandungan, atau pautan yang diterbit oleh pihak ketiga. Kami menggunakan laman media sosial ini untuk berhubung dengan para kakitangan, pelanggan, klien, dan sahabat kami. Kadangkala kami akan kongsi pautan di mana anda akan dibawa ke laman pihak ketiga. Meskipun demikian, ini tidak bermakna laman-laman tersebut disokong atau di bawah kawalan Principal Malaysia (kecuali jika telah dinyatakan) dan kami tidak bertanggungjawab atas ketepatan atau kesempurnaan kandungan atau apa-apa perubahan yang dilakukan oleh pihak ketiga tersebut. Tiada bahagian dalam laman ini yang bertindak untuk memberi pengesyoran, cadangan, atau testimonial untuk sebarang servis atau produk.

Walaupun kami berpuas hati atas kehadiran kami secara aktif di saluran media sosial, sila ambil maklum bahawa semua bentuk komunikasi dalam industri kami dikawal selia. Kami mungkin akan memadam sebarang komen atas sebab-sebab tertentu, mengikut budi bicara kami. Kami akan memadam mesej spam, termasuklah timbunan mesej berkenaan topik yang sama.

Kami sentiasa mengalu-alukan komen, pandangan, dan soalan daripada anda. Pastikan kandungan yang anda muat naik di media sosial tidak mengandungi: Unsur-unsur ancaman, fitnah bertulis, pernyataan fitnah, lucah, pornografi, atau sebarang bahan yang melanggar undang-undang. Dalam erti kata lain, amalkanlah kelakuan yang baik. Kami semua akan mendapat faedah daripada kandungan yang releven, kena pada topik, dan menghormati orang lain. Kandungan yang tidak mematuhi peraturan akan dipadam. Sila elakkan diri daripada menghantar komen yang mengandungi apa-apa maklumat tentang pelaburan. Hindarkan diri daripada menyokong atau membantah mana-mana jenis sekuriti atau pelaburan dan jauhkan diri daripada perbincangan yang melibatkan nasihat pelaburan atau strategi perdagangan.

Kami memandang serius terhadap keselamatan para pelanggan kami. Oleh sebab itu, kami menyediakan sokongan perkhidmatan pelanggan secara terhad di saluran media sosial kami. Kami tidak menjawab sebarang soalan yang berkaitan dengan isu individu, akaun, atau kewangan. Jika anda ada sebarang soalan tentang akaun peribadi atau apa-apa yang berkaitan dengan isu kewangan, kami cadangkan anda rujuk pada pakar kami yang berlesen untuk membantu anda dengan lebih lanjut. Kami mungkin akan mengumpul maklumat yang perlu Sahaja daripada anda dengan menggunakan akaun-akaun media sosial kami. Maklumat anda yang mungkin kami akan minta termasuklah: Nama penuh, Alamat emel, dan nombor telefon. Kami tidak akan meminta nama pengguna atau kata laluan anda. Anda tidak sepatutnya memuat naik maklumat peribadi, akaun atau transaksi dimana-mana laman syarikat kami yang boleh dibaca secara umum. Untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan kami, sila layari principal.com.my atau hubungi +(603) 7723 7260.

Segala pendapat, kenyataan, atau pandangan yang dimuat naik oleh para pengguna di mana-mana laman media sosial adalah berkaitan dengan individu-individu tersebut. Segala kandungan tersebut tidak diterima pakai atau disokong oleh Principal Malaysia dan tidak mewakili Syarikat atau pihak pengurusan kami. Kandungan muat naik oleh para pengguna yang menghuraikan pandangan, pendapat, atau pengalaman bukanlah gambaran sebenar tentang pengalaman peribadi seseorang itu. Para pengguna yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Principal Malaysia atau mempunyai kepentingan benefisial yang lain yang memerlukan pihak mereka untuk komen haruslah berwaspada bahawa mereka wajib mendedahkan hubungan dan kepentingan mereka dalam kandungan yang mereka muat naik tersebut. 

Anda boleh semak Notis Privasi dan Syarat Penggunaan untuk Principal Malaysia.

Kami melindungi maklumat anda dengan pelbagai cara. Walau bagaimanapun, anda harus sentiasa peka dan ambil maklum tentang Risiko Internet